11.3.12

Cuba jangan peduli sangat perkara yang tak memberi efek dalam hidup kita.

Selepas tamat pelajaran, tak sampai 2 minggu, Maria terus diterima bekerja di sebuah agensi swasta di ibukota. Kerjanya bagus. Persekitaran bagus. Bos sayang. Kadang-kadang banyak tugasan, tapi memadai sebab setahun tak pernah tak dapat bonus.

Selepas itu, dia berkenalan dengan seorang jejaka yang berumur 5 tahun lebih tua darinya. Mari kita beri nama jejaka itu sebagai Halim. Halim seorang yang kacak. Berkedudukan stabil. Perkenalan Maria dan Halim membuahkan percintaan. Setahun selepas bercinta, mereka pun berkahwin.

Perkahwinan mereka sangat bahagia. Selepas berkahwin mereka beli sebuah kondominium mewah ditambah bahagia lagi apabila mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Entah kenapa sebab bahagia sangat, masing masing memang jarang bergaduh.

Kini sudah 8 tahun Halim dan Maria bersama. Masih bahagia. Halim panggil Maria Darling, Maria panggil Halim Sayang. Anak sulung pun dah darjah 1. Maria pun mengandung nak kedua. Akhir sekali, mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat...alhamdulillah.

Tamat cerita...
----------------------

Tak suka? Tak puas hati? Nak kena ada liku hidup jugak?

Halim nak kena main kayu tiga pada 5 tahun perkahwinan. Kemudian Maria dan Halim bercerai. Halim menyesal dan sedar masih sayangkan Maria, lalu nak rujuk balik tapi Maria taknak. Halim sangat kecewa lalu ponteng kerja sampai berbulan-bulan. Halim di buang kerja. Padan muka Halim. Lama kelamaan Maria terbuka hati nak maafkan Halim. Mereka berkahwin semula. Selepas berkahwin 2 tahun lepas tu kereta mereka kena tarik. Wujud lelaki bernama Ismail yang tolong Maria settlekan hutang kereta. Maria tiba-tiba terpikat dengan Ismail. Tapi dihalang Halim. Tapi tak terhalang sebab Maria dah terlanjur dengan Ismail. Itulah pembalasan bagi Halim. Akhirnya Maria dan Halim bercerai semula. Dan Maria kahwin dengan Ismail. Anak mereka yang asyik tertekan dengan pertelingkahan mereka akhirnya bunuh diri. tamat.

Ini lah masalahnya. Dah lama aku perhatikan. Orang sekeliling aku kebanyakkan memang tak beli cerita bahagia orang lain. Bagi mereka kalau ada serbuk kayu manis, mesti nak ada ketumbarnya.

Dimulut berkata "Seronok tengok orang bahagia," tapi dalam hati hakikatnya lebih seronok tengok kau berduka dan bermasalah. Baru sedap buat bahan gosip. Kalau kau bentangkan visual atau skrip bahagia kau di mana-mana, mereka akan mencebik. Bila sesekali dengar kau keluhkan sesuatu, mereka akan bertepuk senyum dalam hati.

Memang tak boleh tengok dan dengar orang bahagia. Walau sebenarnya keadaan hidup kau tak efek lansung hidup diorang, tapi diorang tetap peduli.

Aku tak faham sebenarnya. Memang lah semua rumahtangga tu ada cabarannya. Tapi kalau tengok orang bahagia, cuba kita rasa bahagia sekali, dan berusaha untuk rasa bahagia sekali. Kalaupun ada sesekali kita nampak orang menunjuk yang mereka tu bahagia, tak perlu kot nak halang dan kritik apa yang mereka rasa dan ekpreskan. Biarkan mereka nikmati apa yang mereka miliki. Kalau awak jenis tak suka ekspres perasaan bahagia, takpe. No one care.

Ni bila tengok laki bini panggil Sayang-Darling pun nak kutuk. Tengok laki bini cium-cium salam-salam sebelum turun kereta pun mencebik. Nampak sangat dengkinya.

Kalau ye pun nak mengkritik, jangan sampai ternampak jelas yang betapa MISERABLE nya hidup awak tu.

OK?



22 comments:

Anonymous said...

:)

Dilarang Melarang - Tidak Diulang Cetak.

Bunga Rampai said...

Aku rasa kadang-kadang bukan sebab miserable, tapi sebab sesetengah orang sukar nak percaya bahawa: ada perkara, walopon tak sempurna, tapi cukup hampir kepadanya. MESTI ADA sesuatu yang tak kena. Hidup KENA ada drama. Gitu, kot. Dambaan hati yang sakit, aku rasa :)

Ladynoe™ said...

Banyak sangat tengok Samarinda. Macam tu la jadinya.

Lady RaRa said...

ehhhhh mana bolehhhh!

orang laen mana boleh bahagia sempurna. tak boleh! hidup mesti ada syak wasangka, bersangka buruk! mesti! orang laen tak boleh, tapi diri sendiri takpaaaaaaa..kehkeh.







aku sarcastik ni satgi ingat aku serius plak. :S

Syafinaz said...

