21.3.12

Perkara Rawak #049 - Semanis Ciku

Semasa berada di Mekah, kumpulan jemaah aku dipimpin oleh seorang ustaz yang aku kira bagus kalau bercerita bab-bab rohani ni.

Sebagai salah seorang manusia kurang ilmu, aku rasa apabila dia beritahu tentang hadis-hadis ini, aku rasa sangat teruja dan rasa nak berkongsi. Ianya semacam satu jawapan kepada persoalan kita selama ini.

Kenapa badan asyik sakit-sakit?
Kenapa rezeki payah nak masuk?
Kenapa anak aku menghampakan ni?
Kenapa tidur asyik tak nyenyak ni?
Kenapa itu kenapa ini begitu dan begini?

Jadi niat aku hanya nak berkongsi sesuatu yang aku baru tahu dari Ustaz itu;

"Tidak akan bercahaya wajah seseorang yang meninggalkan solat Subuhnya"


"Tidak akan masuk rezeki bagi seseorang yang meninggalkan solat Zohornya"


"Tidak akan sihat tubuh bagi seseorang yang meninggalkan solat Asarnya"


"Tidak akan berguna anak bagi orang yang meninggalkan solat Maghribnya"


"Tidak akan bahagia tidur bagi orang yang meninggalkan solat Isya'nya"


(SAW)

Aku cuba google balik semua perkara di atas. Tapi tak jumpa. Samada soheh atau tidak hadis ini, pokoknya,

Solat itu adalah perkara basis yang lansung tak boleh di buat main-main, dan tidak ada alasan lansung untuk meninggalkannya.

Let us bertaubat, and perform solat.

Rasa macam ustazah dah ni. Lepas ni boleh buat rancangan Semanis Ciku.

Sekadar Gambar Hiasan


7 comments :

PUSONARO said...

Gambar hiasan tu sangan WIN. :D

Dilarang Melarang said...

kahkah. amboi amboi amboi.

oshinz said...

amboi cantiknya ustazah ni.

NurulizzaH said...

yup!benar @ idak solat itu wajib.

Tulus Sweet said...

haha! comel ustaz ngan ustazah..

Pertanyaan Imam Al-Ghazali yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita
tinggalkan solat.

Hanys Jehari said...

Betul noe.. Betapa lah hinanya org tk solat, air hujan yg menitik dr atap rumahnya lg hina dr air kencing anjing..
Btw pic tu errr..Hahahahaha.. Apa2 je la noe ni. Take care.

Lady RaRa said...

bab solat sungguh benar.


bab gambar sedikit pertanyaan awat mata ustajah Noebahiyah juling?

muahahahahahaha