31.7.12

Foundation Raya!

Aku tak pasti samada pernah atau tidak aku ceritakan kat korang yang aku ni jenis tak reti nak pakai foundation. Bukan sebab kulit aku ni cantik sangat. Tapi tak reti maksudnya ialah aku tak reti nak pilih, tak reti nak sapu, tak reti nak suai padan, dan macam macam lagi la sebab yang membejatkan aku daripada nak pakai foundation.

Sampai lah pada satu hari aku masuk ke toilet pejabat, aku nampak seorang rakan pejabat aku, gadis berbangsa tionghua yang sedang bersoleh-solek di depan toilet pada waktu pagi. Muka dia yang biasa-biasa terus jadi glow selepas apply sejenis cecair yang aku percaya foundation lah. Botol kuning, bagi aku sangat tak familiar dan membuatkan aku nak tau la brand apa.

Dia cakap “Oh I pakai Cosmoderm,”
“Ok?”
“Bagi I Okay lah,” sambil senyum senyum.

Start dari hari tu aku wonder la apa tu Cosmoderm. Bila aku berbual dengan kawan-kawan lain, diorang cakap Cosmoderm ni kalau nak beli senang je nak dapat. Kat Guardian banyak.

Jadi, aku pun carilah.


Bila dah jumpa dan baca segala detail yang ada, aku rasa foundation Cosmoderm ni memang sangat memikat hati sebab

1) Diperkaya dengan ekstrak semulajadi. Bermakna, apabila kita apply ke kulit, memang ianya akan bertindak dengan lebut semulajadi. Ada Sunflower Oil yg boleh mengelak kedutan. Jojoba Oil yang boleh menyembuh luka dan parut – bermakna sesuai sangat untuk orang yang berkulit jerawat, Vitamin E dimana korang pun sedia maklum apa khasiatnya terhadap kulit dan khasiat paling glamor masa kini – Collagen.

2) Dilengkapi dengan KRIM TABIR SURIA – sesuai sangat untuk orang yang macam aku – malas nak pakai banyak benda kat muka, dengan foundation Cosmoderm ni korang dah tak payah nak fikir nak tepek Uvcream lah, cream pelembab lah. Semuanya dah lengkap! Suka! Suka!

3) Senang diaplikasikan. Bermakna, untuk orang yang tak biasa dan tak reti pakai foundation macam aku ni, produk ni memang sesuai dengan aku, kerana warnanya yang mudah sekata.

4) Halal! Ini memang anatara kunci kuat untuk aku pilih produk ni.

Maka aku pun pilih lah Natural Beige yang sesuai dengan warna kulit aku lah.


Apa yang lebih menarik lagi ialah, sempena pelancaran produk ni, mereka telah mengadakan satu PERTANDINGAN REBUT DUIT RAYA yang menarik dan sangat mudah. Korang boleh menang duit raya sebanyak RM1000 untuk tempat pertama, kedua RM700 dan RM500 untuk tempat ketiga. Duit raya!! Siapa nak bagi?



Pertandingan ni totally senang, di mana…korang hanya perlu rakamkan gambar korang sebelum dan selepas memakai Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair Cosmoderm ni.

Kemudian lengkapkan slogan “Saya sayang Cosmoderm kerana….” (tidak lebih patah perkataan)

Lepas tu hantar sahaja gambar korang tadi bersama slogan, dan gambar resit pembelian, nama, no.telefon dan alamat korang ke wajahcosmoderm@gmail.com

Untuk keterangan lanjut, korang boleh pergi saja ke facebook.com.cosmoderm atau call aje 0380115762.

Korang kena cepat kerana pertandingan ini sudah pun bermula dan akan berakhir tidak lama lagi pada 5 Ogos 2012

4 comments :

SURIA AMANDA said...

wah...leh la cuba ni...contest pun mcm best...

Riana said...

mcm best je..nak try gak la foundation ni..=)

Che Anggun said...

Tadi terus pegi guardian lepas baca "foundation raya" smlm. Aku sgt mudah terpengaruh dan teruja..hihi..

Yull Faa said...

harga brp ye foundation ni..