13.5.12

Hutang RM80

Aku jenis ni jenis seboleh-boleh memang akan mengelak untuk berhutang dengan orang. Satu, sebab hutang tu membebankan. Dua sebab dah jadi macam pride. Kalau aku terpaksa sangat-sangat-sangat untuk meminjam (loan rumah, loan kereta dan sebagainya) aku akan bayar secepat mungkin. Dapat gaji, terus bayar. Takde aku hold lama-lama. Mesti aku akan bayar. Walaupun terpaksa beransur.

Macam tu jugalah kalau orang nak berhutang dengan aku. Aku akan tengok siapa yang nak buat loan dengan aku. Aku akan tengok rekod. Tengok kes. Kalau memang jenis tabur janji palsu. Atau kalau memang jenis sebenarnya gaji dia cukup tapi habis pergi ke shopping alat solek dan beli tudung mahal-mahal penyudahnya duit nak bayar sewa rumah pun tak cukup, memang sampai kesudah aku tak tolong.

Tapi aku ada satu masalah.

Dulu, semasa aku masih bekerja di agensi pengiklanan swasta di Sri Hartamas, kalau korang tau, dari situ nak ke Jalan Kuching, ada satu roundabout. Entah apa nama roundabout tu aku tak tau. Ke arah jam 12 pergi ke Jalan Ipoh dan Sentul. Ke arah jam 3 pergi ke Bandaraya KL (The Mall, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka)

Aku nak masuk ke arah jam 3. Aku tak ingat aku nak kemana. Dah lama sangat. Tahun 2008.

Depan aku ada kereta kancil warna silver. Aku tahu pemandunya perempuan. Jadi dia pun jalan lah. Sebab kereta dari arah kanan dah takde. Memang aku nampak dia jalan. Jadi aku pun ikut la sebab jalan dah clear sambil kepala aku toleh kekanan tak pandang depan. Ada la satu lagi kereta tiba dari arah kanan, tapi jauh lagi dan perlahan pulak tu. Aku pun menekan minyak macam biasa dengan kepala yang masih menoleh ke kanan tak pandang depan. Sekali, gedegup! Aku terlanggar bumper minah kereta kancil tu. Dia boleh berhenti sebab nampak kereta arah kanan yang perlahan tu. Berhenti kat tengah-tengah jalan pulak tu. Tahi betul.

Tapi tahi tahi pun, I kiss so I pay lah.

Kami berhenti di tebing jalan. Akak tu macam blur-blur. Nak marah pun tak berani agaknya bila tengok saiz aku dua kali ganda dia. Ditambah dengan sifat-sifat sofistikated dan kejelitaan aku yang mungkin membuatkan dia hilang keyakinan nak mengamuk.

Nasib baik tak kemik. Hanya cat je terkopek sebesar tapak tangan.

Dia kata dia baru cat semalam. Dan kebetulan aku memang tengah sengkek. Dengan cash tak banyak dalam tangan. Almaklumla time tu gaji kecik setakat 2ribulebih lepas tu aku pun tengah sibuk berbelanja nak kawen pulak tu. Memang very the sengkek lah. Tak malu cakap ni. Memang sengkek sangat time tu.

Aku terus terang dengan akak tu, aku tengah sengkek, aku mintak dia kira balik kos nak cat balik, hujung bulan, gaji, aku janji aku bayar. Lalu kami bertukar nombor telefon. Dan kami pun membawa haluan masing-masing.

2-3 hari lepas tu, akak tu SMS aku, dia kata kos cat balik bumper dia RM80. Aku tanya kenapa boleh murah? Dia kata boyfriend dia keje kat kedai cat kereta tu. So okay, fine lah. Aku masih sengkek. Hujung bulan, dapat gaji aku bayar. Tak lama lagi pun. Dalam 4-5 hari je sebelum gaji. Akak tu siap kasi nombor akaun bank CIMB dia.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba handphone aku kong. Aku kurang ingat apa jenis kong dia, tapi yang aku ingat, aku bawa ke kedai handphone yang berhampiran rumah mak aku, abang tukang repair tu cakap dia kena format balik ke reset balik ke apa tah, untuk membolehkan handphone aku berfungsi seperti biasa. Akibatnya, abang tu beritahu, semua maklumat, segala nombor telefon, segala SMS, segala-galanya akan hilang.

Nak buat macam mana? Aku terpaksa setuju. Sebab abang tu, kawan abang aku. Jadi setakat masalah celah gigi tu memang dia tak caj apa-apa. I'm a desperado..underneath your window, benda free so shake your bon bon shake your bon bon'. 

