12.7.12

Sabrina Affandi - 2 Tahun 5 Bulan





Not to say yang anak aku seorang je cerdik. Aku pasti sangat ramai lagi rakan sebaya dia pun turut sama. Ada yang dah boleh communicate dengan baik. Dan ada yang dah boleh membaca dengan lancar seawal umur 1 tahun 8 bulan. Aku pun sangat kagum. Macam-macam. Ada yang cepat kat situ, lambat kat sini; dan sebaliknya.

Sabrina pulak mula kenal ABC seawal 1 tahun 8 bulan. Dan sekarang ni, kalau boleh (insyaAllah, insyaAllah) aku nak ajar dia membaca dalam umur 3 tahun. Tips ni aku nak mintak abang dan akak aku ajar. Sebab dulu masa aku kecik pun, aku start membaca seawal umur 3 tahun. Entah macam mana diorang ajar aku. Nanti aku nak tanya.

Apabila ramai yang bertanya mintak tips, sebenarnya aku agak blur jugak. Tak ada tips yang istimewa sebenarnya. Cuma selama ini yang aku tahu;

1) Supplement HPA semasa hamilkan Sabrina MUNGKIN pembantu. Mega-3.

2) Supplement semasa menyusukan Sabrina  MUNGKIN juga sebagai pembantu. Rangkaian Shaklee. Sila ke sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang suplement shaklee yang aku ambil.

3) Pendedahan terhadap ipod dan ipad. Benda gadjet macam ni bertindak balas dan menghiburkan kanak-kanak. Bagi pasangan yang bekerjaya, aku anggap ianya sangat membantu. Memandangkan aku dan Fandi masih lagi belum hantar Sabrina ke mana-mana taska/nursery/tadika/education centre jadi kami menggunakan aplikasi aplikasi yang ada untuk membantu meransang minda si pau goreng ni. Antara apps yang ada di dalam ipad Sabrina ialah;

i) ABC Zoo
ii) My First Words
iii) Spell Animal
iv) Kesemua rangkaian Toca Boca
v) Dan selebihnya hanyalah Youtube. Banyak education series di youtube masakini. Taip je ABC. or 123. Dia akan pandai explore sendiri. 

Tapi aku rasa, jangan dedahkan anak kita awal sangat dengan gadjet ni. Sebab kalau awal sangat macam 1 tahun ke bawah tu, air liur dia tengah menjejeh lagi. Kang jahanam pulak gadjet korang.

4) Baby TV. Ini memang salah satu sumber hiburan Sabrina. 

5) Luangkan masa satu hari satu pembelajaran. Tak lama. Mungkin satu jam atau 2 jam. Layankan sahaja. Ajar dia menulis. Ajar dia melukis. Ajar dia menyanyi ABC. Kenal 123 sampai 20 at least. Tanamkan minat dia terhadap benda-benda macam tu.

Apa pun, kita sebagai ibu bapa hanya berusaha. Yang menentukan, Allah jugalah. Aku nasihatkan jangan membezakan anak sendiri dengan anak orang lain. Jangan rasa tertinggal kalau anak kita masih belum pandai itu ini. Setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Sikap dan keperibadian itu yang sebenarnya lebih penting. 

Mungkin ada anak yang tak minat education macam ni. Tapi minat musik. Minat art. Minat sukan. Peranan kita sebagai ibu bapa adalah mencungkil setiap bakat yang ada.

Infact, macam aku cakap mula-mula tadi, aku tak pernah kata Sabrina seorang sahaja yang pandai. Ramai lagi. Ada yang dah boleh baca doa ringkas. Boleh berkomunikasi dengan baik. Boleh bertoleransi.

Macam Sabrina, dia akan menangis menggelupur sampai darah aku naik atas kepala sebab tak tau sebab apa, at the end aku dah semput dada dah terduduk berastarafal sampai mengalir air mata, dia akan cakap

"Nak Milk,"

Tu dia punya perangai.







11 comments :

Mooniqueen said...

Wahhh bagusnya Sabrina... anak MQ boleh sebut je tapi tak boleh kenal lagi...

Hidayati Mohamed said...

Impressive!

ak yuyunz said...

the most important thing is, we as a parents mesti berusaha, korbankan masa, bersama dengan anak kalau nak anak pandai dan cepat belajar..

macam mana pun lain budak lain pick up dia.. as long kita sudah berusaha, at least..

cantik curly hair sabrina.. =)

zila ziman said...

that's a good one, dear. tq so much for sharing! really appreciate it :)

Fahreen Fredo said...

Bila kau cakap gini, sejuk sikit hati aku bile orang cakap fahrin tak reti cakap. Balik kampung je kene soal. isk.

Akan lebih meluangkan mase dengan anak lepas ni. Thanks noe! Sabrina memang cerdik!

De' Nurul said...

My neph 2 tahun 6 bulan pun sama. Dah boleh kenal ABC a for what b for what sampai z. Ayat pun dah pandai susun dan boleh faham, cepat pickup. Dia x pegi taska ke ape cuma banyak tgk cd youtube apps gadget. memang banyak membantu, plus susu yang dia minum pun main peranan kot since mak dia takde breastfeed atau amik supplement apa sangat masa preggy.

Aku said...

My niece pon dh kenal ABC, 123, dah hafal doa2 pendek sejak umur 1++ sbb selalu layan youtube dgn game kat ipad. Tapi jadi bimbang plak takut jadi social outcast asyik mengadap ipad je, sampaikan kena sembunyikan ipad.

J u l i a 。.゜✿ said...

ha ah laa noe, mana pergi comment ju hilang ? blog noe buat magic.

takpa.. ju continue je lah comment tu k. haaa ju sekarang tengah mengajar Hafiy alif ba ta lak.. he loves it ! =D

BetiZaini said...

salam

Cute la Sabrina..mcm i kecik2 dlu..rmbut curl (eh terpuji dri sndri jugak)n tergelak i bace yg last tu. same mcm my sis punye anak laki, die dah meraung mcm hape smpai satu rumah boleh bangun tgh malam, pening2..last2.."mama nak susu" tak ke hangen.haha..

bdk2 skarang kan..:)

Anoneemus™ said...

Oh. I pun ada gak nangis menggelupur sampai husband i terduduk beristigfar tak tau nak buat apa.

Pastu I cakap 'Nak wee wee'.


Kira I pun sama cerdik ngan Sabrina la.

♥naematulsaadahismail♥ said...

Noe, those edu apps klu free limited kan.. Ko purchase ke buat JB ? Ngee