8.8.12

Home24Malaysia Yang Mengecewakan


Nak beli perabot online dengan Home24Malaysia? Think twice. Or trice. Or more.

Sorry, rasanya kena juga kongsi dan hebahkan perkara ni.

Pernah dengan Home24Malaysia? Yang buat promosi berdegar-degar di blog blog sebelum ni.

Sebelum ni aku pernah buat pembelian dengan mereka. Beli Single Trundle Bed untuk bilik Sabrina. Macam mana Single Trundle Bed? Okay macam ni.

Aku menyesal sebenarnya bila ambil keputusan untuk beli katil ni secara online. Tapi, oleh kerana sebelum ni aku sarat mengandung, sakit nak berjalan, maka terpaksa jugak aku meletakkan kepercayaan kepada Home24Malaysia di hujung jari aku. Aku sangka semuanya bagus, sehinggalah;

1) Mereka menunda delivery. Kami sekeluarga dah teruja dah. Dah beli tilam, cadar, bantal. Almaklumla aku sekarang dalam pantang bersalin. Saudara ada yang nak datang menjenguk. Senang lah kalau dah ada katil kalau mak atau anak buah aku nak tidur semalam dua. Tapi, yes, diorang tunda delivery. Okay fine. Aku rileks lagi.

2) Hari delivery sepatutnya tiba, datang la 2 orang lelaki India. Sampai-sampai je kat umah, dia masuk bilik. Dia bukak kotak dan bertanyakan satu soalan yang gila babi tak relevan iaitu

"Bang, screwdriver ada?" Aku diam lagi.

Tak lama lepas tu aku terdengar lagi dia mintak dengan Fandi

"Bang, tukul ada?" Masa ni aku dah rasa wattefak kau datang nak pasang katil tapi screwdriver, tukul semua kau mintak kat customer? Masa ni mode aku dah panas dah.


3) Salah PRODUK. Ini memang aku panas hati. Bila aku jenguk macha-macha tu bekerja, aku tengok kenapa ada 2 kepala katil. So aku tanya;

"Kenapa ada dua kepala katil ni? Ada two single bed ke?"
"Tade kaka, satu katil saja," lepas tu dia termangu-mangu. Tengok balik katil-katil dia.
"Eh ini sudah silap kaka. Ini Two single bed,"

Aku pandang muka diorang seorang demi seorang. Panas sungguh hati aku ni. Lalu aku terus call customer care (lah sangat) dan bertanya; Korang ni takde Product QC ke, apa ke sebelum buat delivery? Buat promotion beriya-iya. Macam bagus sangat servis korang ni. Memang aku marah. Lalu yang tukang jawab telefon Catherine (kalau tak silap) minta maaf dan janji nak call balik dalam masa 5 minit selepas cek dengan warehouse, katanya.

Kemudian Catherine call, kata,

"Maaf atas kesilapan kami, produk yang silap tu kami akan bawa balik, dan kami akan cuba buat penghantaran semula selewat-lewatnya hujung minggu ini," Hari tu hari Selasa. Memang bikin panas. Aku tak boleh tunggu. Aku nak Home24Malaysia pulangkan duit aku.

Aku memang macam ni. Aku tak boleh berurusan dengan orang-orang bangang dalam tempoh yang lama.

Jadi Catherine kata Home24Malaysia akan buat pembayaran dalam tempoh 24jam. Masa tu jam 5 petang kurang lebih. So aku expect 5 petang esok, RM330 aku dah masuk balik dalam akaun Maybank aku.

Yang paling kelakarnya, semasa 2 orang macha tu kemas balik katil yang dah salah tu, dia boleh ketuk pintu bilik aku dan tanya

"Kak SALOTAPE ada?" Palahotakkk kau..semua nak mintak aku. Memang aku cakap tak ada lah. Lepas tu dia pergi dapur sebab agaknya tak puas hati dengan jawapan aku dan tanya

"Bang, tali nak ikat ada?" Fandi yang bengang pun cakap takde. Ingat rumah kitorang ni seveneleven ke? Kau dah tau nak datang nak pasang perabut, sediakan la alat sendiri. Ni Screwdriver lah, tukul la, salotape la, tali la semua mintak kat customer apahal?

4) Hari Jumaat hari tu, 3 Ogos 2012, 3 hari (36 jam) selepas Home24Malaysia made promise to refund my money, aku cek dalam akaun Maybank aku, memang tak ada lagi sebarang pembayaran dari Home24Malaysia. Aku call CustomerServis mereka semula. Ada seorang lelaki yg cakap bahasa Melayu pun tak betul jawab panggilan aku. Seperti biasa - dia nak check dengan management dan nak call aku balik - so OK, I waited. Entah berapa jam kemudian, dia call balik dan cakap

"Puan Faridah, pihak kami baru sahaja mengkreditkan wang ke akaun kredit kad Puan sebentar tadi. Nanti Puan cek semula lah," Ini ayat aku susun balik sebab nak masuk blog. Kalau ikut cara dia cakap memang semua tunggang terbalik ayat dia. OK fine. Bermakna, Catherine tipu aku. Dia kata nak kreditkan dalam masa 24 jam pada hari selasa 31 july 2012. Tapi mamat ni cakap, BAAAru kreditkan.

