15.6.12

Perkara Rawak #060 - Gemala Hati



 Allahyarham Mohamed seorang yang garang. Kuat cemburu. Pantang silap sikit. Itu yang Fatimah selalu ingat tentang suaminya sampai sekarang. Tapi Fatimah juga beritahu aku,

"Abah kau walau garang dan kuat cemburu, tapi romantik sangat. Siap naik pentas menyanyi lagu Gemala Hati untuk mak," sambil membuang pandangan ke luar cermin tingkap kereta.

Aku ketap bibir atas aku kuat-kuat. Selalunya taktik ketap bibir ni boleh tahan air mata daripada mengalir keluar.


10 comments :

♥CIK SHA♥ said...

kan? mak aku pun selalu cakap sumtin tentang arwah abah aku yg dah 13 tahun pergi..walaupun ade je die ngungkit pasal perangai huduh bapak aku, pastu mesti ade sumtin yg sweet die sebut..lepas tu die terdiam, aku pun rase mcm nak nanges..dan taktik ketap bibir atas tu mmg sinonim dh dgn aku..T_T

bubblybetty said...

mak kak noe pun.tak terlindung dek ketap bibir.

.................

Mooniqueen said...

Sejahat2 manusia pun, mesti ada sesuatu yang boleh buat kita terkenangkan dia kan... Rndu jugak kat arwah atok MQ...

adam said...

Air mata yang berderai,
Siapa yang menghapuskan,
Hati kering dan gersang,
Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang kusayang,
Telah pergi dariku,
Dengan cinta,
Dan harapan hidupku,

Oh sayang

TIada lagi ku dengar kidungmu,
Tiada lagi derai tawamu,
Hanya kesepian yang kian mencengkam jiwaku,

Malam malam dingin membeku,
Hari-hari kian kelabu,
Dalam doa kudus ku sebut namamu,
Cintaku,

Oh sayang damailah kau disana,
DIsisi tuhan yang esa~~~

NorMala Bahar said...

cis.. x dpt tgk klip gemala hati tu.. opis block. balik rumah kompom bukak lagi.. noe tabahkan hati. baby dah main tendang2 dlm perut x?...

Aishah Rahim said...

Selalunya, kalau ketap bibir pon, airmata laju je keluar.

Fahreen Fredo said...

Noe.... :(

ida said...

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.

Al-Fatihah.

I love your writing. Gigih aku baca dari first post taun 2006 smpi latest post 2012 dalam seminggu ni.

umiRdam said...

Orang yg tersayang...walau garang atau jahat camnapun memang kita akn rasa terlalu kehilangannya...salam perkenalan dari umirdam

Sarina Binti Md Juhari Bin Rashid said...

terus kuat noe, al-fatihah untuk Abah..