4.7.12

38 Minggu dan Persediaan

Jarang sungguh aku nak bercerita tentang progress kehamilan aku. Tau-tau je dah masuk minggu ke 38,  fasa terakhir trimester ke-3. Kondisi badan memang merosot habis. Kaki sakit, bawah abdomen sakit. Badan sakit. Pinggang sakit. Nak berjalan sakit. Nak baring sakit. Semua sakit. Serba tak kena.

Semasa aku tulis entri yang ini, aku sedang berada di rumah. MC dah 3 hari. Mengalami kesakitan ligamen bawah tulang serviks. Jalan berpaut-paut sambil muka menyeringai-ringai. Berharap cepat lah anak ku keluar hoi, atau kalau tidak pun, berharap esok sembuh lah, kalau betul-betul aku ditakdirkan kena kerja lagi.

Fasa sekarang ni, ramai yang dok tanya "dah scan dah? dah scan dah?" Sebab nak tahu jantina je motif soalan tu. Mesti lah dah scan. Kan setiap kali pegi check up memang scan. Apa punya soalan da.

Kalau tengok perut aku, katanya lonjong. So ada yang predict baby boy. Tapi naluri aku lebih ke girl since time scan before ni memang tak ada 'sign' yang it's a boy. Pertama sekali, aku nasihatkan kat korang jangan cakap "harap-harap baby boy". Tuhan lebih tau apa yang lebih elok untuk kami laki bini. Kan aku cakap aku tak kisah laki ke perempuan. Kalau keluar perempuan, adakah aku telah memusnahkan harapan korang? No?

Tapi aku hargai kalau ada yang cakap "harap-harap kali ni bersalin normal" - terima kasih di atas doa-doa sebegitu. Aku pun harap benda yang sama. Taknak la lagi opret. Semakin buruk la perut aku kalau opret lagi. Kalau kali ni kena opret jugak, aku akan kecewa. Aku nak anak at least 4 orang. Please..please...doakan aku. 


Preparation, so far so good. Benda-benda basic untuk bayi semua dah ada rasanya.


Beli katil baru untuk si dia. Sniglar Cot from IKEA. RM165. Itu harga untuk katil sahaja. Tilam, comforter semua aku tak beli. Recycle je Sabrina punya dulu. Lagi pun elok lagi. Sabrina tak pernah pakai. Kali ni wajib ada baby cot. Katil kami dah tak muat kapasiti.


Breastfeeding gear. Pun rasanya dah cukup. Supplement Shaklee pun dah beli. Vita-C, Vita-lea, Alfalfa, ostematrix, ome-Guard? Aku beli dengan seorang pengedar Shaklee Kuala Lumpur, http://welovesusuibu.blogspot.com/ Aku baru tahu dia kerja bersebelahan je dengan opis aku. Lepas ni tayah pos-pos lagi lah. Kita jumpa bagi byhand je.

Cuma sekarang tengah kembah-kembah cari mana pergi cooler bag lama aku dulu. Tapi takpa, cooler bag diperlukan hanya selepas aku masuk bekerja habis berpantang. No need to rush. Aku harap kali ni rezeki susu aku melimpah ruah. Time Sabrina dulu dapat sampai 10 bulan dengan pelbagai cabaran. Aku dah usaha melampau-lampau dah dulu. Aku salahkan kerjaya aku. Stressful sangat. Sampai drop susu aku. Cis.

Seperti yang anda lihat di atas, aku memang pilih Spectra 3. Sebelum ni pun guna Spectra 3. Kak ipar aku kasi. Katanya nak kasi. Tapi bila dia dah mengandung lagi sorang, aku pun fahem fahem la. So this time aku decide nak beli sendiri. Sonang. RM388 termasuk extra breastshield. Pernah dengar mybbStore? Sekarang tengah sale dari 15 June 2 Sept. Kedai dia dekat dengan rumah aku. Jadi memang perabis kat situ je lah.

PP breastmilk bottle, set of 10- 3 kotak aku beli RM77. Ada sogo warehouse sale. Tak sure murah ke tak. Tapi alang-alang dah ada, aku beli je.


The rest of it. Opss alamak ternampak pulak Madame Maternity pad tu. huehue.


Ha cuma persediaan untuk aku berpantang belum beli lagi. Kali ni aku rancang nak makan set berpantang jamu mak dara. Sebab sebelum aku mengandung memang pagi dan petang aku minum jamu mak dara. Agak serasi. Jadi berpantang pun aku pilih Jamu Mak Dara. Dah sarat-sarat camni online je la noks. Jadi bab-bab jamu (ye aku memang kaki jamu uolls) aku akan beli dengan kak ekin. Semenjak bujang aku jadi client dia.


