21.5.12

Perkara Rawak #056 - Pujuk Hati

Hati mana tak cemburu bila tengok orang lain dapat apa yang kita tak dapat. Nikmat apa yang kita tak dapat nak nikmat.  Walau dah macam-macam usaha.

Tapi aku pujuk hati yang sedih.

Tak apa lah. Tak dapat kat dunia, kat syurga nanti moga dapat.

"Kalau masuk syurga..."

Mesti lah masuk. Kan Allah janji SEMUA orang Islam akan masuk Syurga walau dah rentung kena siksa?

(sambung termenung)




10 comments :

Riena Haiqal said...

kadang2 saya cemburu juga tengok orang lain dapat pakai itu ini tak yah pakai tudung, tapi kena kuatkan hati utk hindari dari perkara tu.. :)

AiTotYati Mat said...

salam,

saya belum ada anak lagi.
mohon kawan-kawan doakan saya ye (^_^)

Reen Tart Nenas said...

nanti dapatla.

Huda Ramlee said...

Pun selalu ada rasa cemburu bila tgk kwn2 mudah je hidup diorang..

Tapi, sekarang suka ajar diri sendiri 'takpela, rezeki masing2'.

Kalau tak mau sampai bila2 tak bersyukur dgn apa yang ada.

Ayyman Rahim said...

Sama lah kita. Kadang2 tertanya.. Sampai bila? Haha.

xxxxxxxx said...

Begitulah fitrah perasaan seorang banduan...so if you do feel so, la tahzan, you're on the right track! o:-)

hawa power said...

Assalamualaikum.

Kalau baca tafsir Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 80 dan 81 ada Allah tanya, siapa yang cakap semua umat islam masuk syurga? Dan Allah kata penghuni neraka kekal dalam neraka. Harap harap diperbetulkan supaya orang tak terikut ikut lagi dengan benda tu :)

Ramai orang tak tahu. Saya pun bau tau beberapa bulan dulu.

budakkelate said...

Cemburu tu mmg ada dalam diri manusia. Tapi lebih baik kalau cuba tukar cemburu tu jadi gembira kerana kawan dapat ni'kmat dan berdo'a kita pun Insya Allah dapat jugak. Kalau tak silap salah satu cabang untuk kesempurnaan iman kot. Saya x ingat sangat dah. Cuba bantu kalau sesiapa lebih tahu. TK.

budakkelate said...
This comment has been removed by the author.
budakkelate said...

Elok kalau ayat-ayat Al-Quran dirujuk kepada mereka yang lebih tahu. Penakfsiran mereka berbeza daripada pemikiran kita. Kecuali kita mendapat ajaran tu terus daripada orang yang kita belajar dengannya. Yang saya tahu mmg akhirnya orang Islam masuk syurga jugak cuma yang dosa besar yg x diampunkan mmg kekal la kat situ. Salah betulkan ye. Sama-sama belajar.