7.4.12

Perkara Rawak #050 - Apa dah jadi dengan aku?

Semasa makan tengahari tadi, Sabrina pijak mangkuk makanan dia yang berisi nasi dan lauk pauknya yang lain. Selepas terpijak, mangkuk terbalik, habis semua nasi berterabur seperti pasiran di pantai. Kat atas carpet pulak tu.

Sabrina terkebil-kebil pandang aku. Untuk seketika, aku tak bereaksi apa-apa pun. Aku menghela nafas. Panjang. Tanpa bercakap apa-apa, aku kutip sebutir demi sebutir nasik tu. Ala-ala scene filem ibu tua yang malang macam Rashid Sibir selalu buat tu.

Apa dah jadi dengan aku? Nak marah anak pun tak sampai hati?

Adakah ini petanda baik yang aku dah semakin banyak bersabar? Atau petanda buruk di masa hadapan?

-_-

13 comments :

Lady RaRa said...

dia 'ter' kan? tak payahlah marah. just bagituau supaya next time berhati-hati and bagitau dia gak pasaipa kena berhati-hati.

kalau dia sengaja and hang tak gamak nak marah yang tu baru kena pertikaikan.

Tulus Sweet said...

takpe kakak...tengok kali kedua. hehe

K.I.T.A said...

Noe,betul la orang kata.
Anak 9 orang tak tentu lagi boleh jaga mak seorang tapi mak seorang boleh jaga 9 orang anak.
Betapa besarnya kasih sayang mak
kepada anak nya.

xxxxxxxx said...

a sign of good judgment can only be translated as a sign of getting wiser...lg akmal if bule ajak skali kemas sesame...

MK said...

hehe..kdg2 mmg kita rasa tak perlu marah pun. lain kalu sengaja carik psl kaaannnn. thumbs up noe!

Anoneemus™ said...

Erm...tahap kematangan kot?
sbb budak 2 tahun nak marah apanya..

sori ckp guna logik akal org takde anak.

eLL said...

dia budak lagi, noe. lagipun ko dah banyak berubah jadi sabar kan...

D Yatie said...

saya rasa both. baik for this time and tak baik in the future. cukup masa nanti rasanya boleh marah so anak boleh faham what is actually good/correct & vice versa.

AzNuRuL AzMaN said...

noe tulis tadi "terpijak" dan "terbalik"..so sabrina tak sengaja la kan..tak perlu marah la just bagi nasihat + warning secara baik..mintak dia tolong kutip sama..

kalau anak buah saya masa umur 2 tahun..makanan tu kdg2 dia buat masker muka..buat shampoo rambut..terabur tu toksah kata la..mmg uji kesabaran..mmg tak pernah mkn atas karpet..mmg sure akan kotor..

Qas Firdaus said...

benda ni mmg selaluuuu jadi kat aku. jangan jadi time aku penat. mmg menguji kesabaran.

Irfa said...

akak penah lalui..dulu kalau kena macam tu mmg akak ngamuk macam org hilang akal..tp skrng akak ambik pendekatan 'dia bukan sengaja'

Chiwi said...

Mantap lah tu Kak Noe! Sabar tu kan indah. ;D

hana said...

anak saya pun buat perangai sama aritu..dah la mangkuk kaca, abis berderai..kalau ikutkan saya yang lama, mungkin da kena sedas dua..tapi takde apa yang saya buat..jentik pun tidak..mungkin bila dah jadi ibu, kita tak sampai hati nak sakitkan dia...