Wednesday, 18 July 2012

Respond Punca Gaduh

Aku selalu berjumpa dengan situasi di mana apabila aku luahkan masalah, aku akan diberi respond yang boleh buat punca gaduh seperti;

Contoh 1:
Masalah:
Aku tak sedap badan la..Asyik loya dan lemah tubuh je time pregnant kali ni.
Respond Punca Gaduh:
Tu la lain kali 'main' tu edjas baik baik sikit. Plan elok-elok..kan dah jadi camni.

Contoh 2 :
Masalah:
Kereta aku takleh start la pagi tadi
Respond Punca Gaduh:
Tu la lain kali kereta tu cukup je time, bawak pegi servis. Jangan tangguh-tangguh. 

Contoh 3 :
Masalah:
Anak aku kuat meragam la sekarang ni.
Respond Punca Gaduh:
Tu la lain kali time mengandung dulu banyakkan baca al-Quran. Banyak minum air yassin supaya anak tu behave. Jangan tinggal solat.

Contoh 4 : 
Masalah:
Tabung Kilat 35k untuk Bakti Arjuna Fitri (Fynn Jamal)
Respond Punca Gaduh:



Dan banyak lagi respond-respond yang kalau kau tak kuat iman, boleh buat lawan bertumbuk. Ketahuilah, apabila orang luahkan masalah, orang bukan nak dengar kau menyalahkan dia balik. Bukan orang nak dengar kau bagi solusi kepada situasi sebelum permasalahan berlaku. Bila orang meluah masalah, bermakna orang nak kau bagi solusi macam mana orang tu nak selesaikan masalah dia


Atau sekurang-kurangnya, keluarkan ayat yang menunjukkan simpati walau kau pura-pura peduli.






23 comments:

LS said...

aku nak berkongsi sikit. kes fynn jamal tadi.

tadi di fesbuk aku ada orang up status,

"masa fyn jamal single dulu die isap rokok x
kalo dulu isap xleh nk ckp pe la"

aku rasa nak lempang je budak ni.

Ladynoe™ said...

LS: bangang gila. Kalau kau kenal orang tu, segera-segera la pegi tumbuk jari dia yang taip benda camtu. Puasa dah nak dekat ni.

LS said...

dia mmg takde adab n aku mengharapkan supaya ketibaan Ramadhan dpt menyedarkan dia erti PERIKEMANUSIAAN. Astaghfirullah, aku rasa nak maki dia je tadi. sial lah.

SM said...

nak komen benda-benda macam ni, kena la beradab sikit.

norinaomar said...

orang macam ni taktahulah nak kata, kasi tapak kasut yang paling sesuai

ainie syeema said...

Arjuna yang dilahirkan sakit, tak boleh salahkan sape2, nama pom ujian. Klau tak nak bantu dari segi wang, doakan. Tak mampu doa, duk diam2.

Ideologi Hidayah said...

betul..dalam kes fynn jamal ni memang banyak yg menyakitkan hati..siap ada yang bila kita up kan nak kutip derma untuk arjuna boleh tanya pulak.. "Fynn jamal ni siapa??"

tak kisah la kot siapa dia.. yang penting nyawa Arjuna...

muhsin.aminudin said...

semoga kutipan tu berjaya dilaksanakan dengan cpt.

abby said...

Aku pantang betul orang cakap "Tu la dulu kan aku dah cakap pot pet pot pet.." bila aku luahkan problem kt kawan.. Kalau ye pun nak nasihat, tolonglah guna ayat berhemah sikit, sedap sikit telinga..
Satu lagi aku pantang betul penjual-penjual (esp agen insurans dsb) punya taktik nak suruh beli produk dia, sanggup jual cerita pasal orang lain nak tunjukkan berapa ruginya kau kalau tak beli produk dia..

Rafhani said...

Betul..nak derma,dialu alukan.Tanak derma,diam diam.Ujian mcm ni boleh menimpa sesiapa saja.

fifie said...

Pantang betul kalau luahkan perasaan/ masalah dekat orang, orang akan buat assumption tanpa dengar whole story. takpun judge macam tu je. baik pendam.

Aku said...

perlu ke persoalkan saper org tu,kenapa tak beli insurans apa semua? kalau nk tolong tolong je, taknak tolong dok je diam-diam, jgn kasi org yg nk tolong sakit hati. Org mcm ni mmg patut terkena kt batang hidung sendiri, baru dia tahu bagaimana rasanya bila dia mintak tolong org persoalkan semua benda kenapa dia mintak tolong.

a mi parecer said...

