17.4.12

Perkara Rawak #051 - Selama Menjadi Perempuan Mengandung Yang Naik LRT


Selama aku mengandung kali ke dua dan pulang dari pejabat dengan kemudahan LRT, seingat aku, yang offer aku tempat duduk semuanya lelaki.

Yang perempuan semua buat bodoh.

Ada yang pandang pakai ekor mata je. Sampai pernah sekali aku berdiri depan-depan makcik dan kakak yang sedang duduk, pun diorang boleh buat tak tahu sahaja. 

Kalau perut aku kecik, baru 2-3 bulan mengandung, tak nampak bump lagi, memang boleh terima akal. Ini perut dah tahap memboyot sangat dah. Dah tahap stretch mark ada 900 line. Bukan aku nak seksis. Atau overgeneralization, tapi itu lah hakikatnya. Mungkin ada akak/makcik/perempuan lain yang naik LRT yang baik yang offer seat kepada golongan memerlukan. Tapi nasib aku tak baik, tak pernah jumpa. 

Sampai lah semalam, aku dapat duduk (itu pun ada sorang brader yang offer duduk). Kemudian di hentian Masjid Jamek masuk seorang kakak pregnant yang lain. Pun memboyot jugak. Berdiri depan aku. Aku cakap pada seorang adik remaja perempuan yang duduk di sebelah aku yang sedang kusyuk main apa tah dengan telefon bimbitnya;

"Dik, akak ni mengandung, kesian dia, kasi la dia duduk,"

...dia toleh aku, kemudian pandang akak mengandung depan aku, kemudian kembali menghadap telefon bimbitnya. Selamba. Takda hati lansung nak bangun.

Aku menggeleng. Sengaja aku geleng lebih sikit supaya adik tu perasan.

Susah aku nak bersangka baik dengan hal hal macam ni.

Tapi aku cuba jugak lah;

Mungkin kebetulan semua yang duduk tu ada gout kot. Tak pun lutut berkudis. Tak pun yang perempuan-perempuan tu memang tak plan nak mengandung di masa hadapan. Atau mungkin celah peha  melecet sebab masing-masing penat berjalan dari pejabat ke stesen LRT. Atau mungkin migrain? 

Atau lebih tepat lagi, takda hati dan perasaan.





45 comments :

kayna said...

kayna pun penah naik lrt masa mengandung 7 bulan anak pertama, tu laa rasanya 1st naik lrt.. takde org offer pun duduk. buat selamber. blh citer kat hubby, yelaa... mungkin dorang tak bg duduk, bukan salah dorang yang buat kiter mengandung. ahaks. Salah sendiri jugak kan... huhu.. Alhamdulillah lepas tuu mmg tak mau laa naik lrt da. Sampai now pun, ofc dekat dengan rumah. Mmg naik kereta jelaa. Kalau ke KL dari PJ, tak sanggup da nak naik lrt. Sanggup redah jam asalkan duk sorang2 bau minyak wangi kereta.

raihan salleh said...

ntahla.pompuan ni memang ada perangai semacam sikit.tak suma.tapi kebanyakan.cuba bayangkan dok berhimpit dlm ktm?memang kesianlah tgk ibu mengandung.lepas ni kene buat iklan moral banyak2 kat tv kot.

Asidah said...

jawapan paling last tu adalah yang sebetul betulnya.

Riena Haiqal said...

memang tak der hati dan perasaan la mereka2 ni... cuba kalau dorang dah sarat atau dah tua ker, orang lain pulak buat macam tu kat dorang.. padanla muka dorang kan.. ish geram ar... rasanya orang lelaki lebih memahami situasi "WANITA MENGANDUNG" daripada perempuan tu sendiri..

nuridrin said...

saya selalu berdepan awkward moment bila saya nak beri akak2 mengandung duduk, diorang refused. bila saya duduk balik, rasa macam tak sedap pun ada. tapi kak noe, ada je perempuan2 yang sanggup bagi akak2 mengandung duduk. maybe belum dengan kak noe. :)

tutup mulut said...

sama la dengan aku noe. tiap tiap kali balik office naik bas, takda sorang pun offer tempat duduk. makcik makcik takpa la lagi, aku consider depa dah tua, ni orang muda. entah apa ntah depa pikir, memang pentingkan diri sendiri.

tutup mulut said...
This comment has been removed by the author.
Ladynoe™ said...

TUTOP MULOT= haha aku panggil diorang makcik bukan sebab depa dah tua. tapi muda lagi kot. cuma gaya je macam macik-macik. kehkeh.

Lizzie Yasmin said...

