Selain mempunyai inisiatif untuk memupuk minat belajar
terhadap anak-anak, kita juga perlu menitikberatkan nutrisi yang terdapat di
dalam corak pemakanan mereka.
Apabila dah jadi mak abah, aku percaya kita akan otomatik
risaukan banyak benda terhadap anak kita. Selain benda-benda basic seperti
insuran, keselamatan, pakaian, dan perkara asas yang lain, kita
akan sangat risau dengan perkembangan otak anak kita.
Sebab tu kalau kamu tengok di pasaran, banyak produk makanan
kanak-kanak, terutamanya Susu lah, kebanyakkannya akan menawarkan DHA sana DHA
sini.
Aku nak kamu tahu bahawa untuk perkembangan otak yang
optimum, DHA sahaja tidak mencukupi. Anak kita juga memerlukan Gangliosida yang
akan bekerja sama dengan DHA untuk meningkatkan lagi perkembangan otak
kanak-kanak.
Dan ya, DHA memang penting; sangat penting untuk membina sel
otak. Tetapi Gangliosida juga sama pentingnya untuk menggalakkan perhubungan
sel otak. Lebih banyak sel otak yang saling berhubung, lebih cepat seseorang
itu belajar.
Fungsi DHA dan Gangliosida adalah saling berhubung antara
satu sama lain. Dua zat ini akan bekerja sama untuk memberikan hasil yang terbaik
untuk anak-anak.
Jadi, kepada mak abah pembaca budiman sekalian, pilihlah
corak pemakanan dan penyusuan yang membekalkan nutrisi yang sepatutnya kepada
anak kita. Pastikan selain DHA, anak kita juga mendapat bekalan Gangliosida
yang mencukupi untuk perkembangan sel otak yang lebih memberansangkan.

1 comment:
salam kak..
sabrina kan tu?? ngee beso dh die yeh..lame x bace blog neh..
kak, chalkboard cm x berape elok la.. die byk habuk.. huhu kang semput sabrina nati kak..
Post a Comment