19.3.12

Perkara Rawak #048 - Betapa Nafsu Itu Sesungguhnya Memang Ada

image-googled

Ketahuilah, sekarang ni aku tengah struggle berperang dengan keinginan demi keinginan.

Setiap kali aku masuk ke blog-blog atau wall photo rakan FB sendiri, jiwa aku semacam meronta-ronta. Aku nak pakai macam mereka. Aku nak bergaya macam mereka. Aku nak bersolek macam mereka. Nak nak nak nak itu nak ini semua aku nak.

Pakai contact lense berwarna itu tidak boleh kerana dikira mengubah kejadian? Aku dah la suka sangat pakai contact lense warna-warna. Tengok orang pakai, aku rasa teringin sangat.

Bila tengok cermin, terpandang kening aku yang berserabut pun jiwa aku meronta. Dulu aku selalu cabut kasi kemas dan berbentuk. Sekarang dah serabut ibarat bulew di vuntut. Nak pergi threading dah risaukan haram itu ini.

Belum lagi nak cerita tentang betapa aku minat tengok perempuan berleher jinjang, berambut paras bahu dan baju leher luas nampak tulang dada.

Senang betul setan nak menghasut perempuan. Benda basic je. Aurat.

Lillahita'ala aku tak merungut atau komplen akan garisan yang sedang aku ikutkan kini. Cuma betapa nafsu itu sesungguhnya memang ada. 

Ya rab, jangan lah dirobohkan iman yang sedia rapuh ni.

Isk.

:'(





16 comments :

LS said...
This comment has been removed by the author.
LS said...

semoga Allah memeliharamu drpd nafsu LadyNoe. kasi vector work satu, pls.

NISA KHAIRI said...

Smga Allah melindungi ladyNoe..dalamilah Islam,Al-Quran,kenali Rasulullah dan para umul mukminin,insyaallah kita scr tidak langsung mbimbing hati kta ke jln Allah dan terlupa pd kelalaian dan menyesatkn. Hidup kita d dunia adlah utk akhirat..

Misya Mialen said...

moga terus bertabah hati noe. tp, betullah kan jiwa sy pun kadang2 mcm tu juga. nak itu, nak ini, huwaaaa... tabahlah hati;D.

Aneesah said...

Setuju dengan sis Nisa^. :) Menimba ilmu pun ada turutan yang sesuai, insyaAllah when we strengthen the roots, yang hujung2 itu akan dipermudahkan juga. Never stop asking for His help, He's just waiting, which of His servants yang suka untuk datang mengadu padaNya.

Lady RaRa said...

sekali lagi aku terpanggil untuk mengomen

bulew di vuntut???????



aku tak tau plak ada bulew di vuntut. kecuali vuntut cipanzi. kahkahkah.

noe bertahan noe, hang sorang sajalah sobat aku yang tengah tiang berdiri. jangan hang ter'roboh' tiang itu.

bulew di vuntut.
kahkah.
gudnite.

Anoneemus™ said...

At least Noe tak hipokrit dan judge orang lain. Noe jujur mengaku ada nafsu tu semua dan berdoa untuk mengatasi instead of mengaku suci murni. Tahniah, Noe.


*dekat blog ni ada tak orang komen 'kesian minah tudung takde lelaki nak'?

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

aku silent reader, tp lps bace entri ni tergerak hati nak coret sikit.
bertabah ye noe, semua itu dugaan.
kuatkan iman dlm hati.
lawan semua hasutan2 tu.
insyaallah, aku yakin kau boleh.
noe kena ingat, semua itu bersifat sementara sahaja.
ya, mmg x dinafikan sbg seorang manusia, kita sukakan kecantikan.
itu lumrah, malah aku pun selalu geram je tgk fashion2 terkini.
tapi, aku fikir balik.
ahh, keduniaan je semua ni.
boleh je kalau nak berhias cantik2, tp untuk tontonan suami noe je laa. :)
x rugi kita menutup aurat noe. percayalah, ada hikmah kenapa Islam wajibkan kaum hawa menutup aurat.
semua utk kebaikan kita.
so, tetapkan iman, kuatkan semangat k?
aku akan selalu doakan kau istiqamah dlm perjuangan ni.
all d best!
B-)

Suhaily Che Mohamad Shukri said...

salam ladynoe...
saya pun boleh katakan setiap hari berperang ngan nafsu...teringin freehair balik, hangout xtentu hala, pakai pakaian ketat2, tp setakat ni my hubby bagi sokongan yang kuat,so saya masih menang. saya sendiri pun selalu berdoa agar sentiasa berada di garisan yang betul. semoga ladynoe terus bersabar, saya doakan kamu. terima kasih atas tulisan ini. :)

LydSunshine said...

Pakai contact lens berwarna tu tak boleh ke? Tak tau la pulak. Tapi rasanya itu bukan mengubah kejadian Tuhan. Sebab anak mata kita tak berubah warna pun. Itu aksesori yang boleh dipasang ditanggal. Sama mcm pakai spek mata jugak. Tapi sungguh saya tak pasti.

Nina Juhari said...

aku pun sama. Bukan senang, susah sangat. Astaghfirullah ~~

Sophia said...

pakai lens kaler utk perempuan bley..lelaki x bley

perempuan boleh mewarnakan muka
lelaki x bley

untung jadi perempuan ni :)

LisaLisut said...

samaaaa.. in fact smpai hari ni i masih ada rasa "tergoda" kepada hasutan syaitan. tgk pempuan pakai cun2 seksi2 mula la rs mcm nk tanggal tudung. haha. anyway,u cantik laaa. i tgk live hari tu. hehe. igt tak masa kat Ikea, dlm toilet, u ade tye apa tah masa tu, i la yg jawab hehe. actually masa mkn meatball kat ikea lagi i dh perasan u ladynoe.u duduk dpn i. hehe. nk tegur ckp i bc ur blog tp maluuuu ;p last2 bertegur dlm toilet.haha. muka u putih cerah flawless.jeles ;p

Aneesah said...

Kak Noe, harini terbaca yet another article by Yasmin Mogahed (she is seriously awesome mashaAllah), nak share because I love it that much:

http://www.yasminmogahed.com/2012/03/01/fall-in-love-with-the-real-thing/

nn said...

semoga kita sama-sama tabah melawan nafsu.

saya pun kadang-kadang nak keluar bilik malam-malam beli burger rasa macam alah lecehnya nak pakai cardigan, seluar panjang nak pergi kerjanya kejap je tapi bila bayang life after death... paksa diri sendiri.

selalu juga jealous dengan orang yang tak pakai tudung tak payah iron tudung pergi class. ok ini macam tak bijak tapi tu lah, perasaan ni datang hasutan syaitan kot. dan iman belum cukup kuat.

nauzubillah.

Che Anggun said...

aku ingat aku sorang rasa camtu..geram betul tengok pesyen2, aahhh...
kadang aku pikir bertuah betul perempuan yang tak rasa nak melawa dengan pesyen2 yg Noe ckp tu..
tapi bila ingat balik perempuan ni bila cukup solatnya,puasanya dan suaminya meredhainya,maka dia boleh pilih nak masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya, rasa macam aaahhh ok,semua ini dugaan dunia untuk wanita, tapi cara nak salurkan nafsu nak melawa tu,salurkan pada suami, sebab nafsu tak leh ditahan tapi perlu diurus ke arah yang betul.

Nice sharing Ladynoe