4.5.12

13 Perbezaan - Mengandung kali ini, dengan mengandungkan Sabrina

Sorry. Topik mak-mak. Sesuai untuk bacaan orang yang baru nak jadi mak; yang selalu bertanya; "Noe noe..banyak tak beza pregnant dulu dengan yang sekarang?" Atau anak dara yang bersikap keibuan. Atau bakal bapa. Atau memang orang yang ketandusan bahan bacaan.

20 Jan 2010 - 4.00 am - sungguh tak cantik aku ketika ini. Gemuk sungguh. 

1) Mengandung kali ke-2 ini, aku di landa alahan pada trimester pertama. Loya-loya. Pedih hati. Hilang selera makan. Mengandungkan Sabrina dulu tidak.

2) Aku mula mengalami pertambahan berat badan pada bulan yang ketiga (nak masuk bulan 4). Sabrina dulu masa bulan ketiga aku dah gain 6kg.

3) Kali ini aku makan supplement form Shaklee. Semasa mengandungkan Sabrina dulu,  aku makan supplement from HPA.

4) Mengalami bengkak kaki secara berperingkat. Kini sudah 7 bulan 1 minggu. tapi kaki tak bengkak sepenuhnya lagi. Time Sabrina dulu 6 bulan minggu pertama dah bengkak keseluruhan.

5) Saiz perut sekarang kecik sedikit dari semasa mengandungkan Sabrina (ini pendapat orang)

6) Peranakan kali ini jatuh teruk. Mungkin sebelum ini bersalin bedah. Jadi, tak pernah buat urutan sengkak.

7) Semasa mengandungkan Sabrina, mood aku ceria dan gembira je. Mengandungkan adik dia, mood aku turun naik. Aku avoid banyak orang yang berpotensi menyakitkan hati dan mendatangkan kerunduman emosi.

8) Kali ini aku rasa panas perempuan mengandung. Time Sabrina dulu tak. Tak pasti sebab cuaca. Sebab pemakanan atau sebab-sebab lain.

9) Pada 7 bulan 1 minggu, kali ini berat aku naik 12 kilo. Zaman mengandungkan Sabrina, pada 7 bulan, berat aku naik 21 kilo.

10) Semasa mengandungkan Sabrina, I is permaisuri manja. Masak pun suami. Kerja rumah semua suami buat. Pergi kerja suami hantar. Balik kerja suami jemput. Aww. But this time tiba-tiba nak rajinkan diri. Masak hari-hari. Buat kerja rumah. Balik kerja by LRT. Banyak berjalan, walau perlahan dan sakit.

11) Bahagian leher dan ketiak kali ini juga bertukar warna. Tapi tak seteruk dulu. Dulu sangat hitam. Hitam yang menjijikan. Macam permukaan longkang attach kat kulit. Nak pakai sleeveless dalam rumah pun segan dengan suami sendiri. Sekarang mild-mild la. Jadi warna cekelat cair-cair. Tapi taknak optimis sangat. Baru 7 bulan. Mana tahu bulan depan tiba-tiba rentung seraup.

12) Pemakanan sekarang, lebih terancang. Pagi - Oat. Tengahari - Nasi berlauk. Malam - Jarang makan. Selalunya susu je for dinner. "Eh Noeeee nanti anak tak cukup zattt!!!" Tidak. Itu semua mitos. Oat dan susu sungguh melengkapi nutrition harian. Plus aku dah makan supplement lagi. Pemakan Sabrina dulu, memang main bedal. Coke hari-hari. McDonald selalu. Kuih yang tak habis time meeting semua humban kat meja aku. Sebab tu overall 9 bulan aku boleh gain sampai 36kg.

13) Ah pregnant kali ni aku suka makan benda manis. Kek terutama. Stok kek pound dan kek chiffon memang tak pernah miss kat rumah. Nyummies!


Okay dah. Ini je aku ingat. Bye.

p/s: Yang pasti kali kedua ni, dengan izin Allah, aku nak breastfeed lagi. Untuk solusi milkbooster secara semula jadi, korang boleh pergi beli dengan dia ni! :)






24 comments :

Little Ilsya said...

Umur kandungan kita sama, simptom pun semuanya hampir sama. Saya suka makan manis jugak. Hari-hari nak coklat. Atau aiskrim. Tapi saya makan supplemen B.Young.

♥CIK SHA♥ said...

bakal adik sabrina ni lelaki ke pompuan?hehe..

akak aku dulu time ngandung anak laki die tu, tetiap hari bising kata panas..sampai kena pasang ekon la kat bilik dia..tu pun dia boleh kata panas jugak..aku pun tak paham..(-_-")

Ladynoe™ said...

CIKSHA - sama la! sekarang kat opis siap pasang kipas angin tala kat aku sorang. Orang lain semua bising sejuk sejuk sejuk. hahahah.

diana ghazali said...

haih..ni yg rasa nk pregnen lg ni. noe,start pregnant kali kedua umur sabrina brape ye? sbb sy pun c-sect utk first child itu hari.nk berkira2 bila bleh tmbh adik plak.hihi

Fazlinil Irma said...

waahh.. suka manis. kalau jd jiran sy mesti selalu hulur pinggan. dpt kek lebih. ;)

mommyNadia said...