Bengkung...aku rasa aku tak beli kot. Sebab pengalaman sebelum ni, pakai bengkung lilit satu badan tu aku rasa menyusahkan untuk aku nak buang air. Time berpantang kena banyak minum air untuk melancarkan susu badan. Jadi aku akan pakai je corset-corset yang aku dah sedia ada. Kenapa corset-corset? Sebab aku ada saiz XL, L dan M. Kalau corset aku pilih Skiva. Sebab pertama ialah selesa, sebab kedua ialah murah. Tak sampai RM200. Kalau nak suruh aku beli PB, bakmeh kasi aku try sebulan dulu. Kalau turun berkesan seperti yang dikata, baru aku beli. Ya aku memang pakai corset. Walau ada cakap "elehh..pakai corset..mana aci.." Biarlah aci kat estet. Dari aku pakai baju nampak lemak bertingkat macam kau, baik aku sorok dengan corset. 


Dan Losyen mustajab halia mix limau nipis untuk aku sapu di perut sebelum menyarung corset. 




Beras Perang pun tak beli lagi. Aku kalau time pantang memang makan beras perang. Ye la nak cepat kurus la katakan. Korang google la sendiri khasiat beras perang. Air zam-zam dah ada. Kurma dah ada. Air Zam-zam dan kurma untuk dalam labour room dan selepas bersalin nnt. Nak kasi badan bertenaga semula.


Herbalife! Aku baru je nak cuba sebab tengok kawan kita ShilaShower tu kurus murus dengan herbalife. Sebagai seorang perempuan tipikal, mesti la mak jeles. Tapi tak terus beli la. Aku rancang nak beli hujung bulan July. Sebab risau jugak kalau banyak sangat dok makan itu ini. Dengan Shaklee-nya, jamu mak daranya. Dengan Herbalife lagi. 

Why tak beli lagi? Sebab tengah menunggu Nuffnang bayar gaji ni. Dah sebulan lebih aku cashout ni. Tak sampai-sampai lagi cek. Haiya.

Okay dah. Ini dulu setakat ni. Kalau kamu ada cadangan bernas yang boleh di tambah-tambah, just let me know. Agak-agak best, aku boleh terima cadangan tu. Kalau ada yang nak promote aku apa-apa produk pun dipersilakan noks. Mak suka. Kalau nak datang menjenguk aku during berpantang pun meh la. Aku berpantang kat rumah sendiri je kali ni. Taknak susahkan mak sendiri. Lagi pun mak aku pun dah tak berapa sihat. Sian dia.

Akhir sekali, doakan aku beranak minggu ni jugak. 

Kthnxbye.











27 comments :

Salhah Suhot said...

semoga awak bersalin normal, dan dipermudahkan juga..doakan saya pun bersalin normal dan senang ye!

aslina majid said...

hai noe... semoga selamat semua ya... harap2 sama ko bersalin normal nanti pade 7 julai. leh anak ko share besday ngan aku :D

menn said...

kak,semoga bersalin normal,dan dipermudahkan segalanya.

semoga susu pun melimpah ruah dan x stress.

may Allah bless u

the awesome trio said...

goodluck noe! selamat semuanyaaa!!

fifie said...

Semoga semuanya selamat-selamat saja sis ;)

Cik Ayu said...

mudah2an dpt bersalin normal..aminnn

♥naematulsaadahismail♥ said...

Noe,ada colleague aku ckp pakai pad herba avail tu mmg kuar darah ketul2.darah kotor yg lm2 dr dlm bdn kita.cuba tgk,this time aku pn nk cuba.

Semoga dipermudahkn urusan kelahiran adik bby.semoga dpt lahirkn secara svd. Insyaallah

aqel said...

lady noe, semoga bersalin normal dan bersalin minggu ni jugak!
sabrina, selamat jadi kakak!
all the best!! =D

-icha03- said...

wuwuwuwu
tak sabar nye nak tunggu...
semoga dipermudahkan ye..
semoga selamat segalanya
^-^

♥ Elin ♥ said...

semoga selamat semuanya.

tp belum beranak update lah perut yg booolat tuh..tatapn kami..hehhhe

O'gosh said...

semoga dipermudahkan semuanya..dan semoga dapat baby sihat dan comel k...

Fahreen Fredo said...

Aku doakan sangat sangat sangat.. Kali ni jkau dapat bersalin normal. Percaya pada diri Noe. Aku boleh, kau mesti lagi boleh!