Sangat setuju.

Actually cerita buruk tu yg org suka sangat nak dengar daripada mendengar cerita yg baik.

Aku bg contoh kwn aku yg br divorce.Kwn aku post status yg mungkin dpt memotivatekan diri dia.Kebanyakan yg bls komen mmg positif,tp tup tup dtg satu mangkuk yg komen negatif.

Tapi betul la.Tak kena btg hidung sendiri kita tak rasa.Bila kena baru tahu.

Eh,panjang pulak komen aku.Hahahaha!

Apapun pun cerita kau Noe mmg ada relate dgn realiti kehidupan hari ini.

Myra said...

its true.

its too important to learn how to be happy for others!

sometimes rs if u cant be happy for others, it means u cant possibly bersyukur dgn life diri sendiri.

NaD said...

sebab tu dalam islam tak disarankan tunjuk kemesraan suami isteri secara berlebihan di khalayak ramai. takut timbul benda2 gini. aku tengok org skrg mcm dah takde rasa malu, cemolot depan org pun selamba. ye, dah halal, tapi terhadkan di tempat yg sepatutnya sahaja. Islam itu indah, ada sebab mengapa sesuatu itu ditegah.

sha said...

i like your statement ok, i like.
and bercadang nak copy your entry ni kat my blog biar diorg yg slalu mengutuk mengata kat blkang tu ikut terasa. bole? haha

Kc Kasedah said...

Power, well said!

raihan salleh said...

alah..manusia..kalau tak cane majalah URTV nak laku ~hiks...

Ladynoe™ said...

NaD: kadang-kadang tak menunjuk pun kemesraan tu. setakat cium tangan salam, panggil mesra-mesra pun orang nak jaki tu yang payah tu. takkan kat rumah kemain sayang-darling, tiba-tiba kat luar nak tukar panggilan pulak. kan?

sya_zazoo said...

kata@ kaki gossip,kaki kipas, kaki kutuk umah tangga org ni mmg xperlu nk digest lansung.buat mcm angin lalu je..tak perlu layan. sbb kalau layan nnti kita pon dengki skali kat dia.

Along said...

I like this entri. So true. Kenapa nak kena dengki. Rezeki tu memasing la..

FARAHNYEMAHMULYA said...

Tak tahan nk komen sebab memang 100 true..Apasalahnye nampak benda sweet tu alhamdulillah nk jugak KEPOCI..SOH SEH SOH SEH..suka pulak kalau laki bini main terajang2.apasalah suami isteri panggil manja2..Nabi pun panggil HUMAIRA..main kejar2 angkat Sayidatina Aisyah di tempat nk tgok persembahan. SWEET KOT.ISLAM PUN GALAKKAN sebenarnya. Msyarakat kita ni je (bukan semua) yg tak DE CHANCE , TAK DAPAT PASANGAN BAIK mcm tu.JAKI KAT ORG..t.q noe..such an inspiring indeed very true

♥naematulsaadahismail♥ said...

hee..dulu sebelum kawin mmg aku suka tgk wife salam hasben bila nk turun keta pegi keja.n then hasben kiss dahi ..

dah kawin ni aku cuba praktikkan.kadang2 segan depan public.tp teruskan jugak sbb rasa xsempurna kalau p tanpa cium tgn suami.

agaknya betul la kot apa ko ckp tu.mungkin jeles.. emm

kayna said...

Nice.

Myera Nyera said...

akak cun!!! sambungan dia mane??

http://perempuanjomblo.blogspot.com/2011/07/sayang-sufiah-004.html

eray said...

well written..tapi mmg lumrah kut, manusia suke mende-mende tak baik, mende-mende baik tuh pandang sebelah mate pun tidak...

♥CIK SHA♥ said...

ini memang best!

manusia yg hati kotor je yg tak boleh tgk org lain bahagia..kesian kan?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hidup kan slalunya penuh rencah...

ada ker orang yang perjalanan hidupnya tak merasa badai langsung?

Reen Tart Nenas said...

ntah la eik. ramai tanya saye, korang tak penah gaduh ke sejak kawen? xde prb? nampak bahagia je?

of course la ada. tp takde la gaduh berat2. takde apa pun yg nak digaduhkan. dah semuanyer ok. nak buat camne? jeles. nampak sgt ko (eih bukan ladyone yer - org2 lain tu) yg slalu gaduhhh. cessss.


nota tambahan: comolot depan awam maybe agak keterlaluan. tapi takat salam, n cium pipi tu takde ape kot. bukan cium pipi sampai memberahikan. tak sampai 1 saat pun ciuman tu hinggap di pipi. nampak sangat laki ko (eih bukan ladyone yer) tak buat gitu kat ko.

Irfa said...

susah ke nak doa kan org lain bahagia?
bukan kena bayar pun..
doa utk org dan doa utk kita juga