5) Hari Isnin ni. 6 Ogos 2012 - Aku cek transaction history kad kredit aku - memang tak ada sebarang pembayaran dari Home24Malaysia

6) Hari Selasa. 7 Ogos 2012 - Aku cek sekali lagi. Pun tak ada. Lalu aku call department kad kredit Maybank sendiri untuk pengesahan. Mana la tau kot-kot pembayaran dah dibuat. Tapi lambat nak keluarkat transaction history. Ternyata, memang tak ada sebarang pembayaran dari Home24Malaysia. Lalu aku call semula customer servis Home24Malaysia bertanyakan hal yang sama. Aku tanya elok-elok. Aku nak tengok macam mana pundek-pundek ni semua buat kerja. Integriti ke..inteBURITI.

7) Hari ini, Rabu 8 Ogos 2012, Aku terima panggilan dari Home24Malaysia. Mamat yang call aku ni cakap, mereka BARU SAHAJA BUAT PEMBAYARAN TADI. 

3 times fucking kenching sial.

Dan yang tak boleh blah, dia cuba nak kenching aku dengan mengatakan "Kami bayar hari ni, dan kredit transaction Puan boleh cek pada next kredit card statement yang puan akan terima,"

Ewah ewah. Pandai pulak kau nak ajar aku bila aku nak cek transaction. Kau ingat aku bodoh? Kau ingat nama aku Faridah so kau boleh portray aku as makcik Bedah yang jual kuih kat bawah apartment kau? Aku boleh cek immediately kat maybank2u.com lah siamang. Infact, pihak Maybank sendiri beritahu aku, kalau duit dah transfer, aku boleh nampak transaction tu immediately atau paling lambat 2 hari.

-------

Sekian kronologi penipuan Home24Malaysia yang totally macam mangkuk ayun. Give me back my RM330 la bugger. Event tak banyak pun RM330, but it's still my money. Apa pun aku akan cuba untuk bersabar sampai Jumaat ni. Kalau tak ada lagi, aku memang akan buat tindakan sewajarnya. Aku akan laporkan ke Pusat Khidmat Aduan Pengguna and Harian Metro.

To Home24Malaysia, please alert sikit dengan kehendak customer. Jangan cakap berbelit-belit. Jangan bagi janji palsu. Aku jumpa korang pun kat advertorial on someone's blog. Now, in my blog jugak aku bagi review yang teruk untuk korang.

Sekian.

31 comments :

norinaomar said...

Tak pernah dengar lagi pasal Home2u ni..dengar khabar Zalora dengan Lazada pun banyak masalah..

Makwe Kintan said...

blacklist ni la home24 ni..=)

Ladynoe™ said...

NORINAOMAR

KALAU CEK ALAMAT ZALOra and home24 ni, mmg sama.

Irfa said...

pertama kali dgr ttg home24malaysia ni..kalau aku pun hangen.dan perangai buruk aku mmg tak suka menunggu.kalau kata barang tu dihantar semula pun perasaan aku takkan sama macam mula2 dulu..sori ;(

moga cepat dpt balik duit tu ye

Lizzie Yasmin said...

Aku plak rasa sakit hati. Kalau aku, comfirm tak termaki kat dorang nie oncall. Last - last aku terus buat report jer. Benda nie pasal service kot.

-icha03- said...

noe
330 tu banyak noe
huiisshh
aritu heboh pasal zalora
ni home24malaysia pulak
ish..ish...
sabar yee...
moge dimudahkan semua urusan ye

fAtrinA said...

gullppppp baru je nak beli gak barang kat situ huhu
xjadik lah
thanks for info :o)

Ara Izat said...

Sila report jugak pada tribunal pengguna.

sya_zazoo said...

cuba buat aduan kat biru aduan pengguna.

Asyiqin Yunos, said...

Zalora and Home24 ni both under Rocket Internet. Marketing je lebih.

SURIA AMANDA said...

jom ramai2 blacklist

Fiza said...

iklan mmg cam menarik...saya pun dah pernah terkena...beli brg, dia ckp 3-4 delivery...tp sampai 1-2 minggu baru delivery...tu pun setelah saya mengamuk kat emel...

pasni mmg blacklist la...

aslina majid said...

baru bukak site tuh...

telek pisau je dah. mahal gilos... baek la kirim kat membe yang dok kat langkawi tolong pos kan je...

Elly Anaille said...

Home 24 n zalora ni sama je sbb tu servis mcm hampas.

