6.4.12

Cermin (ii)



Rashid seorang lelaki budiman. Dia ada banyak kawan. Kawan lelaki mahupun kawan perempuan. Rashid seorang lelaki yang baik. Tutur dia baik. Pergaulan dia baik. Sembahyang tak tinggal. Dia sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak yang sedang meningkat remaja.

Dia bekerja di sebuah firma besar. Pada suatu hari, pejabat tempat Rashid bekerja di datangi seorang pekerja baru. Seorang perempuan. Bernama Julia. Julia perempuan seksi. Suka pakai skirt pendek dan duduk terkangkang. Rambut perang macam bulu jagung. Julia perempuan daring. Rebel dan sangat agresif. 

Satu hari oleh kerana prihatin dengan rakan-rakan lelaki sepejabat yang lain yang asyik bergelora nafsu akan Julia, Rashid pun datang menghampiri Julia dan menegurnya,

"Julia, pakaian awak ni tak sesuai untuk ke pejabat. Nak nak awak as a muslim. Saya tegur awak untuk kebaikkan semua. Nanti awak punya fasal, semua kami dapat dosa," kata Rashid sambil sesekali merenung ke arah lurah tetek Julia. Bagi Rashid, ini adalah satu inisiatif untuk dia berdakwah demi Agamanya yang tercinta.

Julia senyap.

Dia rasa malu akan teguran Rashid. Rasa malu membawa ke rasa marah. Rasa marah membawa ke rasa dendam. Julia berhenti bekerja kerana tidak lagi sanggup bekerja sebumbung dengan manusia-manusia ortodoks baginya.

Satu hari oleh kerana dendam, Julia telah membuka satu akaun fake FB untuk Rashid. Nama Rashid jadi Acit Lolo. Julia superimpose muka Rashid dicantumkan ke badan pose ala-ala gay. Jadi sejak dari itu, Rashid asyik diganggu panggilan dan SMS dari lelaki yang dahagakan seks dan jubur free dari seorang lelaki.

Apabila diketahui Rashid ini semua angkara Julia, Rashid jadi bengang lalu dia search username Julia kat FB. Bila dah jumpa dia message Julia dan maki sepuas hati. Sebaik sahaja Julia terima mesej Rashid, Julia tak segera balas. Dia klik FB Rashid dan saje la nak buat tinjauan tapak. Bila Julia klik 'photo' dan klik album 'Famili ku Sayang' terus Julia tergelak sendiri.

Bini Rashid. Anak perempuan Rashid. Adik perempuan Rashid. Semuanya stok gaya pun ala-ala Julia sahaja.

"Selama ni...Rashid bercakap dengan cermin rupa-rupanya....!" kata Julia sambil tergelak sendiri.

----------
Ini kisah benar. Julia baru meroyan dengan aku kat What'sApp pagi tadi. Tapi ada la part-part aku tambah nak kasi sedap cerita. Aku tukar nama je. Sering berlaku di kalangan kita, mahu pun di kalangan menteri-menteri di Malaysia.

Julia kata "Aku tak kisah kalau ustaz-ustaz nak tegur aku. Tapi kalau setakat dia, anak bini pun tak terjaga, tapi nak sound-sound aku, takley laaa,"

Aku pun tak salahkan Julia sebab cakap macam tu. Sebab pada dasarnya Julia memang rebel. Pendekatan kena lain caranya. Lain sarang, lain la perangkapnya. Ye dak?

Tanggungjawab suami memang sangat besar. Bukan sekadar nafkah zahir. Nafkah batin perlu utama. Bila cakap pasal nafkah batin, semua bajet dah lepas sebab bini puas di ranjang. PUi!!! Nafkah batin tu termasuk suruh bini tutup aurat, ajar bini mengaji, solat sama-sama dan sebagainya. Jangan melukakan hati isteri dan selalu gembirakan isteri. 

Tapi takpe. Ramai orang salah anggap ni sebab faktor bahasa. Terlalu mendalami bahasa inggeris sampai lupa akar bahasa melayu. Pun aku still salahkan poster 'urut batin' yang sering bertaburan di bustop-bustop berhampiran anda.

Kthnxbye.


p/s: Dakwah bermula dari rumah.


15 comments :

Fahreen Fredo said...

Hahaha. Lain sarang, lain la perangkapnya. Ye dak?

TRUE :D

Tulus Sweet said...

nafkah rohani。ilmu fardhu ain wajib ajar isteri。

sayazakiah said...

nice entry kak.. kisah benar pulak. x caya pn ada. hehe

AzNuRuL AzMaN said...

saya bukan la macam julia..tapi saya pun tak blh nak serap sgt kalau org mcm rashid yg bagi nasihat..

nak nasihat saya keluar semua ayat al-quran dan hadis..tapi bila tgk family dia..hmm..nilai2 islam yg zahir mmg dh out..tingkah laku tak berani komen sebab tak kenal sgt..

tp yg penting hati baik kata dia..yg lain tunggu dpt seru katanya lagi..matlamat tetap tak halalkan cara kan..

Ladynoe™ said...

SAYAZAKIAH: dik, nanti adik dah jauh perjalanan hidup, orang makan taik pun adik jumpa. jangan tak caye. kikikiki.

Irfa said...

terbaik :)

raihan salleh said...

Cerminan diri dulu yg lbh baikkan. :)

Misya Mialen said...

sy lucu baca entri ini tp sy rasa byk benda yg dilihat blh jadi pengajaran. terima kasih noe;)

yanaLiy said...

Sebagai seorang yang rebel, memang logik untuk Julia berfikir macam tu dekat Rashid.

Tapi pernah terjumpa kata2/ayat macam ni - "Lihat pada nasihat yang orang sampaikan, bukan si penyampai nasihat".

Saya juga kadang-kadang berfikir macam Julia.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

bialasah noe, selalunya dalam menilai org semua menjadi ustaz ustazah, tapi untuk diri sendiri, semua pejam mata..

Ladynoe™ said...

macam mana nak like komen BELINDA ni? Ada button like tak?

Zaiman Noris said...

Dalam salah satu khutbah nikah saya pernah dengar, yang tang ehem-ehem-di-ranjang itu sebenarnya nafkah zahir. yang batin sebetulnya seperti apa yang noe cakap.

xxxxxxxx said...

cube amek stand neutralist here. if everyone's doing what they're supposed to do, we don't have the time to korek other people's closet won't we? yeah people can argue regarding the means, but who can deny the underlying message? tis not our biz to dig in into other people's responsibilities. our inability to guide someone successfully shouldn't be the sole KPI of one's credibility to guide others. after all, hidayah tu milikNye jue. wallahu'alam.

Hikaru Yui said...

apa yg baik itu baik dan apa yg buruk itu buruk...

menegur org agar menutup aurat itu baik dan membiarkan ahli keluarga mengabaikan aurat itu buruk..

simple as it always is

b a r i n e said...

Agree with yanaLiy. Those are golden words from Saidina Ali RA.

Julia kata Rashid tak layak bagi nasihat pada dia. Soalnya adakah apa yang dia buat pada Rashid (dgn motif dendam, marah whatsoever) itu layak dan dibolehkan?

Yang baik itu baik, yang buruk itu buruk..as what Hikaru said.