27.7.12

Diari Natrah 2012 (Bhg Akhir)

Julai 23 - 7.40am

Baru selepas menamatkan perbualan telefon dengan mak.

"Mak, deknoe dah selamat bersalin pukol 5 pagi tadi,"
"ya lah..Alhamdulillah. Fandi pun dah call mak tadi,"
"Deknoe bersalin normal mak. Deknoe dah rasa apa mak rasa masa nak lahirkan Deknoe dulu,"
"ye lah.." suara mak mula bergetar.
Dalam juraian air mata dia menyambung "Mak rasa ralat sangat bila anak sendiri bersalin tapi mak tak dapat tengok," dia menggugu.
"Tak apa lah mak. Nak buat macam mana, dah takde orang nak bawakkan mak.."

Aku tengah layan mata ni. Fandi sudah disuruh keluar dari bilik bersalin. Sekarang aku sedang menunggu atas wheel chair untuk ditolak masuk ke dalam wad. Seorang lagi hamba Allah yang telah dilahirkan berada di celah tangan aku.

Pengalaman 2 jam sebelum ni, sampai entah bila, memang aku takkan lupakan. Menahan contraction pada bukaan 9cm aku gambarkan diri aku macam ikan yang menggelupur tak dapat air. Itu lah sakit yang tak mungkin aku lupakan. Setiap kali sakit datang, aku genggam tangan fandi sampai jarum masuk air tu bengkok.

Time aku sakit, kena pada time nurse tukar shift. Sebelum nurse yang serve aku tu balik, dia pesan

"kalau rasa nak teran, teran je,"

Jadi setiap kali contraction dtg, aku teran. Ambil nafas dalam dalam, aku teran sedaya upaya dengan kiraan 10. Tiba tiba nurse yang baru bertukar shift tu menjenguk, cakap

"eh jangan teran lagi. Nanti time nak teran betul-betul awak tak ada tenaga," kemudian dia keluar meninggalkan kami berdua laki bini.

Aku tak peduli. Aku teran juga. Kalau tak teran, setiap kali contraction, aku akan azab. Lalu, aku teran, aku teran, teran dan teran. Lama jugak macam tu. Tak dinafikan, memang aku lemah longlai. Padahal secara teknikalnya, 'meneran' je. Tapi aku memang rasa tenaga aku semakin merundum. Rasa nak tidur. Tapi tak boleh tidur. Sebab contraction 9cm datang setiap 3 minit.

Aku terankan juga sampai lah aku rasa macam ada benda engage kat celah kangkang aku. Aku suruh fandi tengok.

Dia kata "eh dah nampak kepala,"

Bergegas dia panggil nurse di luar yang entah tengah buat apa. Maka masuklah nurse dua orang. Suruh aku ambil posisi mengangkang yang betul. 3 kali meneran, keluarlah dia.

Natrah. Sedikit kecil dari kakaknya Sabrina. 3.2kilogram. Berambut halus sewaktu dilahirkan. Sedikit cerah. Bibir belah memang tak tinggal.

Alhamdulillah..selamat semuanya.
Terima kasih. Atas doa-doa yang dititipkan.

Hari ini,
Jumaat 27 Julai 2012 jam 10.43 pagi.

Tengah menetek. Malas nak tulis lagi. Bye!



32 comments :

bee2312 said...

xsabar nk tgk natrah....

ainie syeema said...

Alhamdulillah.. baby ramadhan.. tahniah sis, nice name. Natrah :)

sayazakiah said...

tahniah akak..

-icha03- said...

haihh .. natrah..
indah nama nya...
;)

ejaMaria said...

welcome Natrah... tahniah Noe...

Suhaily Che Mohamad Shukri said...

alhamdulillah...congrats noe. semoga noe sekeluarga dilimpahi rahmat dan kebahagian hingga ke syurga. :)

♥CIK SHA♥ said...

alhamdulillah..tahniah noe..selamat melihat dunia natrah..semoga jadi anak yang solehah..

bile baca part 9cm, aku ambil pembaris..tengok..rasa nak pengsan..luasnya terbuka..kuasa Allah..camne nnt bile aku dah kawen dan nak melahirkan..takutnyeee~~ hehehe..