Dorang pregnant jugak, pregnant lemak. Sayang lemak jatuh bersepah kalau berdiri nanti. Mantality org Malaysia tak pernah ada belas kasihan. Kalau takat nak propa kesian kt FB twitt bila baca banda sedih kemain lagi. Tapi bila jadi depan mata, kedu jer labih.

ANZ said...

pernah masa pregnant berdiri depan kakak ni.. pastu dia tido.. lepas saya dapat seat elok pulak dia segar bugar.. hahaaha!

Rapunzeel Cikilolo said...

tu yg aku tak faham tu. mak aku warga tua, pernah naik komuter, yang offer duduk cina, adik gadis manis malay buat tak tau. how come this mentality?

Qiela said...

noe,

jangan risau. kite ni perempuan ada satu perangai macam skepticals sikit,. even kite ni tengok BAPOK pun kite jeles. sebab kita ni mmg ada satu sifat tak boleh tengok perempuan lain lebih sikit daripada kita.

lepastu duk pujuk hati,
takpe, bapok. tetap jantan.

hahaha. sama macam noe, mybe yang nampak noe tu..mandul. jeles kot noe peknen.

ok over,. kbye.

Mama Iddin & Irdina said...

Aku penah mengalaminya.sepjg mengandung selalunya org yg offer tp duduk lelaki cina.pompuan melayu pakai tudung stok mak2 ank 5 buat bodo je mcmla dia x penah mengandung.dhla duduk kt seat yg terang2 tulis utk ibu mengandung org tua etc.rakyat melesia yg ignorant

ღ cik faye ღ said...

salam, saya pun pengguna tegar LRT, monorel, bas rapid dan lain2. memang tak nafikan sakit hati tgk org2 yg segar bugar duduk rilek takde perasaan. tapi based on my experience pulak, ramai jugak perempuan2 baik hati yg offer seats...jantan2 pulak buat tuli je(dari lrt Gombak)bukan nak racist tapi ca ya nun
alif...sangat liat nak bagi seat berbanding bangsa lain.
we should do awareness campaign on this!

tanpanama said...

aku penah offer sorg akak pregnant duduk tp dia tknk.. aku yg duduk depan dia rase malu yg teramat sbb biarkan dia berdiri. mesti org keliling jeling aku sbb tk bgun dan bg dia duduk padahal dia yg tknk.

sampai sekarang aku jarang duduk dalam train sbb tknk rasa bersalah mcm tu..

♥CIK SHA♥ said...

aku kalau turun kl dan naek lrt, aku jarang duduk..rela berdiri..sebab aku rasa lebih ramai orang yg perlu duduk macam wanita mengandung dan orang tua..

tapi memang aku selalu jumpa kes macam yg ko cerita ni noe..aku pun tak paham ape pompuan2 tu fikir..(-_-")

Salhah Suhot said...

hmm..hmm..saya pernah nampak situasi ni dalam bas.kesian kakak yg pregnen ni. budak pompuan depan dia buat dunno jek.tak patut betul. saya pun pernah gak tak offer orang tua duduk, tapi masa tu betul-betul perlu duduk. sakit kepala sangat. tapi kalau masa sihat, saya tak ragu2 bagi seat pada yg lebih perlu. what goes around comes around. sebab bila saya nampak tak okey dalam lrt ke, komuter ke, ada je yg offer tempat duduk. :)

eLL said...

noe,
aku naik LRT dari jamek - universiti semua berhati baik bagi pompuan pregnant duduk.
tapi liat sikit untuk bagi org tua duduk.

Hannah Johary said...

Noe, I pun selalu sangat face perkara ni. Sampai 39 weeks sampai cuti bersalin. Perut dah obvious pun orang buat bodoh. Sakit hati sampai asyik sangat tulis kat blog sendiri tentang rasa tak puas hati ni. Serious tak tahu apa yang ada dalam minda dan hati mereka.

Guess they are just selfish.

SumBody Me.. said...

2 la tu..buat malu kaum ja bila kaum lelaki lg prihatin dlm bab2 mcm ni..kan..

nuyu said...

kadang2 bukan xnak offer. bila offer kene reject la. ape la. ada satu hari tu lagi haru, offer duduk kat kakak sorang ni, nampak macam pregnant, tapi buncit je sebenarnya. sentap kakak tu. huuuu~.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sy pernah pengsan dlm lrt dr bank megara menuju ke pantai dlm, dah pening sgt, pregnant dlm 7 bln time tu, sesak giler, sampai tahap duduk bwh ketiak org, yg duduk2 semua muda2 belia, xde sorang pun yg baik ati nak bg duduk, at last amik ngko aku pengsan,sedar2 dah atas kerusi dah.. padan muka semua, panik semua tengah2 sesak tu..at last.. tiga kerusi aku duduk sensorang sbb semua rasa bersalah tak bangun duduk td..

