29.5.12

Perkara Rawak #057 - Bungkam

Petang semalam, dalam kesesakan trafik, berteman kan Sinar FM, tiba-tiba Dj mainkan lagu Kopratasa-Permata Untuk Isteriku.

Aku teringat dulu arwah abah akan nyanyi lagu ni untuk mak aku. Jadi pernah sekali aku nampak mak aku menangis apabila mendengarkan lagu ni. Aku tahu dia rindu abah sangat. Seperti biasa aku pun gelak-gelakkan mak aku. Hiburkan sedih hati dia dengan sing along lagu ni. Time tu aku tak kawen lagi.

Tapi, petang semalam, aku nak cuba sing along. Dah siap berdehem-dehem nak mencapai 'key' dan tempo. Dah lama sangat tak dengar lagu ni.

Tapi aku tiba-tiba bungkam. Tak terikut. Terkemam-kemam main bibir sendiri.

Dengan air mata bergenang.




Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan

Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri

Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Rasa macam kedengaran merayu-rayu hati seorang suami minta difahami..disayangi..ditaati..





10 comments :

O'gosh said...

dulu masa say first dengar pun macam ak enna..pape je nak layan blues...pastu dah jadi wife sume..baru nak makan dalam...

chiku the chucuru said...

walaupun ringkas tapi ini menyentuh hati...

umiRdam said...

lagu ni memang feeling habis...dekat dgn jiwa kita,memang sayu bila kehilangan seseorang yang bergelar lelaki yg istimewa

oshinz said...

lagu evergreen.. best lagu ni. lagi satu yang lagu berlari-lari ke kaki langit ke ape tu. best gak. hehe.

Amy Z! said...

Aiseh,

Bergenang jugak air mata ni bila baca lirik yg di-bold-kan.

:-(

Hidayati Mohamed said...

Memang lagu feberet. Liriknya memang menyentuh hati.

mendatak hijau said...

tacingggggggggggggg

Riena Haiqal said...

bila dihayati betul2 memang menyentuh perasaan.. :(

Ayyman Rahim said...

Lagu ni boleh dengar kesebakan disebalik music dia yang nampak ceria.

bareessence said...

sangat menyentuh hati. teringat Allahyarham ayah juge. sobs!