11.8.12

Home24Malaysia - Finally taking real action (update)

Akhirnya,

selepas banyak feedback yang diterima melalui komen, twitter dan facebook selepas aku review tentang mereka pada entri yang lepas, Home24Malaysia refund juga duit aku dengan kadar segera. Kes aku diambil tindakan kilat oleh 2 orang staff Home24Malaysia, Micheal dan Morthy. Aku tak tahu mereka dari team mana, tapi kali ini, mereka betul betul mengambil tindakan yang diingini.

Selepas Home24Malaysia jumpa review tentang mereka di blog ini, RM400 didebitkan segera ke dalam akaun aku. Aku wonder why RM400? Morthy kata;

"Kami bayar lebih sebagai tanda kami kesal dengan segala kesulitan yang Puan alami,"

Tidak itu sahaja, sebagai tanda kesungguhan mereka minta maaf atas apa yang terjadi, aku diberi Vaucher RM200 untuk membolehkan aku membeli lagi di Home24Malaysia.

Bagus huh?

Aku sebenarnya dah merajuk dengan mereka. Jadi Vaucher tu aku berikan saja pada Fandi.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Home24Malaysia atas tindakan segera korang semua untuk memantapkan servis. Harap perkara sebegini tak berulang lagi since aku dengar ramai orang yang sebenarnya sangat berminat nak jadi customer korang.

Syabas betty.



p/s: Hail blogpower!



7 comments :

norinaomar said...

The power of blogger..tahniah Noe

harap tak berulang lagi lah kat orang lain

O'gosh said...

Mmg power, saya pun x dpt gantirugi lagi....haha

Nia Dhani Nasir said...

Alhamdulillah,klu tak kena carut dalam blog blum tentu diorang bgi balik duit tu..., aku yg bace pun panas hati...

-icha03- said...

yeaaayy ...!!!!

wan nurul hezrina said...

syabas syabas=)baru dia tau takutkan..jgn buat main kat org ingat kita diamjer ka..dah sah2 kita ada blogkan.huhu

SURIA AMANDA said...

BAGUS2..x sesia u meroyan masa tu kan..dpt lebih plak lagi..

Irfa said...

sib baik dapat balik duit