25.7.12

Diari Natrah 2012 (Bhg 1)

Julai 22 - 9.28 pm

Dah enam jam lebih aku kat hospital Ampang ni. Dari jumaat, 20 julai aku kesakitan di rumah, bertambah kuat sakit pada hari ini, Ahad 22 Julai, dengan kontraksi 5 minit sekali, bukaan rahim baru 3cm. Kalau dengar pengalaman kawan-kawan, aku memang kecewa. Seolah olah mengenang nasib; kenapa lah susah sangat bila tiba bahagian aku. Kalau kerana besar dosa yang pernah aku lakukan, aku mohon selepas ini suci lah hendaknya aku dari dosa dan noda.

Sekarang aku terlantar di dalam wad. Terpaksa lah bermalam seorang diri malam ini. Baru lepas tonton video kami anak beranak bergurau di rumah sendiri baru baru ni. Menangis lah aku sekarang ni. Bermalam tanpa Sabrina. Bersakit tanpa fandi. Kalau tidak, setiap kali sakit dia peluk belai aku dari belakang. Malam ni, tanggung lah aku seorangan. Nak buat macam mana. Hospital Kerajaan punya peraturan.

Hai lah anak yang berada di dalam rahim mak di tika ini. Keluar lah cepat. Akhirkan sakit dan sedih penantian mak.

(Baca Bahagian 2)
(Baca Bahagian Akhir)

5 comments :

Salhah Suhot said...

bertahan ye..saya pun nanti akan mengalaminya...

ak yuyunz said...

semoga selamat semuanya noe!

J u l i a 。.゜✿ said...

lagi lagi.. cepat sambung diari ni noe =) ju suka ayat ayat noe. best !

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

pengorbanan ibu demi anak.. manis bila dikenang dan dicerita semula pd anak nanti noe..sy pernah alaminya masa anak pertama dulu..huhuhu..
semoga allah permudahkan segala urusan noe..amin..

aTy _faRed~ said...

pernah dengar cerama seorang ustaz [tak hegat sape]-jangan takut rase susah dan sakit bersalin..sebab wanita yang kite kate susah bersalin tu sebenarnyer adalah wanita2 yang baik..Allah beri kesakitan atau kesusahan tu untuk mengkifarahkan lagi wanita tersebut dan mengangkat lagi mertabat wanita tu...allahuakbar..yang penting hati kene redho..inysaallah..saye tetap akan doakan segalenye dipermudahkan..aminn....:)