13.7.12

Simpanan 1 juta selepas pencen - subjek yang sedang menghantui fikiran

Sorry la tajuk skima tapi ini bukan advertorial.

Bila umur dah menjangkau hujung-hujung 20-an, memang kena fikir benda benda rumit ni.

Entah bila, minggu lepas lepas, aku nampak seorang perempuan bertudung body mantap masuk ke pejabat bos aku. Dalam 15-30 minit selepas itu dia keluar dan bos aku pun menyinggah ke meja aku selepas membukakan pintu untuk minah itu.

"Ejen Unit trust saya tu, Noe," kata dia walau aku tak tanya
"Ohhh.."
"Noe tak de melabur mana-mana?"
"Belum lagi setakat ni cik Amli,"
"Labur la. Saya labur semua akaun 1 KWSP saya. Penting Noe,"

Kemudian mata dia melilau mencari sesuatu atas meja aku. Dan dia capai sehelai note paper yang memang dah ada kat depan mata aku.

"Pensel ke pen ke..ada?" kemudian aku hulurkan pensel seperti mintanya.

"OKay sekarang Noe bayangkan. Kalau Noe terus kerja kat sini sampai pencen, katalah paling sikit pun by the age of 55 gaji noe RM10k. Kita amik roughly la ya,"

Encik Amli menunjukkan kira-kira. Aku mengangguk layankan aja.

Pada umur 55 tahun tu aku dah biasa dengan lifestyle RM10k. Tetapi selepas 55 tahun (pencen), untuk maintain lifestyle 10k tu, aku kena ada RM7k setiap bulan iaitu 30% kurang dari gaji kamu sebelum pencen. Aku memang tak ada pencen. Sebab kerja dengan GLC. Bukan Gomen. Why 30%? Sebab by the age of 55, mungkin masa tu kereta dah habis bayar, rumah dah habis bayar. Liabiliti dah kurang. 


Average umur perempuan, 75 tahun paling lama. Jadi dari umur 55 tahun sampai ke 75 tahun, kau nak kena survive hidup selama 20 tahun lagi.




Kalau sebulan aku perlukan RM7k. Darab 12 bulan (setahun) jadi RM84k. Darab 20 tahun RM1,680,000. 

Ya aku perlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1,680,000 untuk survive hidup selepas pencen. This is no play-play, man..this is serious one.

Bila aku ceritakan dengan fandi, dia cakap

"Alah, nanti after pencen, kita jangan la hidup mewah sangat. maintain je lifestyle macam sekarang. Mana boleh nak maintain lifestyle 10k after pencen,"

Fuck no. Kalau gaji aku RM10k punya lifestyle tu bukan lifestyle aku sorang. Ingat aku Dolce Gabanna ke earn money just for my own shit. Lifestyle tu maksudnya nanti mana la tau anak nak belajar ke. Pastu nak sambung belajar bukan main nak ke oversea je time tu nyah. Pastu nak beli makanan ikan koi kat garden. Nak tukar sport rim Toyota Wish lagi. Kang tiba-tiba anak mintak beli iphone10 ke. Pastu Juriah paksa beli tupperware ke. Kemana pergi duit Mak kalau tak ke anak? Belum cerita lagi untuk kegunaan pelaburan akhirat.

Aku dah merasa macam mana jadi anak di mana arwah abah aku dah pencen disaat aku masih 'memerlukan'. Terpaksa pinjam PTPTN yang penyudahnya aku jugak tercekik nak bayar. Adik beradik aku mana ada pinjam PTPN. Aku sorang je terpaksa buat loan nak belajar. Abang aku siap belajar kolej swasta, tiap-tiap minggu call mintak duit belanja macam abah aku cap duit. Belajar jauh dari keluarga, sampai satu masa aku makan nasik lauk bawang je. Nak beli megi pun tak mampu time tu. Nak sambung degree pun tak mampu dan tak sampai hati nak bebankan abah yang bergantung kat wang pencen hanya RM700 pada ketika itu. Isk.

"Tak kira macam mana, Noe mesti ada jumlah ni selepas pencen," Encik Amli membulatkan angka 1,680,000 itu berkali-kali.

"Kalau tak, Noe akan hidup sangat miskin time tu. Kita tak tau apa akan jadi di masa hadapan, Noe,"

Sampai sekarang aku termenung panjang.




p/s: Dolce Gabanna dalam bahasa aku sebenarnya adalah sejenis perkataan mencarut.

28 comments :

FaznFaz said...

soooo true indeed!!! by that time, with the current inflation rate, gaji 10k, umpama gaji skrg 4-5k je!!! 4-5k skrg pun dh tercekik nak meneruskan kehidupan utk bayar rumah, kereta, nurseri anak, school anak, susu anak dan endless bills....