I bli brg2 kecik je kt home 24, so far ok. Klu bli furniture mmg x yakin sgt kot.

fRaMe+LenSeS said...

Moga cpt dpt smula wang anda. Huu klu sy pm mesti da mrh sgt. Grrrr

Nurain Kamal said...

melampau!

dulu dah pernah terkena dgn zalora, lepas tu tobat tak beli situ dah. mereka ni nak kena ketuk hari2 baru cepat buat keje. customer service memang yilek!

nak share lagi 1 site yg teruk juga: mysale.my. kalau bukak FB mysale.my, memang tak jumpa 1 komen positif langsung. -_-

xxxxxxxx said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...anyhow, tis just one of many mysterious ways for Allah to test His subjects...and if succeeded (read: redha), will be granted hasanah...insyaAllah

ak yuyunz said...

serious sial services.. kalau aku noe, memang dah aku hamuk dah.. pantang betul aku buat bisnes macam ni punya gaya, pegi melingkup la lagi bagus..

Husna Hadzarami said...

Same goes to me!!!

Last 2 months kot, I ada beli rak buku dari sini, and it was my first (and most probably the last) time I purchased furniture online. Sebab terpengaruh dengan promotion macam best, and masa order tu siap ada follow up dari customer care so macam convincing la, at first.

Sekali delivery which supposed to take 7-14 days, dia delay sampai sebulan. Then masa order tu the package is supposed to be deliver and assemble, tapi dia hantar je taknak pasang sekali celaka betul. Hah geram aku.

Lesson learnt, takkan beli dari Home24 dah.

purpleryna said...

tq for this info noe..
lepas nie kena berhati-hatilah kan kalau nk beli online... tp selalu sgt teruja ngan promo yg diorg buat...

O'gosh said...

hoh..baca je pun dah mengundang kemarahan yang amat....mmg ptt la kalau sesapa yang tertipu ngan online shopping ni war2kan supaya kita manusia2 taksub ni akan lebih berhati2..dan org yang bagus2 nak jual barang tu akan lebih sincere....

Super Semangat said...

faridah tu nama mak aku woo..:'(

logorithm said...

Kalau cam tuh, tak jadik lah nak beli dari Home24. Lagipun I dah jumpa sebuah kedai perabot yang produknya boleh tahan, delivery cepat, harga pun menarik. Boleh runding lagi. Kalau I nak beli perabot, I akan cari kat kedai nih dulu...

Mizz_IjauTerkoish said...

thnx for sharing....
kalu tak makin ramai yang kena tipu...

Reen Tart Nenas said...

comeil nyer siamang. hahaha

owh nasib baik ku tak terbeli. pasal mmg terpengaruh la nengok website die yg konon cam user friendly tuh.

ko sila tuntut duit hoke. mahal kottt. byk bende bleh buat dgn 330 tu!

nurulizzah said...

my oh my!banyak sungguh penipuan internet.promotions kemain lagi,cust service ke laut.patutlah ramai manusia kaya sekarang,rupenye kaya menipu.err..

wan nurul hezrina said...

oooo tq u for sharing..bahaya jugak klu order..mmg tak ;ehblah promosi bagai tapi serbis lembab super duper..huhu mujur tak tahu pasal kedai tuh..zalorapun dah hampir2 nak beli..maklumlah mmg ikutkan nak senangtunggu barang sampaikan tapi dah jadi sebal sbb serbis mcm siput..tq share ramai2 boleh senarai itam ini kedai.hohohi

shambie adzhan said...

memang Home24 ni satu company dengan Zalora and Lazada. Tiga-tiga service hampeh. Marketing je kuat. Banyak sangat dah bad review. Kalau tengok kat Facebook dorg, byk komen negative dari positif. Teruk betul.

Pastunya, kalau refund.. dorg buat as store credit je. Bukan cash refund. Meaning, berapa banyak duit org dorg dah kaut?

hartini said...

oo tak pernah dgr lagi Home24Malaysia ni..tapi nasib baik baca dulu komen2 kat sini..kalau tidak mau dah tertipu.any komen pasal mysale? ada sesapa yg pernah tertipu dgn mysale? ok ke tak beli barang kat situ?

Anith Fairuz said...

Ada sesiapa pernah beli brg kat mysale? Mmg byk komen x baik klu buka kt fb dia...tapi klu tgok memang harga dia gila2 murh..ha'ah ada yg pernah tertipu ker brg x smpi atau brg x seperti yg di order?

OwhEylin said...

Haii terjumpa your blog! BTW I dah beli barang dr mysale more than 30 kali. semua barang sampai. tapi yg penting kena sabar! ada yang sampai dlm 2 minggu tp ada yg sampai dlm 2 bulan. yg penting barang sampai selamat kat tangan. paling mahal i beli jam dekat rm300, kat luar rm700 lebih. puas hatii.