Jadi, hilang lah segala SMS, contact number terutama sekali nombor telefon akak kancil tu sekali dengan nombor akaun bank dia. Aku tak boleh nak berhubung dengan dia sejak dari tu. Dan dia pun memang takda nak SMS aku lansung.

Secara teknikalnya, aku ada hutang dengan orang sebanyak RM80. Aku tak tau nak buat macam mana. Aku takut. Aku rasa macam beban besar. Aku risau, nasib mati membawa hutang. Allahuakbar. Sampai sekarang, aku harap akak kancil tu call atau SMS aku mintak hutang dia. Aku memang tak pernah tukar nombor telefon sejak 2007. Sampai sekarang nombor telefon bimbit aku sama je.

Kamu, semua pembaca, tahu tak macam mana? Macam mana aku nak settlekan hutang yang sebegini?

Isk.

p/s: Atau kalau ada sesiapa pernah dengar akak -akak ke, kawan korang ke pernah cerita situasi yang sama, korang bagilah tahu aku. Mungkin itu lah akak kancil yang aku terlanggar bumper keretanya. Nombor phone dia dah takda. Nama dia pun aku lupa. Akaun bank dia pun aku tak catit mana-mana. Plat kereta pun aku tak ingat lansung. Yang aku ingat dia ada akaun bank CIMB.









17 comments :

hudadida said...

Wah susah jugak kan..macam mana rupa kakak kancil tu agkny eh?

Ladynoe™ said...

hudadida : tak berapa ingat detail. yang saya ingat dia kecik kecik je orangnya.

Hikaru Yui said...

usahalah cari... tp kalau xjumpa nak buat mcm mana..

lgpun dah kata exchange nombor kan? kalau dia betul2 nak tuntut mesti dy call... kalau agak dia segan nak mintak.. dan kita pulak ada masalah yang tak dapat nak elak...

Mintak Allah ampunkan dan beri kelapangan kat akak tu lah..

Suzila said...

Duit tu ko sedekah je kt msjid. Dah berdoa agar kakak tu bhati mulia n mghalalkan duit tu. Lg pn ko mmg btol2 niat nk byr blk. Tp cntct da hilang, apa pn xleh buat.hihi :)

Misya Mialen said...

sdh jatuh ditimpa tangga pula noe. msti kakak kancil tu cari noe.hihihi. tp, tula, bukan kehendak noe bila hp bt hal. noe bt la sedekah kat masjid or anak2 yatim, niatkan utk itu. insyallah, semua akan ok,;)

The Quolector said...

salam,
kalau dah habis ikhtiar cari tp xjumpa, sedekahkan nilai tu (RM80), dan niatkan pahala ke atas akak tu.
dan kalau ditakdirkan jumpa akak tu blk, dan akak tu mintak duit tu, kena bayar skali lagi.
moga2, insyaAllah, diampunkan.

Lady RaRa said...

komen aku macam komen The Quolector.

sedekah, niat pahala atas akak tu, kalau panjang jodoh jumpa, bayar balik.

xxxxxxxx said...

Hope this helps: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/123

Riena Haiqal said...

susahnya kalau dah jadi macam ni kan.. semoga dapat la ditemui kaka tersebut. :)

Fahreen Fredo said...

Berat gak gini dak? Iskkk

bee2312 said...

saya pun ada hutang orang masa sekolah dulu..tak jumpa balik dh..nk sedekah jugaklah

Irfa said...

dia tak kontek mgkin dia pun dah halalkan kot.hehe.rm80 je mgkin x banyak bagi dia kot.harap2 kalau sesapa yg ada kaitan ngan akak tu akan ctc noe ye

Anoneemus™ said...

Komen Anoneemus mestilah nak off topic kali ni.

Tahun 2008 gaji dah 2ribu lebih?
Tahniah! my friends skrg umur dah dekat 30 pun gaji 2ribu lebih pada tahun 2012.

sekian.

bunga daisy said...

salam, awak tahu tak nama penuh akak tu? kalu ingat lagi emel me at azira.arif@cimb.com bagi nama penuh akak. i akan try cari no akaun akak tu.

Wawa Tasliman said...

wawa kot orang tu.. :)

Ladynoe™ said...

WAWA : are you sure? seriously?

Nurul Huda said...

Assalam noe, ni mungkin satu solution untuk noe, check it out :)

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=335285653210620&set=a.290834224322430.69092.202752153130638&type=1&ref=nf