21.3.12

Mencari Susu Terbaik Semasa Hamil


Sebenarnya sejak dari dulu lagi, boleh dikatakan susah untuk aku skip minum susu walau sehari. Setiap hari pun nak susu. Terutama sekali waktu sarapan. Mesti nak susu.

Dah jadi macam tabiat.

Semenjak mengandung kali kedua ni, pembawakan budak tu tak sama macam dulu. Kali ni pada trimester pertama aku mengalami loya-loya dan tak ada selera makan. Walaupun doktor cakap, “kalau tak selera pun makan jugak” tetapi memang dah tak boleh.

Jadi serba sedikit aku risau dengan nutrisi terhadap kandungan aku. Aku risau kalau-kalau dah kurang makan, kandungan pun tak dapat nutrisi secukupnya. Aku tahu dengan hanya minum susu segar biasa setiap hari tu, mungkin belum tentu untuk menjamin yang kandungan aku kali ni mendapat nutrisi sebaiknya.

Kalau boleh, aku nak susu yang membekalkan asid folik, DHA, kalsium dan iron untuk menyokong nutrisi ibu semasa hamil. Dimana secara lansung kalsium akan membantu membina tulang yang kuat untuk bayi didalam kandungan kita, dan iron untuk pembentukan tisu dan sel darah merah yang diperlukan untuk membekalkan oksigen kepada kandungan kita.

Paling penting aku nak susu yang, membekalkan Gangliosida dan DHA yang membantu pembentukan otak bayi agar menghasilkan lebih banyak sel yang saling berhubung antara satu sama lain. Seperti yang aku percaya semua tahu, sel otak yang saling berhubung itu, akan menjadikan anak-anak kita cepat belajar akan sesuatu.

Bila aku keluhkan masalah ini di kalangan sahabat yang telah berpengalaman, mereka semua cadangkan aku Anmum Materna. Bukan hanya kerana kandungan nutrisi yang kaya untuk tumbesaran kandungan, tapi rasanya yang boleh diterima tekak perempuan mengandung yang loya loya macam aku ni.

Paling menarik minat aku tentang anmum Materna ialah kandungan Folik Asid-nya yang telah diuji secara klinikal mencukupi untu keperluan seharian. Bukan apa, kajian serata dunia menunjukkan bahawa 4 dari 5 wanita kekurangan folik asid. Jadi aku pun sedikit risau lah, nak-nak semasa kita hamil, folik asid memang sangat penting untuk kandungan.

Lagi pun Anmum Materna ni adalah pengasas dan Brand susu pre natal No.1 di Malaysia. Sebab tu aku cenderung untuk pilih Anmum Materna. Sebab dah yakin.

Banyak info yang boleh kita dapat di www.anmum.com.my

Macam dah set dalam kepala. Setiap kali mengandung je, mesti terfikir Anmum Materna. Betul tak?

Bagaimana pula dengan kamu? Ada sesiapa di sini minum Anmum Materna jugak tak?

16 comments :

Liyana said...

mmg minum anmum materna sbb sedappp kot... yg original la smpai 7 sudu sekali minum...heh! yg coklat cam muakkkk je

jeehans.blogspot.com said...

sy pon minum..sgt sedap...suka sgt minum susu skrg...memg elok utk baby

Aini Amir said...

anmum manis..

Melissa said...

Mula2 minum Anmum sepanjang 1st & 2nd trimester, lps tu kena influenced dgn salesperson kat Giant suruh minum Enfamama, terus tukar. I prefer Anmum !

Misya Mialen said...

noe, saya pun mmg pilih susu anmum materna tu. mmg bagus. sedap pula. sblm tu sy ada try minum susu mamil mama tp manis sgt. then, sy stick dgn anmum.;D

Salhah Suhot said...

saya minum je la susu yang ada asid folik..tak mampu la nak beli anmum

rina said...

sy pulak x boleh masuk anmum..muntah! Wyeth mama br lalu itu pon lps dah x mabuk. Tp sy paling suka i-food sbb khasiat lengkap dan tiada lemak atau gula tersembungi HEHE

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Mona Taslim said...

Hi Noe. Sy silence reader awk. Sudi tak add blog sy dlm blog list awk? Kalu sudi bgtau yer supaya kita pun leh add blog awk kat list kita gak.

monataslim.blogspot.com

Myra said...

sadly, tak byk susu I can take in (sbb majority ialah susu lembu) - so i had to find alternative iaitu susu kambing. and then amik supplement yg ada folic acid.

its the best i can do :) not typical, tp itu yg badan boleh tolerate hehe

♥ balkidz_hunny ♥ said...

materna coklat best!
tapi nape anmum lacta tak sedap dan takde perisa coklet? :(

Booty Martinez said...

saya baru je beli semalam. before diz minum mamil gold. tapi tak lmbt2 je nak abiskan. bila dah abis, skrg nk try anmum plak. beli perisa coklat.

mcm layan je...tp hubbby kata nape tak amik yg original. Dia takut anak dia kulit tak cerah plak..hehehe..sabo jela.

sekilass.com

Mar Mansor said...

anmum mmg sedap tp agak manis pada saya..dat y tukar Enfamama..

Asue said...

hye Noe..salam kenal ya..

dulu sy preggy pun ms awal2 je boleh telan susu anmum materna coklat..vanila mmg xboleh langsung..

pendek kata segala susu xboleh nak masuk anak tekak..so doc bg supplement n asid folic.

barangkali noe preg baby boy kot sbb saya dlu preggy mual tahap dewa sampai bersalin 9bln..huhu

seronok baca penulisan Noe..

amElyn said...

ouh enfamama is the best!!!
kadang tu minum sehari 3 4 cawan. sedap jer.
susu lain tekak takleh terima. heh
sejak pregnant sampai sekarang minum lagi. best for breastfeeding mom too.

mom to be InsyaAllah said...

anmum materna coklat and susu kambing..frisio bes jugak rs eskrem vanilla tp mcm manis sgt le plak..