18.5.12

Kenapa Aku Tak Suka Marah Anak?

Bila kawan aku cakap aku baik dan penyabar sebab boleh tahan kerenah anak yang sedang hebat meragam, aku rasa itu bukan satu justifikasi yang sesuai. Aku manusia biasa. Lahir dalam keluarga yang semua baran-baran belaka. Arwah abah baran. Mak tak baran, tapi banyak kali jugak aku kena rotan dengan dia dulu. Akak aku walau nampak lembut, tapi time dia marah, memang 'boleh tahan'. Abang-abang aku semua baran.

Jadi, macam satu keluarga dah terbentuk satu attitude yang baran-baran. Aku tak pernah salahkan mak abah aku dalam hal ni. Tapi itu lah hakikat yang sebenarnya ramai orang kurang ambil peduli; peribadi kita terbentuk bermula dari ibu bapa sendiri.

Tapi , walaupun dah tua, kita boleh ubah perangai kita sebenarnya. Jangan ego dengan mengatakan "This is my root, I come from this negeri and bla bla bla. Kau kena terima," Not nice at all. Pokok pangkalnya diri sendiri. Kalau rasa nak berubah, do it. Kalau rasa nak kekalkan, sukahati lah.

Darling Sabrina - 2 years 4 bulan


Dan seperti yang korang sedia maklum, anak-anak ni, sedari lahir, sampai 6 tahun adalah proses di mana mereka sedang membentuk sikap di dalam diri. Sedang membentuk peribadi. Mereka akan 'meng-copy paste' setiap peribadi orang yang terdekat dengan dia, dan kalau Sabrina yang paling dekat dengan dia ialah aku dan Fandi.

Jadi itu lah sebabnya aku kurang nak marah Sabrina kalau setakat kerenah budak-budak dia tu. KALAU BOLEH, aku nak dia serap kesabaran yang aku dan Fandi praktikan. Dengan harapan Sabrina jadi seorang anak gadis yang penyabar tak suka marah-marah. Ecewah. Dan benda yang paling aku nak elak ialah marah anak depan orang-orang ramai. Memalukan anak. Mencacatkan kredibiliti aku sebagai seorang emak pun satu.

Tapi tidak lah bermakna aku membiarkan segala kesalahan dia. Cuma tak de la aku meroyan, nak marah anak tak tentu pasal. Lagi pun kita sendiri mesti tak suka kalau asyik kena marah tak tentu pasal, kan?

Kat sini aku nak share, laman yang aku rajin baca untuk makanan rohani aku - www.anakkusoleh.com

..dan kalau korang rajin, korang boleh la lapang-lapang kan diri ke Konvensyen Super Parents yang akan diadakan pada 26-27 Mei akan datang ni.  http://superparents.com.my/ . Kalau yang belum nak jadi parent pun boleh pergi kovensyen ni; Dan kalau ada yang berangan nak jadi sepasang parent dengan ustat Don pun boleh pergi. (-_-') (cc to: Noraba)

Kthnxbye.



11 comments :

♥naematulsaadahismail♥ said...

thanks noe for this post.. batrisyia yg baru 10bulan pn kadang2 aku rs cam nak hilang sabar.kadang2 tertinggi suara..lepas tu terus mintak maaf..sekarnag aku pn dlm proses nk tahan marah.. setiap kali mandi cthnya..dia akan angkat kaki nak main2 air..dari marah,baik gelakkan dengan keletah dia.. perangai nak dapat adik memang boleh tahan ni

NISA KHAIRI said...

oh noe,tau x nisa kadang2 jd seorg mama yg keliru,kdg2 sngt penyabar,kdg2 garang.. pernah sorg ahso tegur nisa,sbb sabar sngat,katanya nanti anak pijak kepala,dia suruh garang la,rotan la,sbb dy kata cina2 didik anak garang mcm tu,pernah la garang,tp rasa bersalah plak. Last2 ah,jd penyabar lg bgus. Sbb Rasulullah suruh kita didik anak dgn kasih syg,kelembutan dan kesabaran yg tinggi. .betul ckp noe,anak yg membesar copy paste sikap kita..jd wajib tnjuk cth yg baik

J u l i a 。.゜✿ said...

semalam ju jalan2 kat mall, then tiba tiba bunyi gedeganggg !!! ada shopping cart yang jatuh terbalik & didalam tu ada 2yrs old toddler. rupanya yang tolak cart tu budak umur 7 atau 8 tahun gitu.
mak dia datang, maki hamun budak yg tolak cart tu.. marah depan orang ramai. segala perkataan babi jahanam keluar dari mulut si mak.
kesian anak tu.. dimalukan.
& kesian mak tu juga sebab memperlihatkan dgn mudah peribadinya yg teruk pada org ramai.

ju pun tengah cuba banyak bersabar. taknak marah2 anak. sekali sekala ok. tapi lite lite only. =)

laskar pelangi said...

Bagus tu.Kena terus sabar dalam proses membesarkan anak:)

Riena Haiqal said...

betul tu... lebih baik ajar anak2 kita jadi anak yang baik dan soleh / solehah.. lebih2 lagi memang akan mengelakkan diri dari memarahi anak depan orang ramai.. sian anak kita... :)

Riana said...

harap mampu jadi ibu yg sabar =)

aNis LeMoN aBu said...

kak noe. gambar terbaru kak noe buat muka kak noe nampak lagi lembut. selalu nampak ganas ;) (oh tolong jangan marah saya dengan mengatakan siapa-je-dia-nih-sibuk2-nak-komen2-padahal-aku-kenal-dia-pun-tak) mesti 2nd baby nanti pun sweet macam kakak sabrina :)

kak noe. macam mana nak tegur anak? saya ada anak buah, saya anggap macam anak sdr. umur 1 thn 2 bulan. saya tak pandai nak larang dia buat apa-apa yang tak boleh dibuat. rasa tak sampai hati nak cakap "haip" pun. so far takde siapa pernah marah dia. tapi saya taknak dia membesar jadi spoiled brat. jadi macam mana ye?

*soalan ni agak defeat the purpose of the entry. tapi saja nak mintak pendapat*

Ayyman Rahim said...

Tiada baran yang dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Yes? No?

xxxxxxxx said...

Humans are emotional beasts. It's hard to isolate rationality from sentiments. Anger is not needed in reprimand. La taghdob...

Miss N @ Nadia said...

baca post ni make me wonder whether N bley jadik seorang yg penyabar ataupun tidak.. anak pun baru 2 bulan. ari tu anak merengek buat hal, marah juga masa tu, tapi bila ingat2 balik, terus rasa bersalah.. harap2 diberikan kekuatan dalam mendidik anak yg masih kecil

Messy Mummy said...

Salam kenal yer...

Kisah nie sgt dekat di hati sya. esp bab baran2 nie.. Abah sya mmg garang sgt2 but my mom alahmdulillah baik sgt2. Adik beradik dr 5, 1 jer ikut mom tau..

Myself bila ada anak.. cuba sangat2 nak perbaiki diri. memang betul sgt2 anak copy and paste. ada one time sya terlepas cakap benda tak berapa best.. dlm 5 sec je dah boleh ikut balik..

Now cuba berhati2 dlm pertuturan dan perbuatan tapi banyak lagi perlu berubah. Sikap baran ada gak dlm diri saya :p

bagus jugak kalau sentiasa entry yg megingatkan cam nie.. thanks