25.5.12

Serba sedikit perkongsian ilmu secara rawak.



Encik Zainuddin hadiahkan aku buku "Petua Menangani Stres - by Fadzilah Kamsah" di atas kerajinan aku buat Peta Minda on every single thing yang dia sampaikan. Chewahh.  :)

Kalau pergi ke kursus-kursus motivasi, aku suka take note falsafah, kata-kata yang disampaikan yang aku anggap berguna untuk aku pegang dalam kehidupan aku sehari-harian; dan apabila aku dah jot down, mesti la aku nak kongsi. Panjang-panjangkan ilmu bak kata orang.

Kursus yang aku attend ialah tentang NLP. Neuro-Linguistic Programming atau dalam bahasa Melayunya, Pengaturcaraan NeuroLinguistik. Benda alah NLP ini ialah satu set teknik di mana seseorang boleh gunakan untuk kemajuan diri dari segi rohani dan jasmani.  Bagusnya di sini apabila Encik Zainuddin (penceramah) berjaya merelatifkan fahaman Neurolinguisitk dengan amalan agama kita sehari-harian. Tapi kalau kau selak kitab Neurolinguistik ni memang sebenarnya tak cukup kursus 2 hari. Dan aku pun tak dapat la nak cerita pasal NLP ni sebutir-sebutir kat sini.

Cuma aku nak kongsi point-point yang best untuk sama-sama kita renungkan.

OK go

  1. Imam Ghazali – Cara Hidup menentukan Cara mati.
  2. Anda adalah apa yang anda fikirkan.
  3. Tidak ada apa yang terlambat, asalkan kita ingin Berjaya. Nabi (SAW) pernah berpesan, kalaupun kita tahu esok nak kiamat, hari ini, kita tanam bijih benih.
  4. Kalau setiap perbuatan diniatkan kerana Allah, Lilahitaala, semuanya akan mudah. Allah akan bantu. Fakta ni macam kena kat batang hidung aku sendiri. Kadang-kadang stress kerja, aku lupa adanya Allah akan bantu untuk mudahkan kerja aku. Yang aku tahu, merungut – like all the time.
  5. THE POWER OF INTENTION – manusia selalunya gagal kalau niat tak betul. Contoh kalau kita nak mulakan perniagaan untuk nak buktikan kat sedara mara yang “eleh..aku pun boleh berjaya,” dan pastu nak pakai kenderaan mewah-mewah tujuan nak menunjuk. – kemungkinan perniagaan tu memang susah nak maju.
  6. SUMBER didalam kehidupan ini berada di dalam diri sendiri. Kita yang kena gali sumber tu sendiri. Misalnya SUMBER KEKUATAN – berada di dalam diri sendiri. Otak kena program yang kita ni sebenarnya kuat. Boleh hadap segala dugaan. Kalau asyik-asyik fikir, “Aku tak boleh hadap benda-benda macam ni..aku tak kuat..” ßni macam kau dah sabotaj diri sendiri. Kau sendiri cakap diri kau tak kuat, maka memang takkan lah kau kuat. Rujuk perkara nombor (2).
  7. Fikirkan keseimbangan aturan hidup kita. Fikirkan apa yang kita jadi hari ini, adakah sesuai dengan apa yang kita pernah kerjakan sebelum ini dan apa yang pernah kita beri. Ini dah masuk bab Art of Giving. Kalau senang nak faham, contohnya, kau belajar sampai SPM je, memang sesuai lah kalau sekarang kau jadi tukang taip je. Tapi kalau kau nak Berjaya, kau boleh cuba usaha lain, buat bisnes kecil-kecilan, jual Tupperware ke, one drop perfume ke, and kalau kau rajin, memang sesuai la kalau masa akan datang kau jadi usahawan berjaya. Wok chu give yu gek bek. Simple like that.
  8. Apabila minta/berdoa kepada Allah, be specific. Kalau kau cakap “Ya Allah murahkan lah rezeki ku..” memang kau akan dapat murah rezeki.  Dapat pen sebatang pun boleh dikira murah rezeki. Akak Kerani belanja kopok lekor 3 ketul pun kira murah rezeki. Tapi tak mencapai goal kau pun. Jadi lepas ni berdoa dengan spesifik. “Ya Allah ya tuhan ku, aku nak duit RM100 ribu tahun 2012 ni. Aku bermohon jayakanlah segala usaha aku,” atau “Ya Allah, aku nak naik pangkat. Aku nak jadi Art Director. Aku dah taknak jadi designer lagi,and so on. (I like this point the most)
  9. Kalau anak mintak apa-apa jangan terus cakap “Tak ada duit,”“Kita tak mampu,” sebaliknya katakan, “InsyaAllah, mak usaha. Tunggu lah. Sekejap dengan lambat je,” atau “Okay nanti abah usahakan,” – bukan niat nak memberi harapan palsu, tapi niat adalah untuk mewujudkan satu kekeluargaan yang suka berusaha untuk mendapatkan sesuatu apa yang kita mahu. Anak akan contohi peribadi ibu bapa. Remember? Walaubagaimanapun ianya tidak boleh diaplikasi kalau anak kau mintak dadah atau ganja sepam dua.
  10. Kekayaan adalah di atas kemahuan. BUKAN di atas KELULUSAN. Tapi tak nafikan kalau kau guna kelulusan kau untuk menuju kekayaan adalah merupakan satu bonus. Cuma kalau belajar setakat Diploma macam aku ni, jangan lah terus rasa yang diri takkan hidup senang hanya sebab kau tak ada degree atau masterPHD
  11. Hati-hati apa yang diucap kepada anak/kawan/pasangan kita sebab setiap apa yang kita ucapkan boleh effect Believe Power. Contohnya macam kalau kau asyik cakap kawan kau hanya akan cantik kalau dia kurus. Mesti la kawan aku rasa down dan rasa dia tak cantik sebab dia gemuk. *Koff koff*. Kalau kita asyik marah suami kita "Awak ni tak boleh harap!" Suami kita akan betul-betul rasa memang dia tak boleh harap dan redha dengan hakikat itu.
  12. Setiap keinginan, cuba kita mulakan dengan diri sendiri. Ini pun Art of Giving. Nak bahagia, kita bahagiakan orang lain dulu. Nak kaya, kita kayakan orang lain dulu (bersedekah/menderma). Kalau kita nak pasangan kita begitu begini, cuba kita berubah dulu. Cubalah dan rasain hasilnya.
  13. Fikirkan apa yang kau nak je. Yang kau taknak jangan fikir. Pun kena kat batang hidung aku. Aku selalu fikir negatif. What if it like this..what if kalau aku jatuh miskin. Selalu sangat. So mulai hari ni, aku akan cuba la untuk merubah fikiran sendiri.
  14. Duit bukan matlamat. Duit adalah cara untuk capai matlamat.
  15. Sentiasa memberi kemaafan untuk hidup yang lebih tenang.