FiZa said...

saya baru je wat pelaburan dari kwsp tu...x yah nak kuarkan duit just amik dr akaun 1 kwsp...

Sangat berbaloi utk perancangan lepas pencen...

Riana said...

Salam nor..nt update lagi yer lepas abis pk..hehe..nak tau ape action lepas tu..=)

adam said...

Lagi 1 kak noe. Life insurance.

Benda ini dekat Malaysia orang kebanyakannya pandang ringan padahal sangat penting sebenarnya untuk jamin anak-anak masa depan.

Insurance macam takaful bukan sekadar bayar dan duit terus burn tapi by certain amount of times, it will be returned with a mudharabah money, if i'm not wrong. Kira macam duit hadiah.

Dan andai kata apa-apajadi kat kita, pampasan yang sekurang-kurangnya berbaloi akan diberi oleh pihak insurans untuk cover keluarga kita.

Tambah-tambah pula kalau you sumber pendapatan keluarga.

Please reconsider taking the insurance if you still haven't do so. Lagipun makin lewat usia harga makin mahal. Rugi. Baik ambil awal2.

Maaf jadi promoter pula. Saya bukan penjual insurans.

Aini Amir said...

Noe, ko kasi bijik mata aku bulat2 skrg nii.bak sini no agen unit trust yg boleh trust.

haaa...stress

Irfa said...

betul sgt2..apa yg awak tulis tu betul.skrg dah byk unit trust,tinggal pilih je..nak jugak pilih agen yg aktif..so far saya menten unit trust yg sama sejak 3 tahun lalu

KayNisa said...

dengan aku sekali termenung panjang sekarang.. T___T

tapi yg insurans tu ada betulnya, amik yang ada savings plan sekali + yang ada investment.

err, aku pun bukan ejen insurans.

diLot said...

akk da wat ktrg gelabah,, kne bg ktrg solution tok permasalahan yg akk wujudkan nih..

Seri Puteri said...

Adalah SYIRIK apabila mengatakan wang yang banyak dapat menjamin masa depan.Duit adalah ikhtiar tetapi bukanlah segala-galanya.diharap perbetulkan aqidah itu kerana dosa syirik tidak diampunkan Allah.Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui masa depan kita dan bukanlah duit semata-mata.sekadar berkongsi pendapat.banyakkan istighfar...

afza said...

Jawapan orang lelaki memang standard macam gitu ye. (saya adalah lelaki)

Mooniqueen said...

Memang nak buat jugak tapi belum boleh keluar lagi sebab belum cukup lagi...

ShilaShower said...

belum masuk anak nak kenduri nak kawen, or nak tolong top up anak2 nak beli rumah sbb I bet zaman tu rumah kos rendah harga sejuta, tskkk...

tiba2 aku dok tekan calculator tak sudah2. tskkkk

Myra said...

its true, takaful yg long term is best

lagi2 for young kids, amik yg about 20 years punya duration

:)

norinaomar said...

Semalam pun cerita pasal kewangan,,financial management.

Err cikpuan Seri Puteri, boleh minta pencerahan??

Terima kasih

adam said...

@norinaomar

Maksudnya seseorang yang percaya duitlah yang membantu dirinya.

Contoh:
Satu keluarga yang berpendapatan biasa-biasa tidak mahu menambah anak dalam keluarga kerana bimbang dengan gaji yang tidak seberapa tidak mampu menanggung makan pakai anak itu.

Walhal sedangkan yang memberi rezeki adalah Allah bukanlah duit itu dan anak juga merupakan rezeki yang paling berharga buat sepasang ibu bapa. Bukannya wang harta.Jadi seharusnya yakinlah bahawa segalanya akan mudah dengan kuasa Allah bukan kuasa duit.

Begitu juga dengan wanita yang tidak rela dimadukan. Yakinlah bahawa setelah bermadu, kebahagiaan rumah tangga itu akan bertambah serinya dengan kehadiran orang baru.

Sekian tazkirah malam sabtu saya, untuk penerangan lanjut sila ke pejabat syari'e bagi membincangkan soal bermadu.

Wabillahhitaufik
Assalamualaikum wbt.

p/s boleh tahan juga otak wa keluarkan benda ilmiah nih. Jarang2 jadi nih.

Ladynoe™ said...

Manusia merancang. Allah menentukan. Takkan setiap cerita aku nak tulis in detail apa niat aku.

So seri puteri and adam, jelaskan pada aku sekarang jalan yang betul bagi pendapat korang dalam hal masa depan. Aku nak dengar.

adam said...

Eh kak noe. Saya rasa kak noe salah paham dengan saya.