Tips selain tu, cubalah amalkan breathing tecnique sewaktu sakit, sebelom sakit mahupon sedang sakit gila babi. Demi Allah. Membantu sangat. Aku dah try, sampai ke titisan peluh terakhir, ianya berkesan. Dan aku kurang rasa sakit gila gila tu. Ape lagi ek. Macam biase la, banyakkan berjalan, kalau nak telan air akar fatimah pon boleh, minyak selusuh ke. Usaha je tu.

Semoga selamat melahirkan, nok!

Along said...

Doakan semoga cepat bersalin, secara normal, tanpa komplikasi. Kalau bleh, bersin je terus kluar..hehehehe. Semoga anak dan ibu dua2 sihat dan selamat.

wanita abd mutalib said...

kak...
semoga akak bersalin normal :)

bestnyaaaaaaa :)

p.s.
agak-agak bila akak nak sambung checklist rawak sebelum kahwin tu hehehe..

diana ghazali said...

wahh..dh 38 minggu dah... jeng3... semoga selamat semuanye ye Noe. Dan selamat bf baby selama yg boleh. oh, cooler bag aku ada jual. comel2 dan bukan lah design yg tipikal.hihihi...

adam said...

Kak Noe,

Dengar mari bersenam bersama din beramboi di youtube waktu nak bersalin.

Lupa sakit bantai gelak je. Hihi

Nur Yursila said...

semoga baik-baik semua nya ok?

kurus is more than just herbalife. determination berganda gitu. herbalife saja kalau malas takdek gune hehehe. tapi hang breastfeed sure lagi cepat. yang penting makan yang elok2, bukan lemak dan gula dan garam extra kehkehkeh.

ada satu benda aku nak habaq, i'm amazed dengan kehebatan korang the keep the house clean with all white furniture semua. I suka white tapi i takut nak image semua kena scribble dengan anak2 jantans nih. huhuhu...

Nanti bersalin pantang kat mana? nanti nak visit baby, nak sep-sep sikit amik aura baby girl hheheheheh

9w2ayn said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar.. insyaAllah.

eray said...

wot wot noe..wow kagum eray tgk ade shaklee disitu, time kasih tolong promote.

eray doakan noe n baby selamat sejahtera & selamat bersalin normal.

huh x sabar nak tgu adik sabrina keluar, boleh pegi cium bau baby baru lahir :)

Supian Mustapa said...

Tahniah!..
Semoga baby sihat2 selalu hendaknya, maaf sekadar membaca tips, post2 di sini. Banyak info.. :)

Terima kasih.

Entri terkini:Adakah anda cukup KREATIF untuk menilai design-design kad kahwin di sini?!

Aishah Rahim said...

Aku doakan kau diberikan rezeki bersalin normal.

Aku doakan kau diberikan rezeki susu badan yang banyak.

Aku doakan kau diberikan rezeki bersalin minggu ini jugak.

Amin!

mimiAhmad said...
This comment has been removed by the author.
mimiAhmad said...

salam,
sy dietitian kt spital swasta. pls jgn guna herbalife..rmai bebenor patient sy yg nk kurus cpt guna herbalife..dlm setahun guna, kidney da problem..liver pn problem jgk..last2 berat xturun, kidney n liver yang rosak.(bleh cek published paper kt pubmed)

so, jgn menambah statistik kidney failure n liver damage okeh!

lose weight healthily la..cne? meh jmpe sy!

nagena said...

salam,
terujanya tengok preparation untuk 2nd baby awk tu :)..makin berkobar pulak lah rasa ni nak jugak 2nd baby ..semoga utk noe semuanya dipermudahkan.amin.

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

alahai, syoknye feeling nak dpt baby.
seram + teruja, kan?
x sabar nak tgk muka baby, cium bau baby baru lahir.
best sgt!
masa bersalin dulu pon pakai pad yg sama jgk, tp sekejap je.
tebal sgt! huhu..
jln pon rasa mcm itik je :P
lps 3-4 hari, pakai pad biasa yg long overnight punye.
nipis dan selesa. hehe..
anyway, semoga dipermudahkan proses melahirkan n selamat semuanya.
amiin!

tyka dins said...

kakak ! selamat segalanya aku doakan ya ! aku jugak menunggu lagi 12 minggu untuk beranak. sebelum kahwin sampai dah kahwin aku memang pembaca nukilan kau kakak. fakta itu bagus. aku doakan kau dari jauh ye kak. :)

Fatin Mazelan said...

saya takde la baru bersalin...dah hampir nak masuk 5 bulan dah baby...alhamdulillah susu masih 10oz tiap kali perah...

apa kata try makan kobis lepas pantang nanti...memang ada yang cakap kobis buat angin...tapi secara klinikal, kobis menambahkan susu...makan ikan pun MUNGKIN memperbanyakkan susu...

ok, itu je...sekian....=)