Husna Hadzarami said...

Tahniah Noe. Alhamdulillah semuanya selamat. Muda-muda lagi dah ada dua anak, jealous! ;) Baca ini, teringat pengalaman sendiri. Still, tak sabar juga nak pregnant and bersalin lagi sekali. Take care :)

Mooniqueen said...

Rindu saat2 bersalin... Walaupun sakit, itulah nikmatnya...

FrH said...

alhamdulillah dapat bersalin normal lps caesarian, samalah kita.
tahniah.
cantik nama baby.
selamat berpantang.

abby said...

congrats noe! congrats dapat deliver normal after czer, nikmat tu..
aku dulu dua2 czer, ada problem..
welcome Natrah! cantik nama tu seindah tuannya :)

anakcikbob said...

alhamdulillah semua selamat. n congrats noe..

crunchy said...

Congrats Noe,

Nikmat bersalin normal mmg tak terkata..teringat dlu ms tgh2 contraction mcm2 bunyi kuar..hahaha..tapi bila dh kuar si comel ilang segala sakit..
Selamat berpantang yer..

Rapunzeel Cikilolo said...

natrah nama klasik. akan berusaha apa saje untuk perjuangkan sesuatu

100% Jade said...

Alhamdulillah, merasa jugak bersalin cara normal ye..
Btw, cantik nama Natrah tu. Susah nak jumpa org yg bagi anak nama mcm tu lagi da sekarang..

aqel said...

alhamdulillah, semua selamat.
tahniah noe. =)

NorMala Bahar said...

tahniah adik.. natrah yer..sedap nama tu.. semoga cpt sihat.. dan berbahagia selalu..

Irfa said...

TAHNIAH NOE
alhamdulillah..baca cerita meneran kamu,dgn akak sekali rasa sakit meneran.huhu.apa2 syukur semuanya selamat

ak yuyunz said...

congratulations noe!!! alhamdulillah!

Syazwani Aqilah said...

Alhamdulillah selamat semuanya. Tahniah Kak Noe!

nurul mohd said...

alhamdulillah...selamat semua.
my time..coming soon..skrg pon dah 35 w

mukasurat17 said...

tahniah kak noe. =)
hajat nak bersalin normal dimakbulkan Allah swt.

untung akak =)

May Maisarah said...

Syukur alhamdulillah semua selamat.. hehei welcome to the world, baby Natrah !!!! Tahniahh kak. =))

norinaomar said...

Selamat datang ke dunia ye little natrah..selamat berpantang noe!

Misya Mialen said...

Tahniah noe.;) slmt brpantang yea.;)

Mummy said...

Alhamdulillah slamat melahirkan...tahniah...itulah pengalaman yg tak bernilai...kadang2 kiter terfikir kenapa ada anak tergamak menderhaka pada ibunya...
Semoga natrah jadi anak yg solehah...amin

SURIA AMANDA said...

Tahniah...akhirnya....

puanungupunyecerita said...

tahniah perempuanjomblo..nice name natrah..mga jd anak solehah
titisan air mata kuar part call mak u tu.
doakan ku dpt rase normal gk kali ke2 nie..

mint_pudina said...

tahniah!!!
love your new blog header.cun!

nn said...

alhamdulillah. tahniah kak :)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tahniah noe, moga dpermudahkan allah segalanya buatmu dan baby..

terkenang masa bersalin balik bila baca entry nih, mesti bengkak dan birat tgn asben sbb kuat aku cengkam dia menahan sakit time bukaan 9-10..fobia tapi still aku x serik dgn kurniaan itu..:)

Myra said...

Congratulations Lady Noe and Husband!!!!

*baru baca entri ni!!!*

Welcome to the world little Natrah :) jadi penyejuk hati parents n solehah ya insyaAllah ^^