Saya fully support kak noe nyer decision bout unit trust dan suggesting you should be taking the life insurance cover tu. Sebab kak noe punca pendapatan family juga. Besides insurance in Islamic concept is also another type of investment.serius tak rugi. Macam kak noe cakap segalanya Allah yang tentukan. Jadi kita rancang ambil insurance sebab nak protect our family.

Contoh worst case scenario, kemalangan lumpuh seumur hidup atau meninggal dunia. Dengan insurance, you will get the compensation plus monthly allowance for your family depends on the type of insurance you are taking. Bila punca pendapatan hilang, yakni parent, kita tak mahu anak-anak merana hidup susah. Kita tak mahu benda buruk macam ini jadi tapi yeah, god plans, who knows it. Kan?

My 2nd comment just to explained to noriah how the concept of syirik applied to certain cases dan bab bermadu itu hanyalah drama semata. Hehe.

Dan saya masih bukan penjual insurans. Hehe.

adam said...

Maaf kak noe if my writing offended you. Plus since you are pregnant, it isn't good for you to be in bad mood.

adam said...

And one more thing about the benefit of insurance.
Katakan jatuh sakit yang teruk juga macam breaking your bones,masuk hospital. All the hospital's fees will be covered by the insurance company.

There you go, you don't have to use up all your savings money just to make sure you are recovering back.

You can use the money for other purposes. Cause i once, broke my arm, luckily for me that i had my insurance covered. Total cost of my surgery costs me around MYR10k. That is not a small amount of money for me.

Again, me no insurances agent. Just voicing out my opinion.

norinaomar said...

Thanks Adam for the explanation, tapi saya masih belum pasti adakah term syirik tu sesuai digunakan.

For sis Noe, i support u n this entry.So much!!!

adam said...

ini termasuk dalam syirik kecil. seperti juga mempercayai tangkal boleh bawa untung.

syirik besar cuma satu.sekutukan tuhan dengan sesuatu yang lain.

ceramah agama lagi di pagi sabtu,

maaf kak Noe.

Nor Rimah said...

sebagai persediaan masa depan actually, bukan la kita nak percaya sangat masa depan kalau xde jumlah tu kita ni miskin. bak kata org kita pun x tau masa depan camner kan. kalau umur panjang atleast merasa jugak hasil pelaburan tu. kalau umur x panjang sekurang2nya kita ada sedikit simpanan utk anak2. pk tu je, xde la masuk dosa syirik

Ami Scott said...

Noe...bab penyimpanan duit ni aku pun baru terpikir setelah dah 6 tahun berkeje dan joli katak tahun ni tiba2 bam paler otak aku ni dikejutkan kita perlu ada perancangan yang rapi dalam kewangan kita...apa yang noe buat ni agak betul dah cuma pelaksanaan dia sahaja...rajin-rajin la beli buku pasal nasihat kewangan...tak rugi pun ilmu tu...belajar menabung...intai2 unit trust yang berkaliber...lau ada modal buat simpanan emas sedikit ( atau banyak..spekulasi mengatakan bahawa mungkin suatu hari nanti wang kertas tak bernilai lagi melainkan emas dan perak)...lagipun tak rugi..tu lah akan jadi modal kita nak sekolahkan anak2..nak meniaga ke...at least dalam bntuk gold simpanan kita payah sikit nak 'susut'...masa kita muda anak ni la nak start buat menda ni...bila dah nak umur baya bapak emak kita yang nak pencen baru nak menyimpan sori le...tak dapat punya..

karatz said...

bos gua dgn yakinnya bgtau gua.simpan dalam asb rm150 sebulan secara konsisten dan kita akan dapat 1/2 juta dalam tempoh 20 tahun akan datang..lambat,selamat tapi akan ada duit yg bnyk di masa depan..

Reen Tart Nenas said...

xpe. yg unitrust tu bagus. at least x kacau duit poket. amik kwsp kan. nnti kalau ujung tahun kalau terasa perlu pakai duit, bleh kuarkan dividen :)

sekian. xreti komen byk. tp bagus ada simpanan. kite nie xde pencen.
ku gigih gak la simpan duit bulan2 kat asb n tabung hj utk kecemasan.

Fadzlyyn@ Emy Rosli said...

As salam...jika anda/sesiapa berminat untuk membuat pelaburan, bole hubungi saya untuk temujanji (emy)-0193505428 Public Mutual Unit Trust Agent. Tq

Dr.Edge™ said...

assalamualaikum..bagi sesiapa yang berminat nak buat simpanan dengan Prudential BSN takaful boley hubungi sy.. 0123005727 (hadi)

My Mom's Diary said...

As slm, Noe, boleh ctc akak untuk EPF investment di unit trust Public Mutual. 012-3969694.