27.4.12

Perkara Rawak #052 - Spender Lembab




Nota: Lebih baik perempuan sahaja yang baca.

Satu hari pada minggu lepas, sebelum balik rumah, aku singgah di Sogo untuk beli apa tah aku tak ingat.

Seperti kebiasaan perempuan mengandung yang lain, tangki pundi aku sekarang ni memang cepat penuh. Jadi sebelum membeli belah, aku pun singgah la di tandas untuk melepas hajat.

Selepas membayar tiga posen dan sebaik sahaja aku masuk ke dalam tandas di pasaraya tersebut, aku dapati kat tandas tu tak ada tisu. Jadi aku pun keluar bertanya kepada akak jaga tandas tu;

"Kak, tisu ada tak?"

Seraya akak itu membongkok ke bawah mejanya untuk mengambil tisu tandas seperti yang aku minta. Sambil membongkok tu dia mengomel sendiri.

"Pokpekpokpek sudah habis waktu mencuci sebab itu tak letak tisu tandas, nanti orang tarik-tarik bersepah penat saya nak bersihkan pokpekpokpek lagipun orang melayu kenapa susah-susah guna tisu? Air kan ada..."

Check!

'Orang melayu kenapa susah-susah guna tisu. Air kan ada?'

----------------------
Aku rasa semua dah sedia maklum, kalau kita (muslims in Malaysia) tarik tisu tandas tu bukan bermakna kita cuci kencing pakai tisu je. Tapi kita lap sisa air basuhan pada vagina untuk kesan yang lebih bersih. Supaya spender tak lembab. Kan?

Memang aku selalu perhatikan kalau di tandas pejabat aku, memang kebanyakkan akak-akak masuk bilik jamban tak bawak tisu yang memang dah disediakan bergulung-gulung. Malah memang selalu aku perhatikan di tandas luar sekali pun, ada akak-akak yang masuk ke jamban, memang tak tarik tisu dulu kat luar walau pun dalam setiap bilik dalam jamban tu memang tak ada tisu.

Buat aku terfikir, selepas basuh vagina, dengan sisa air basuhan tu, korang terus sarung spender ke?

Tak ke lembab nanti spender korang?

Korang tau kalau pakai spender lembab, nanti bahagian vagina akan mudah kena jangkitan kulat kan? Boleh bayangkan tak kulat kat vagina? Tengok kulat hijau-hijau kat roti tu pun korang dah geli nak makan kan? Cuba aplikasikan kulat yang sama kat vagina. Ada tak orang nak makan? Eh.
----------------------
Dah. Jangan fikir aku menyokong tandas yang tak ada air. Konon moden selepas kencing selet pakai tisu sahaja. Aku rasa pihak berkuasa tertentu tidak boleh meluluskan pembikinan tandas yang tidak ada sistem pengairan yang lengkap dan selesa untuk semua bangsa. Maksudnya, selagi kau duduk atas bumi di mana orang Islam berpijak, AIR WAJIB ADA DALAM SEMUA TANDAS AWAM hatta secanggih mana pun tandas itu.

Mungkin ada yang fikir, sebuah negara maju mempunyai tandas-tandas awam yang kering.

Tapi aku lebih cenderung untuk berfikir manusia yang maju mempunyai vagina yang tidak bacin.
---------------------

Oh ya, jangan lupa keringkan vagina setiap kali selepas membasuh, sebelum sarung spender.

Aku nak taruk gambar berkenaan. Tapi tak boleh la. Disturbing sangat.

Ergh.



P/S: Kan aku dah cakap awal-awal yang nukilan ni untuk bacaan perempuan je?


29 comments:

niDa said...

eerrgghhh!!! geli nye lps klik.. cis!! saya memang lap lps buang air. tak bole pkai spender basah. klu kt umah setiap kali pegi toilet mmg ganti seluar. pakai towel je. sng nak lap.

goblogbyfarah said...

Hidup aku tak tenang satu hari kalau terpaksa kencing n tisu tkde. Geli derrrr basah2 je bwh tuh!

Eyka said...

nice info..thanx :O

kueh bakar said...

laki tak perlu tisu

haha

J u l i a 。.゜✿ said...

ju bawa towel kecil setiap masa dalam bag ! =)
tak suka lembab lembab.
& wajib shaved selalu.

Makwe Kintan said...

betul tu...xslesa klu lembab..hehe^__^

Riena Haiqal said...

opsss geli pulak lepas buka tu.... nyesal tak sudah... ehm, biasanya lepas buang memang saya akan lap dengan tisu... kalau kat pejabat ni memng dorang dah sediakan tisu kat tandas so senang.. tapi biasanya tandas awam kat bandar or mana2 memang tak der bagi tisu pun so saya memang ada bawa bekal tisu dalam beg... selamat sikit..

HidayahHilman said...

sangat la benarnya...

-icha03- said...

sokong.
mesti lap lepas cuci...!!!!
euwwww...x nak la klik ..
hahaha

farhana shamsuddin said...

semestinye tisu itu satu keperluan di tandas

♥naematulsaadahismail♥ said...

makcik tu ingat orang melayu yg guna tisu tu tak basuh dengan air kot..hee

::SMY WORLD:: said...