Okay, setakat ni je. Kalau kamu rasa munasabah, bermanfaat, kamu ambik lah. Kalau rasa banyak nak pertikaikan, jangan pertikaikan dengan aku. Sebab aku hanya rasa benda ni semua bermanfaat untuk aku dalam usaha membentuk keluarga yang cemerlang; dan aku nak kongsi dengan kamu semua.

Panjang kali ni. Ada sesiapa berjaya tamatkan semua?






13 comments :

Fadilah R. said...

Good info sharing. Be positive, give more, expect less. =)

Fahreen Fredo said...

Sebijik kene kat batang hidung aku T_T

nick andika said...

aku suka tang cara hidup menentukan cara mati tuh noe. well said lah.

aku.mamalia.wanita said...

aku pon suka point yang ko paling suka... point itu sangat ada point..

kudozu said...

Good info noe.Thanks muchos! Aku suka point no 9 sebab itu la alasan aku kalau orang ajak pergi mana2. Sebab nak saving pny pasal. Member aku pon nasihat, next time u cant say i got no money, just ckp i got no budget for that. Kalau duk ckp takde duit, sampai bila2 pun duit tarak.

aqel said...

sy berjaya tamatkan semua! hehe..
thanks for sharing. =)

xxxxxxxx said...

Irony, 13 as the law of attraction B-)

Mrs Kecik said...

doa specific. love this point. thanks!

minn_mizi said...

Terima kasih sebab sudi kongsi :)

sereez said...

good sharing...makcik suke :D

umiRdam said...

thank's ya..paling suka no 9

Nad Cantek said...

thanks noe..
apa yang kita fikir,
apa yang kita rasa,
apa yang kita buat,
semuanya adalah DOA

nak share article ni boleh?
thanks!

Madam Casper said...

saya nak bg tau n3 ni saya dah copy dan print untuk bacaan sendiri.t.kasih