15.5.12

Perkara Rawak #054 - Alam Siber


"Noe, sambut hari ibu kat mana?"

"Tak sambut sangat pun. Aku bagi mak aku cekelat dan teddy bear. Fandi bagi aku cekelat ja,"

"OOO...adalah jugak ya..aku tengok dalam blog takde cite apa-apa pun pasal kau sambut hari ibu.."

-----

OK faham. Memang ada orang yang hidup kat alam siber je. Segala dalam spender pun dia nak cerita kat alam siber. Itu je platform yang kita ada.

Tak kisah pun. Cerita lah. Seronok jugak baca-baca dan layan gambar.

Tapi yang aku kisahnya bila kau sandarkan realiti kehidupan orang lain pun kat alam siber jugak.

Cerita kat blog, tak letak gambar, tak percaya. 

Cerita anak dah pandai membaca, tak ada video, tak percaya.

Kalau tak cerita lansung, bermakna, memang kau tak lalui semua tu. 

Ni mesti kalau lapar, kau google image makanan yang diingini, kau renung je gambar makanan tu lama-lama, kau terus rasa kenyang, kan?

Hehe.


5 comments :

O'gosh said...

jadi blogger x semestinya sume benda patut cerit kan...pada2 la ye x..

jas imran said...

less is more...

=)

noe... ni word verification untuk sy post comment ni

"citodi otoreh"

haha... *selingan.

Cik Lily said...

haha..saya suka statement yg last skali tu..kalau lapar google gamba makanan tenung sampai kenyang! :p

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..aku tgh lapo ni..nice jugak idea ko tu..kot aku boleh kenyang dgn tgk gambo makanan kat google image je..hahahha..

Wawa Tasliman said...

blog macam diari seseorang if suka baca if tak suka tak payah baca.. senang kan?