Makcik tu nampak sgt tak berapa alert benda nie.. simple contoh: if kite basuh tangan, of course kite akan lap tangan tu kan bagi kering kan?? jgn la kata dia biarkan tangan dia basah sambil buat kerja lain..

xxxxxxxx said...

since when are we concern about restrictions? bile buh label 18sx tula lagi buat curious nak godek...the cat within us...V for victory! :">

O'gosh Iskandar said...

ok..nyesal klik...saya mmg setuju pasal semua tandas di negara islam perlu ada air...saya tertekan time mengkucil kat tandas2 mall canggih sekitar kl ni yang bajet moden sgt sampai air pun kedekut...sanggup x kencing or buang..namanya nak selet ngan tisu pastu bajet boleh p jalan2 x dapek la...

Nina Juhari said...

kalau takde tisu memang sanggup tahan kencing.

Reen Tart Nenas said...

kalau masuk toilet yg xde sedia air tu, kena standby wipe tissue / botol air saiz botol mineral tu. bleh sumbat dlm beg.

Ladynoe™ said...

NAEMATULSAADIAH:

itu la maksudnya. dia igt kita guna cuci vagina guna tisu, tak guna air. Padahal kita perlu tisu untuk keringkan vagina selepas mencucinya.

LisaLisut said...

nsb baik la ofis i mkcik2 cleaner akan sentiasa topup tissue every other hrs. so far masuk malls xpenah lg takde tisu. geli basah lembab kot spender if x lap.

Miss Sam said...

dah bayar 30sen kot. takkan tisu pon nk sorok. 30sen tu dah termasuk tisu skali tau...

Unknown said...

kdg2 kalau keluar nak singgah toilet tak de tisu terpaksa lah aku berjalan keluar dgn spender basah...ewww....sbb tangki aku jenis x leh tahan nak membuang...tp skrg tidak lagi sbb aku akn bwk towel kecik kemana2...jadi tiada lg mslh spender basah..aku rs better pakai towel dr tisu sbb tisu tandas aku penah dgr cara pembuatanya yg agak memualkan..duhh..

Syazwan Che Deraman said...

semua tandas pmpuan akan ada tisu ea?

tak pernah masuk tandas perempuan.

tandas laki takda tisu.

Mooniqueen said...

Samalah dgn sy..if masuk toilet takde tisu, mesti cari tisu dekat luar...bukan sebab kita lepas kencing tak basuh ke ape, tapi sebab nak lap la karipap kita tu..euwww...tak suke basah2... Sbb tu hati2 pakai pantyliner kalau basah just tukar tak payah susah2 tukar spender..

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

that's y kalu gi mane2 better bwk tisu atau tuala sendiri.
in case kalau toilet kehabisan tisu n dpt tandas yg dijaga mcm makcik tu.
hehhh...
btw, ape2 yg basah mmg aku pon geli.
mesti kene lap kering2 dulu.
hygiene first!

eLL said...

aku pun memang lap lepas cuci la...

Hot Mummy said...

Jemput masuk... http://www.hotmummyshop.com
Koleksi tudung dan baju tidur yang seksi....

AiTotYati Mat said...

yaaa air dan tisu tidak dapat dipisahkan!!!

spender lembab mmg geli!!!

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Salam,

Untuk kongsian bersama:

Ramai yang mendapat azab di dalam kubur bukan kerana melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, merompak, mencuri, minum arak dan sebagainya tetapi kerana kes yang kecil dan tidak melibatkan orang lain iaitu tidak menjaga air kencingnya...

sebagaimana terdapat Hadis Nabi yang bermaksud...

"Bersih-bersihlah kamu, biar suci daripada air kencing... kerana kebanyakkan yang diazab di dalam kubur kerana air kencing.."

Contohnya sekiranya kencing berdiri... ada percikan yang terkena pada kaki seluar atau kain dan tidak dibersihkan dengan betul... ataupun selepas membasuh kencing ada lagi yang menitis tetapi sedikit dan dibiarkan... kemudian bila tiba waktu sembahyang tidak ditukar pakaian lain yang suci bersih ataupun bahagian anggota badan yang terkena percikan itu tidak dibersihkan... maka sembahyang itu menjadi tidak sah... perbuatan di atas kelalaian dan tidak mengambil berat tentang kebersihan dari air kencing itu dihukum HARAM di dalam solat dan dikira BERDOSA...

Sebelum menunaikan solat perhatikan dan fikirkan adakah badan kita bersih dari najis kencing, seluar dalam kita suci dan bersih, pakaian kita suci bersih dan tempat solat itu suci bersih... Janganlah Solat kita selama bertahun-tahun yang telah dikerjakan menjadikan kita di azab di dalam kubur kerana kes air kencing...

*copy & paste dari http://www.facebook.com/note.php?note_id=100470723342417*

Qistin Fadzin said...

Malaysia is sooo not ready for tandas yg xde air... Tandas yg ada air pon boleh hancinggg, toilet seat dipijak, tissue not available, etc... Nak tiru tandas negara maju kena la educate pengguna tandas Malaysia dulu...

*kat ofis toilet kering, tisu always available dlm cubicle. kalo keluar saya slalu bwk disinfecting wet tissue, sepaket dua tisu kering & mastering the hovering technique, just in case ;)

Irfa said...

sengsara rasanya 2 minggu tandas kat opis tak supply tisu..terpaksa bawak tisu sendiri.kalau ada pun tisu yg agak kasar sikit tu..terpksa gak guna kalau lupa bawak tisu..sib baik tak melecet ;)

wajib lap kering2 sblum pakai spender