18.3.12

Beri Masa

Aku bukan apa, baru baru ni seorang teman menceritakan kegembiraan dia bertemu dengan jejaka idaman kalbu. Setelah sekian lama hidup single, bila ada ajak bercinta, memang lah teruja sikit.

3 minggu lebih kurang dia ceritakan kegembiraannya, dia datang balik menceritakan keraguannya. Kenapa? Sebab jejaka-konon-idamannya tu tiba-tiba menunjukkan sifat kasar dan bengisnya. Bahasa yang kasar. Ignorance yang menjengkelkan. Dan mood turun naik yang mana- mana manusia pun tak berapa nak gemar.

Ramai diantara kita gagal nak faham sebenarnya. Tak kisah lah lelaki ke perempuan, tempoh 3 minggu sesuatu hubungan tu sebenarnya terlalu hijau untuk kau tunjuk belang sangat. Dan bila kau tau orang yang kau nak mengorat tu pernah kenal banyak lelaki/perempuan, sedarlah bahawa kau tu under probation je.

Senang cerita, beri masa sedikit. Mungkin setahun atau dua tahun kalau iya pun nak tunjuk belang sangat. Yang lelaki jangan nak cepat melenting sangat. Perempuan jangan tunjuk sangat kau tu memang tak boleh hidup tanpa duit lelaki. Dan sebagainya lah sikap yang takut orang nak buat suami/bini.

Alasan "Aku taknak pretend. Taknak lepas kahwin baru nampak buruknya," dah basi tak laku dah, bang. Kalau taknak pretend, ajak kawen terus. Baru true. Kalau masing masing mintak tempoh, maka beri lah masa sikit untuk 'membuka hijab'. Kecuali kalau kau kacak macam James Franco atau Neelofa, memang ada faktor kuat untuk orang telan je semua perangai buruk kau. Kehkehkehkeh.

Kalau nak orang terpikat dengan sikap, maka jagalah sikap.

Kalau nak jugak guna alasan macam tu, cari orang yang boleh terima kau seadanya. Jangan bila kena rijek, nak menggeletat macam katak kena garam.

Dan tolong jangan guna alasan "Aku orang negeri X, memang orang dari negeri X ni bahasa kasar sikit" - nanti tak pasal-pasal, pasal kau sorang, semua orang negeri X kena ban.

Seronoknya, kawan aku mendengar kata. Bukan apa, kadang kadang kriteria ni takde la penting sangat. Yang penting serasi. Kalau agak-agak awal lagi dah mula meragu, jangan lah berani-berani nak diteruskan.

Tapi kalau bercinta selepas kahwin, itu cerita lain.

P/s: ni bacaan ringan. Takpayah fikir. Layan je aku membebel. Hueheuehu.

9 comments :

SyasyaHaha said...

terbaik...paling suka part "Perempuan jangan tunjuk sangat kau tu memang tak boleh hidup tanpa duit lelaki."...kah3

yunayuni said...

Well written and gotta agree. Lama tak jengah blog ni.How is your little daughter? :)

Sam Banjamin said...

ni bukan bebelan biase tau.. bebelan yg ade isi dan mesej sekali...

bile nampak true colour masing2.. masa tu baru terfikir la kan... kalau awal2 tahu... bagus jugak... tapi kalau dah lama.. hmmm... kene istikharah betul2... nak reject ke tak... nak reject ke tak.. hahhaha

mae said...

bagus..bagus... sedap dibaca. memang ade nilai kalau membace bile dapat kesan.

Lady RaRa said...

malas aku nak komen sebenarnya sebab bukan kes aku

cuma tetiba nak komen tang bab James Franco tu.

tihihi. gatai. sekarang aku tahu, ek!ek! itu hang confirmkan sebagai hensem sebab James Franco, kheennn?????


fyi : aku dengan neelofa pun ada gak la iras-iras. sumpah tak tipu.

aku zue said...

nak tanya..apa pendapat korang about this one guy after broke up with his ex, after he cheated with his new gf..die cerita kt ex dia how great his new gf is..and die tanya kat his ex gf..awak..saya ni hebat sangat ke???

what type of guy he is???

Ladynoe™ said...

Menyesal pulak aku sebut nama James Franco kat sini.

Lady RaRa said...

aku zue : he is a type of guy that u kenot buat laki. period.

aku zue said...

lady rara: so true..