14.4.12

Kerana Rutin Itu Semakin Membosankan

Dulu;

kalau benda benda kraf, drawing, kartun-ing, bagi lah kat aku. Benda yang memang aku minat sejak kecik. Kalau tanya kawan sekolah rendah dan menengah teknik aku, apa benda yang rajin aku buat daripada kerja sekolah sendiri, jawapan diorang mesti sama. Aku tidak lah handal. Tapi sekadar minat sahaja.

Sampai aku ambil kos Grafik Designer dan bekerja sebagai designer. Sebab aku minat. Bukan sebab aku tak dapat tawaran belajar kos lain.

Tapi bila minat dah jadi karier, lain pula ceritanya. Nak-nak bila kau kerja di bawah orang. Benda-benda kreatif ni bila orang di luar bidang pun boleh meluahkan komen dan pendapat, lama-lama kau jadi letih. Aku suka cara A, bos suka cara B. Kau tak suka cara B, tapi kau kena buat jugak B. Memang lama-lama letih.

Melayan kerenah orang sehari-hari. Mengejar deadline. Job sekali datang sampai sehari 5-8 job yang semua nak 'secepat mungkin'. Ikutkan hati nak je berhenti kerja. Duduk rumah, cipta karya sendiri. Ikut citarasa sendiri. Tapi tah, kadang-kadang rasa dah demotivated. Dari 8 pagi sampai 8 malam (overall) asyik tengok design dan perisian Adobe di skrin monitor komputer, kalau boleh balik rumah aku taknak pandang atau sentuh lansung imac atau laptop yang ada.

Bukan nak cakap yang aku dah beralah sangat dengan hidup ni.

Tapi kalau difikir balik, rutin hidup aku sekarang ni macam dah sama je hari-hari. Bangun tidur. Pergi kerja. Balik rumah, tengok TV sikit. Main dengan anak. Layan suami sekejap, kemudian, tidur. Esok, sama jugak. Benda yang sama. Aku rasa macam, "Apa kena dengan hidup aku ni?"

Lama-lama, aku pun mula lah nak crafting balik. Atau paling kurang pun nak start painting balik. Walau rasa tangan dah keras macam bangku, tapi tak apa lah, asal aku ada masa untuk diri sendiri balik macam zaman sebelum fasa hari ini.


Studio in the making. Belum siap 100% Perlu 1 lagi meja, shelve kat tepi rak buku atas tu..and more more morrreee boxes (i choose IKEA box yang macam kat bawah meja tu. Nampok tak?) Studio ni aku kongsi dengan Fandi. Ianya hanyalah satu ruang bilik yang kecil yang muat 2 orang je. Atau kalau saiz-saiz macam aku dengan Fandi ni, nak selesa sorang je lah. Kalau tak asyik berlaga je. Aku nak cat warna-warna gedik sikit like turquoise ke..soft emerald ke..sebab kebanyakan perabot kami dah putih. Tapi Fandi nak warna dark grey. So to be fair..sebelah warna grey, sebelah turquoise. Tapi aku tak cat lagi yang warna turquoise tu. Sedang berkira-kira. Mana tau kot kot berubah fikiran ke kan.


Aha yes..ini adalah cubaan aku untuk menanam hobi baru. Tak ada la aku fikir nak jadi makcik tukang jahit yang hustler. Cuma saja nak cuba crafting dengan benda-benda baru. Kalau nak ikutkan, aku memang dari lahir tak pernah sentuh lansung bab-bab menjahit ni. hihihi. Setakat ni aku baru jahit alas laci..Dress Sabrina (tak siap lagi) yang recycle dari dress lama aku..dan..itu sahajalah. ahaha. Misi seterusnya, nak cuba buat lazy skirt. Tengok tutorial macam senang. Cuma fabrik belum beli lagi.

My Lil Crafting kit. :P


Fresh Green Project. Dry on Dry watercolor on canvas. Oil and Acrylic will be coming. Setakat ni baru siap dua. Dinding rumah aku warna pastel. Pastel Green and Off White. So untuk menaikkan seri sikit, kena lah ada subjek-subjek khusus untuk jadi riasan.

At last but not least - ini artwork aku yang terulung. Artwork aku dengan Fandi. Dah semakin membesar. 2 tahun 3 bulan. A Kakak-to-be.

Harap-harap takde la aku bosan lagi macam sebelum ni.

Okay dah, berbual lagi di kemudian hari. Aku nak lipat baju. Bye.




12 comments :

Rapunzeel Cikilolo said...

akak jomblo, kreatipnye lukisan :)

♥CIK SHA♥ said...

ok..aku suka gile hasil lukisan ko tu noe..jeles dgn tangan berseni ko..pinjam! hehe..

p/s :: artwork yg last sekali tu memang comel! ^_^

Pah Dayah Shahabudin said...

wow, i never knew you were the art type! we are so much alike!!!! dari zmn skolah dah suka arts. tapi bila masok U, xdak kena mengena langsung dengan arts, sebab my dad wants me to be something else.i always been envied with whoever yang amik course yang something to do with arts.

and now, i'm still crazy about arts. and currently i'm into DIY stuff too, sebab still looking for a real job.

it feels good to have someone in common.

:-)

Anoneemus™ said...

I baru je smlm ckp kat husband...kagum dgn graphic designer yg ada boss. Susah kut asyik nak amend je kan?

And one more, seriously rutin mmg tak best.Pergi kerja, balik kerja, dpt gaji bayar bil, repeat till fade.
nanti sedar-sedar anak dah besar, kita dah tua. mcm tu je.
(hutang tak abis lg).

K.I.T.A said...

Yeah.Deq nor memang suke bende-bende art dari siapkan kerja-kerja yang tengak(Cikgu PKA) suruh buat.

Apa-apa pun deq nor,kalo 1 day ko nak bukak company sendiri ke pe.kita akan support ko.Don't worry.Chayok

Aneesah said...

I fully support you kak Noe!! :D

BTW we have the same sewing machine hehe. Brother. Tapi saya punye dah dijual sebab dah balik Msia.

Enjoy your crafty endeavours!

Sari Yusa Ibrahim said...

darah seni yang hebat!!

LydSunshine said...

Ohoii... kemasnya craft tools dia... Craft tools saya, huruhara mcm neraka. Kuheh.

kueh bakar said...

jadi designer memang letih. bukan letih dengan kerja tapi letih dengan kerenah customer..tukar itu.tukar ini sesuka hati..

boss tu cuma ikut kata customer. ahaks.

paling boring cutomer 'tak berseni' langsung, tapi 'ajar' pulak designer power.heh!

baguslah mengubah rutin..different is good.

Reen Tart Nenas said...

creative!

kayna said...

Good Luck Noe... !!

Hot Mummy said...

Jemput masuk... http://www.hotmummyshop.com
Koleksi tudung dan baju tidur yang seksi....