tp secara puratanya mmg aku slalu berdiri sampai la bersalin, de la 3-4 kali je dpt duduk, dan semuanya mmg lelaki je yg bermurah ati..

norinaomar said...

lebih tepat lagi..no common sense

yang geng2 takde common sense ni hati kering..tegur depan2 pun diorang buat tuli je

9w2ayn said...

ye.. saya pun penah mengalami situasi yang sama.. kena tolak waktu nak naik komuter.. nasib baik la tak jadik pape.. and sepanjang2 perjalanan takde orang pun offer tempat duduk padahal time tu mmg sangat boyot da.. dekat sejam kot berdiri plus train delayed lagi.. manala perikemanusiaan orang2 sekarang.. sadis..

Any said...

manusia sekarang mmg tiada hati dan perasaan.

tp yg pelik, mahu kita jaga hati dan perasaan mereka.

patut kau geleng sambil tsk tsk tskkk dan jelingkan mata bulat kau.

bukanuntukkau.blogspot.com

cik rose said...

aku dah lama tak naik public transport, sebab rumah dekat dengan office. masa selalu naik RapidKL dulu, aku selalu kecik hati dengan warga emas atau kakak2 pregnant sebab tak nak duduk seat yg aku offer kat diorang.. tapi serius aku rasa nak tampar kalau orang muda tak nak offer seat diorang kat warga emas or kakak2 pregnant ni. memang diorang selfish.

mendatak hijau said...

xpatut xpatut

Hanikas Run said...

salam. i dont understand why some malaysian still have this kind of attitude. like hello, most of us are muslims, we should know this better than non-muslim.

sebelum ni, my naqibah shared with us the situation in ktm. masa ni dia duduk, and bagi sit dia kat orang tua. and suddenly ada one girl cakap 'konon mcm iklan kat tv ke kak..'

i was like, what the hell is happening with malaysian???? dkt europe benda ni benda biasa..org tua,perempuan mengandung and perempuan diutamakan. tak ada org yang berkira pun masa bagi sit tu including perempuan2 control ayu, kadang2 tu budak kecik pun tahu bangun sbb nak bg org duduk.

maaf jika kata-kata saya kasar. maaf jika ada yang tersinggung, cuma geram. salam, hehe.

xxxxxxxx said...

Classic case of malu tak kene tempat coupled with Malay dilemma genetic with a little dash of gender innate characteristic. Dari kecik dah didoktrin, common courtesy is something construed as poyoism (heck one couldn't even practice English without at least getting a smirk). This is more prominent amongst the Malay than any other ethnics and Malay women being who they are, by majority are more 'thin-skinned' than their men counterpart.

IBU GRACE said...

pertama kali komen kt blog ni.

sekarang pregnant anak ke-dua. masih lagi naik turun bas.

saya kongsikan pengalaman masa dulu. http://shamiegrace-anatomy.blogspot.com/2010/08/my-belly-not-big-enough-ke.html

yes, mungkin budak pompuan tu ada lutut kudis, gout atau mungkin jua dia pun peknen 5 minggu..

Lady Milo said...

oh, tak tau pulak hal ni berlaku..
sy dah tak nak lrt sejak ada kereta.. masa belaja pun jarang2 naik..
itu pun time balik kampung, lrt tak sesak...

erm..,
sungguh tak 'bermaruah' bila pentingkan diri sendiri bilayang lain amat memerlukan...

yatie chomeyl said...

i am pregnant now, baru 13 weeks. semalam naik tren dan pitam, so mencangkung tepi tu tp org xbg duduk sbb xnmpk pun perut sy mengandung. kat jepun ni pompuan mengandung dpt sticker khas, tapi sbb perut x nampak mmg susah gak lah

skrg ni duk harap cpt2 lah perut ni besar so that dpt duduk. baisa ya priority seat kat dlm tren kat jepun ni org2 yg dudk mmg org yg sepatutnya je. nti klu perut dh besar, sy kongsi lg pengalaman nya ye

sya_zazoo said...

jgnkan lrt..dulu2 masa naik air asia.haramlah nk naik plane awal mcm mas. aku masa tu 32 weeks with hyperem,bawak beg seberat 5kg..takde sape tolong aku pun dgn perjalanan 5minit (bapak jauh) nk masuk plan. berjaya jugak angkut beg dan selamat sampai destinasi..sesudahnye aku beranak awal 2minggu. c-sec sbb air ketuban kering..org mesia esp org Mly mmg jarang yg tolong..malu nk mengaku MLy..baik jd org Cina jek sbb derang lagi slalu tolong kita..

miera said...

hmm biasala law of attraction. tunggu laki mengandung baru pompuan nk offer tmpt duduk

mama maman aka yana said...

tak sangka betul.. jualikan tuh la.. aduhai..

