31.5.12

Adakah semua NUTRISI yang diambil, sampai kepada anak di dalam kandungan?




Apabila rasa baby dalam perut ni beralun macam tengah scuba diving, aku rasa gembira sangat. Walau ini bukan lah kali pertama aku rasa macam ni, tapi entah, memang kegembiraan yang sama tu berulang lagi.

Rasa macam tak sabar sungguh nak jumpa dengan si dia.

Orang cakap, pada usia kandungan sebegini, anak dalam perut boleh rasa kegembiraan yang kita rasa. Boleh tumpang rasa stress. Dah boleh dengar apa yang emak dia dengar dan ucapkan. Aku rasa ‘cakap-cakap orang’ ni juga merupakan fakta bila aku ingat-ingat balik pengalaman semasa mengandungkan Sabrina dulu. Aku pernah diberi bed rest selama seminggu oleh doktor. Sebabnya ialah apabila seharian Sabrina tak bergerak di dalam perut, doktor cakap ianya berpunca daripada aku terlalu stress.

Bagi aku hubungan rapat antara ibu dan anak di dalam kandungan bukan setakat itu sahaja. Kita juga amat amat digalakkan untuk menjaga pemakanan dan mengambil vitamin yang sesuai agar anak di dalam kita mendapat nutrisi secukupnya. Tetapi, alangkah bagusnya kalau kita semua dapat pastikan bahawa semua nutrisi yang kita ambil tu, betul betul ‘sampai’ ke anak dalam kandungan kita, kan?

Tahu kah kamu semua bahawa setiap dari kira mempunyai perbezaan dari segi tahap penyerapan nutrisi pada sistem penghadaman kita? Kalau kita mempunyai sistem penghadaman yang kurang elok, kesemua nutrisi yang kita ambil kemungkinan tidak dapat diserap. Sedih kan?

Mak-mak ni aku faham sangat lah. Kalau nutrisi tak sampai kepada diri sendiri, memang kita tak kisah. Tapi kalau nutrisi, vitamin, segala zat tak sampai kat anak, memang kita jadi risau ya amat.

Tapi jangan risau lagi semenjak Anmun Materna kini, yang terbaru, telah dirumuskan dengan Probio DR10. Apa kah itu Probio DR10? Sangat awesome, ianya adalah untuk menyokong penyerapan nutrien yang OPTIMUM.

Sebelum ini ramai juga kenalan siber bertanya, pada email, pada gtalk, samada benarkah aku minum Anmum Materna sepanjang aku mengandung kali ini. Jawapan aku macam biasa, YA, aku memang minum ANMUM materna sepanjang tempoh mengandung kali ini. Bukan sebab aku saja-saja nak promote.

Jadi, kepada rakan-rakan sebuyung, dengan bekalan kalsium, asid folik, Ganglioside dan yang terbaru ni, siap dengan Probio DR10, aku memang sangat me’rekemen’ Anmum Materna kepada kamu semua.

Lagi pun, dah memang Anmum Materna ni susu yang sangat diyakini oleh kebanyakkan ibu mengandung Malaysia. Apa ragu lagi?

J



6 comments :

♥naematulsaadahismail♥ said...

aku pun minum anmum..tp xsegigih ko noe.
lepas tu perasaan excited tu tetap samaa.. even bukan kali pertama :)
apa gender dia noe?hehehe
tak sabar kan..even sakit bersalin dlu pn duk rs lagii

umiRdam said...

salam...ya betul ,tiap kali kita preggy tiap kali jugalah perasaan happy tu datang..benarlah anak2 penghibur kita.

Mooniqueen said...

Plan bila pregnant nanti nak try minum anmum jugak sebab rasa macam bagus je untuk anak dlm perut kita..tp kena amik Ada flavour la...kalau tak, takleh masuk yg plain je..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

usus kalau x bersih mmg mkn supplemen apa pon x leh serap..


tp sy x leh minum anmum..rs loya semacam..sy suka yg satu lagi tu wyeth mama

adam said...

Udoh rope saleswoman aje gayenye.

Bagi anak dalam perut makan satay la, baru sedap,

"minum susu nih terlalu mainstream". Kate anak2 dalam perut kome semua.

Lagi nasi lemak, ayam percik, lemang, rendang,ketupat,roti canai,nasi kukus ayam berempah, ikan bakar,siakap tiga rasa,

Huh baru la anak2 dalam perut hepi.

"Nikmat dunia,nikmat dunia" katenye.

NorMala @ KakakSatu said...

akk belum pernah mengandung walaupun dah lapan tahun kawen.. tp kdg2 akk minum gak susu nie.. huhuhu.. ada lah kwn ckp boleh ngandung kalau minum susu ni.. anyway sedap gak kan susu nie..