Noe, aku suka baca blog kau, tak pernah tinggal komen, tapi cerita kau ni sangat kena dengan situasi aku sekarang. Cerita dia panjang sikit, tak kisah la nak buat iktibar ke apa, sebab kita masing2 tak kenal. Aku ada bos, bos aku sangat terer buat Marketing, orang Cina pon kalah ngan dia. Sebab dia pandai manipulate situayion dan sangat cepat mesra dengan orang, orang jual kuih ke, jutawan ke semua mudah masuk dengan dia. Tapi tu lah, dia mulut lepas sikit, style orang utara.
Last 2 weeks aku sangat bengang dengan dia, aku tengah berborak dengan manager dari tempat lain ( aku kerja company Berhad so byk la Manager) dia cerita pasal seorang Lawyer yang aku kenal ni kurang sihat dan mungkin suspect kanser, lepas tu manager aku yang dengar conversation ni terus menyampuk,
"apa lagi pergilah jual i-will( ni product wasiat amanah raya, ramai org ambil) dekat dia!"
aku sangat sentap, sebab orang tu aku kenal & selalu bergurau. Apehal pulak dia nak cakap macam tu, cari gaduh betul, aku mcm 2 hari malas nak tegur bos aku sebab aku rasa komen dia melampau gila sampai terdetik kat hati aku, ' esok kalau ada ahli keluarga kau kena aku nak balas balik kat kau, biar kau rasa sikit, mulut tu jangan nak laser sangat. Sampai la hari ni iaitu 2 minggu camtu, bos aku kusut dari tadi, and sebab dia melilau kat tempat aku, aku tanya je la, kenapa, dia cakap bapak dia suspect Kanser Tiroid, dia tak boleh nak consentrate dengan kerja sebab asyik teringat kat bapak dia.
Astaghfirullahalazim.. aku sabarkan diri aku, mula2 aku marah ngan diri aku, apela yang aku pikir bukan2 2 minggu lepas. Aku tak cakap apa, aku dengar je, then aku cakap, takpa bos, mungkin boleh cuba dapatkan 2nd opinion, benda ni tak confirm. Semoga bapak bos cepat sembuh.
Masih terkedu, tak tahu nak kata apa.....

ejaMaria said...

a mi parecer,
kalau jahat mulut sure dah cakap - dah jual I'will kat bapak?

hmmm... tapi biasanya kita tak sampai hati nak cakap gitu... kan...

BetiZaini said...

salam

eee...mmg buta hati la manusia mcm tu..xpyh nak act like good2 la nk cite pasal medical card bagai..ade org mampu, ade org tak mampu, kau tak boleh nak simply2 judge org..gile..

Fahreen Fredo said...

Etlis lah kan. haih..

p/s : noe buang le verification code tu. Jenuh mate aku nak taip ni, selalu salah haha

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

yes kat beautifulnara.. akulahantara 28 yg like status anon tu .. time2 nih la nak promote medicalcard lak.. mengong.. semoga Allah sentiasa mudahkan urusan Fynnjamal..amen..

Chempaka Aurora said...

Orang-orang yang lebih nak me'madan'kan muka kita dari dengar masalah kita ni lah selalu macam nak tunjuk pandai yang dorang tu lebih fikir ke depan atau lebih beringat ttg sesuatu perkara, tapi tunggulah kalau dah kena batang hidung sendiri. Zero empathy.

Btw, nama aku Nina juga tp bukan Nina yg dimaksudkan dalam contoh 4. Huhu.

SURIA AMANDA said...

org tu rasa susah..cuba kena kat diri or batang hidung dia sendiri..ckp byk pun x guna kan..kita sapa nak ubah persepsi org..tp tu la..ayat dari mulut tu satu doa..x esok lusa..dia pun kena...

Nurul Alianis said...

Semoga adik arjuna akan cepat sembuh, amin..

♥ balkidz_hunny ♥ said...

sakit jiwa baca komen² yg kadang² macam nak perli ke hape?
kau tak kena, pandailah cakap itu ini! at least,jagalah hati orang lain walupon hakikatnya kau tak kesah. kan?

xxxxxxxx said...

We all carry a concealed weapon - 'blunt' words. Use it wisely, lest we might get ourselves cut by others in reciprocation. Should we response in a similar fashion, how is it that we are better off than 'em?

Reen Tart Nenas said...

aku nyampah bila org minta derma pastu ko nak cite pasal insurans. sape xnak insurans. tp kalau dh xmampu nak buat camne? mencik.