Syazwan Che Deraman said...

jaman sekarang, dah tak reti nak tahu kasih budi dan pekerti ( betul tak term ni?)..

hari tu, wan ada naik bas, ada sorang makcik berdri, selepas lama berdiri, dia duduk di lantai bas.

pastu dia ada sembang sembang dengan perempuan yang duduk sebelah.

apa yang wan dapat tangkap dari perbualan dia tu.
makcik ni baru balik hospital.

tapi perempuan buat bodoh je.

mungkin orang perempuan susah nak bagi seat kot.
hmmm.

wan pun berdiri time tu.

have a goo day kak.

Ayyman Rahim said...

Sebenarnya kalau cerita pasal aku sendiri. Kalau dalam apa-apa public transport, kalau ada perempuan mengandung/orang tua automatically aku akan bangun dan suruh dia duduk.


Kalau aku duduk dan buat-buat tak tau tu macam kepala batu tak kisah dan aku rasa benda ni kena ada kesedaran dalam diri sendiri.


Mungkin yang tak nak bgn ni ada ego yang macamni "Aku penat la, aku harini dari pagi tadi lagi........ Ni baru naik LRT memang tak ah nak bagi tempat duduk..".


Mungkin.

xxxxxxxx said...

http://www.youtube.com/watch?v=9PdZOAIM_0A

::SMY WORLD:: said...

Salam...

its happen to me too.. saya naik KTM and LRT putra everyday utk pi kerja.. KTM - lelaki mmg takkan bangun.. mmg selalunya mereka akan buat bodo.. so, i mmg akan naik koc wanita.. sini slalu juga org bagi tempat duduk... walaupun ada la beberapa kali berdiri sampai 40 minit tanpa org offer utk duduk.. perut mmg size besar.. still org buat bodo.. pura2 tidur.. rasanya nak je duduk atas depa ni..

mardhiana said...

Sy selalu nmpk akak2 naik LRT sambil dukung anak kecik tp xda sapa pun offer seat..kesian trhuyung hayang akak2 tu dlm LRT..kite yg bdiri ni rasa nk jerit

abanglong said...

salam

ermm my wife dulu pernah kena situasi sama masa dia naik lrt pergi kerja..
.
.
semoga mereka yg berat vontot itu mendapat hidayah...

ayu mohd saje said...

pernah satu hari sy betol2 tido dlm ktm, tak sedar ade akak preggy dpan sy. smpi serdang gila terkejut ade akak preggy duk berdiri depan sy.cepat2 sy bgun,tp sy pulak rase nk pitam sebab dr tido terus berdiri..pening sgt..haha.. maklumlah hari2 620pagi dah terpacak dlm tren.. bile dapat duduk bersungguh2 tido. x ingt dunia. tambah2 tutup muka pki sweater. tak nmpk org.. lepas tu sy mesti terjaga setiap stesen.kot2 ade yg memerlukan..klo tido sungguh2 mcm itu hari, tak pasal2 kene tikam time tido..ha

Along said...

Meh aku bagi tips kalau nak dptkan tmpt duduk dalam lrt time ngandung..hang kena carik pasangan yg sedang bercintan..mesti nanti si bf tu bagi hang duduk sebab nak tunjuk baik depan awek dia..percayalah, aku dulu selalu buat camtu...kalau kes2 makcik2, amoi@2 yg duduk sorang..even businessman yg duduk sorang..payah..macam ada glu kat bontot depa...kekadang yg bagi duduk tu, bbdk muda...yg pakai selebet je tapi prihatin. Jenis yg bawak je briefcase Dunhill tapi mata bita tu, nak buat came ye tak..lantak la depa.

enon said...

dulu ms mengandung naik lrt dr gombak ke masjid jamek. tiap hari mesti benti dulu kt dang wangi utk duduk kt sana. dlm lrt sgt penuh n kaki x larat nk berdiri hampir 1 jam..

huhu lps beranak mmg nekad x nak g kje naik lrt dah.. hari2 mengganggu emosi asik ngadu kt husband nangis2 sbb penat.. kihkihkih

Nurhasyima Hasim said...

Bagi sy empathy lebih penting dari sympathy. Tapi kalau dah sympathy pun takde, apatah lagi empathy. Bertabahlah bila berlaku situasi mcm tu.. >_<