9.4.12

7 Sebab Kenapa Perempuan Jomblo Tidak Ada FB fanpage


Sebenarnya apa fungsi fanpage tu pun aku tak tau. Adakah sebab untuk aku rasa aku banyak peminat atau satu metodasi untuk aku menghimpunkan rakan pembaca blog Perempuan Jomblo? Atau apa-apa sahajalah.

Pernah seorang rakan siber ajukan aku soalan ini, "Kenapa kau tak buat fanpage Noe?" - Sebab ramai penulis blog yang baru-baru muncul ni semuanya ada fanpage kan?

OK.

1) Aku tak rasa aku ada atau banyak 'fan'. Rasa macam segan je? Rasa macam kalau aku ada fanpage nanti orang cakap "hekeley bajet bajet ramai fannnNNnnN je?" Kalau aku memang popular mcm SueAnnaJoe, HanisZalikha, MelayuMinimalis ke, JohnHafiz ke, AKAB ke, boleh jugak. Sebut sahaja nama diorang. Siapa tak kenal, memang loser. Aku tak payah link kan pun nama diorang. Google je.

2) Aku lebih suka friend dari fan. Walau hakikatnya aku lebih suka nak ada zon sendiri. Tapi aku dah anggap semua orang yang berinteraksi dengan aku sebagai kawan. Kawan siber. Kenalan Siber. Walau sampai kadang-kadang ada sampai tahap pijak kepala. Umur baru 16-17 tahun dah sound sound aku macam aku adik kau, tapi takpe, satu hari kau akan kenang betapa penyabarnya aku di persada blogesfera yang ciput ni. Sesiapa pun boleh tegur aku kat Gtalk dan berbual. Kalau aku free aku respond. Kalau aku diam, bermakna aku sibuk. Mari lah add aku kat Gtalk. Jejaka kacak ala Jason Statham lagi mak suka nak layan, nyah. Sesiapa pun boleh emel cerita masalah kucing kat rumah sakit tercirit-birit. Aku baca. Walau aku liat nak balas. Ketahuilah, sebenarnya aku peduli. 

3) Semua orang boleh add personal FB akaun aku. Takde istilah nak jaga privacy. Semua boleh berkawan dengan aku. Semua boleh cakap aku kawan baik walau tak pernah jumpa. Semua boleh mengaku aku sahabat dunia akhirat walau baru firstime terserempak kat pasar malam Salak Selatan. Kalau aku nak jaga privacy, aku takkan ada akaun FB lansung. Ni cerita dalam spender pun kau dah jaja dalam blog, lagi mau 'jaga privacy kat FB'. Ceh

4) Aku tak aktif FB sangat. Sekadar log in nak update status je. Dan aku malas nak manage banyak-banyak akaun.

5) Aku sedar kat mana tahap kualiti aku.

6) Aku tak rasa aku femes.

7) Rujuk perkara nombor 5 dan 6

Secara kesimpulannya, setakat penulis blog syok sendiri macam aku ni, tak payah la nak beriya ada fanpage. Semua boleh add personal FB aku. Kalau nak add setakat tengok gamba pastu "Errmmm takde la cun sangatttt sampai beriya-iya nak Jason Statham jeeee" atau "Laaaa camni je ke orangnyee..." pastu diam membisu pun aku tak kisah. Mak halalkan. 

Setakat FB. Esok lusa kalau boring boleh deactivate.

Ni aku cakap pasal diri aku je ni. Kalau awak-awak semua nak ada fanpage walau reader blog awak baru 10 orang, aku serius tak kisah. 

AKAN TETAPI; Aku tetap menitikberatkan zon sendiri. Dengan cara tersendiri. Tak perlulah aku cerita bagaimana. 

Peace, Nok.







18 comments :

Natasya Naslin said...

nice la.. =) semenjak dua menjak ni.... ramai dah bloggers yg ada fan page -_-" siap soh join fan page dorang.. semak2..
tak best -_-" nanti ramai sgt confirm x tlayan komen2....

fan = X_X"
friend = ^_^"

Salhah Suhot said...

it depends kot. ade yg kate lebih mudah berinteraksi.

Mantot said...

aku dgn selambanya claim muka aku mcm Jason Statham, Jason Wade dan Jason Priestley (sp?)

NiaLidia. said...

aku kenal hanis zalikha sorang je atas tu. hahaha :P kalau perasan, budak yg ada baru 30followers pun ada fan page dah. hebat, ;D sama ah kita takde fanpage. i tak layak youu :P

syitah said...

followers gadget pun tak letak.. ;p

myra abdullah said...

terbaek la kak =D
just be yourself kan.

gadis flexible said...

hurm. zaman dulu-dulu takde fan page ok je. hidup je blogger3. kehkehkeh. kan3? same lah kite. rase segan nak promote3.

Hidayah Humairah said...

haha. mantot siap komen siot? pemes kak noe ni! btw, adik saye penah terserempak kak noe n abg fandi. tp die takut nak tegur kak noe. die kata kak noe comellllll drpd dlm gamba!

Myra said...

i guess the idea is to himpunkan orang2 yg ada sama taste blog, similar to bookclub where members talk about what they think of a book etc. cuma in this case it centralises on your posts la kot? hehe

i rasa no harm :D

Riena Haiqal said...

suka dengan penulisan yang ini.. terasa insaf sangat2.. :)

Irfa said...

sy penah terkutuk dalam hati
'eh...ada fanpage.blog pun suam2 kuku siap promo suruh like dia punya fanpage.glemer kah?'hahaha.

ceklala said...

noe tetap di hati hehe

R.R.Z said...

hihihi

LIKE.


*sy suke jason statham jugekkkk*

Syazwan Che Deraman said...

dulu wan pernah buat fan page, niatnya sebab senang nak ping blog, taknak serabutkan news feed facebook orang lain.

bila buat.
tak ramai yang like.

20+ orang lebih je.

lama lama duk macam tu, rasa macam segan plak sebab takda orang nak like, last last, terus remove fan page.

Have a good day.
jemput singgah blog wan.
Assalamualaikum.

Nadine Farha said...

Alamak, saya langsung tak pernah dengar pon nama2 SueAnnaJoe, HanisZalikha, MelayuMinimalis, JohnHafiz & AKAB. Waa.....

Nak kono poi check.

~ Cik Azz ~ said...

Lain orang, lain cara dan ragamnya..

:)

Šĥű© said...
This comment has been removed by the author.
Ayyman Rahim said...

Serius cakap, bukan nak poyo, Kadang-kadang bila orang yang tak kenal add kita kat fb ni macam "ish, macam mana ni, nak reject kesian, tapi kalau approve entah sape2 tah" tapi macam agak kepoyoan kalau buat fanpage. Hehe jadi makanyaa saya takda solusi lagi.