Noe,
Preggy anak ke2 ni mmg macamtu,specially kita dah ada komitmenn anak pertama kn. Kadang smp lupa nak belai baby dalam perut macam belai 1st baby dulu.Itu yg kuar manja sesangat anak no2 Nadia..

Apapun..caiyyok for bf..;)

Aishah Rahim said...

"5) Saiz perut sekarang kecik sedikit dari semasa mengandungkan Sabrina (ini pendapat orang)"

Aku pon, makin anak ketiga makin kecik. Orang kata, ruang kat dalam dah sedia ada. Wallahualam.

Makwe Kintan said...

besnya pregnant...sy xde rezeki lg...bila agaknya ye...^__^

yaya+frdz+auf said...

teringin pulak nak mengandung lagi walaupon suspen. hahaha

kudozu said...

noe, mak aku ngandung aku dulu hidup makan roti kek n aiskrim. skang aku dah besar, ketar lutut tak mkn benda manis sehari, coklat ke, eskrem magnum ke. hahaha

-

Salhah Suhot said...

saya mengandung anak sulung. tak de la rase panas sangat. tapi memang suka betul benda manis sekarang ni. dan pedas2 juga. nyam!!

Tulus Sweet said...

waaaa second preggy! tahniah sis! :)

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Ampunnn! tak sanggup lagi nak ingat pasal ketiak & leher yg bertukar warna dulu.

NURUL JAMIAN said...

kalau aku ada rezeki pregnant lagi pun aku nak control makan. dulu time Raina aku makan tanpa rasa bersalah naik berat badan mencanak2. iyelah dulu masa mengandung selalu anggap ala nanti patang kuruslah. tp now aku taklah kurus mana. alahai.


take care noe

Ladynoe™ said...

AISHAHrahim: ya ka. owh mungkin la sebabnya begitu.

Tulus Sweet: Terima kasih!

NurulJamian: nurul, noe rasa nurul tak gemuk lansung ok. tapi mungkin aku baru kenal kau. tak pernah kau dulu. huuu~ anyway, semoga cepat dapat rezeki baru. :D

9w2ayn said...

bila baca entry noe ni.. teringin juga nak mengandung.. harap2 ada rezeki..

wynn said...

Noe, nak tanye.

Cne tau yg 'peranakan jatuh teruk'? Doktor btau ke atau memang akan rs sakit2 kat bahagian tu??

And, ade komplikasi/ masalah akn timbul ke kalau peranakan jatuh?

Sory menyibuk. Tp mcm nk tny pengalaman psl ituhari pn sy csect jgk, xde urut2 bhgn perut gak. Sedikit kerisauan huu~

puanungupunyecerita said...

tahniah...tgh kire2 nak tmbh gk..anak kite 1thn 6bln bln nie..ngeri ceaser ade lg..sbbjln da bukak 9 n baby over due x mo trn sbb besr gk..3.7.x best pantg licking..fuh trauma hari2 g hospitl dressing...noe gd luck.perot mxm boboi je ade sabrina..happy BF..

shrfhmsrh said...

Assalamualaikum kak,

Yang untuk supplement tu kan, saya macam tak berapa rekemen la kalau akak ambil Shaklee, sebab before this my family did take this brand.

Saya usulkan akak ambil supplement USANA. Boleh rujuk sini : http://encikshahir.belidiweb.com/2011/04/usana-perfect-100-pack-satu-kajian-dan-ulasan-bahagian-3-akhir/ atau type je gugel. Taupun sini http://sites.google.com/site/usanapot/

Mak saya ambil supplement ni dulu, and Alhamdulillah laju je adik bongsu keluar. Mak masa tu usia 41 tahun, best dah kena marah dengan nurse sebab pregnant lagi -.-

Dan saya kalau boleh nak akak mengharungi pregnancy yang osem, supaya saya juga boleh baca lagi penulisan dan bebelan akak yang osem. Sekian :D

Irfa said...

suka baca pengalaman org peknen..
kalau 10 anak,ada 10 pengalaman ;)

sharEna said...

hrp kite utk 2nd sok x naik byk mcm noe skrg. sbb x preggy skrg pon da gemok. klu gain lagi byk xtawulah nk jd cam ape dah diri ni. mak gajoh kuasa lapan kot hehehe

♥ dak pink said...

Aku ingat aku je orang paling byk naik berat badan sebab time pregnant haritu naik 29kg. Sekali bila baca posting ko ni, ada orang lain rupanye yang naik lagi banyak dari aku.

Hmmmm.

LynN LoLa~~ said...

congratz mommy to be! :D semoge Allah permudahkan

NorMala @ KaKakSaTu said...

dah besar dah perut adik. seronok tgk org pregnen.