Tak semua orang boleh terlepas dari penyakit berseloroh ni. Bab-bab terlajak kata ni memang dah jadi perkara normal di kalangan masyarakat manusia. Kadang-kadang kau berniat nak sakitkan hati parti kedua. Kadang-kadang kau tak berniat lansung. Dan, boleh jadi memang kau berniat, lepas tu kau mengaku kau tak berniat.
Selalunya orang tua lah. Ada yang terlebih ramah. Ada yang terlebih-est ramah-est. Kadang-kadang susah nak digest mentaliti diorang ni. Kalau dimarah kang..dia cakap kita biadap. Kalau slow talk elok-elok, diorang tak peduli. Kalau dibiar, kita yang mental sakit hati. Almaklumla dah banyak makan garam. Garam pun dah tepu jadi batu. Self-righteous. Ego. Aku tua so aku betul semua - fikir mereka.
Aku selalu jumpa orang tua yang berseloroh dengan aku. Elok sangat lah. Berseloroh dengan orang yang menyimpan dalam hati macam aku. Sampai bila-bila aku ingat. Maaf boleh. Lupa susah.
Oleh itu selagi boleh, aku taknak mak aku berseloroh jugak. Yang bagusnya mak aku ni jenis nak cakap apa-apa dia akan mintak pendapat aku. Skill komunikasi dia pun lemah jugak sebenarnya.
Suka bertanya, lepas tu dia sendiri bagi jawapan.
"Ani, mesin jahit ni dah rosak. Kau nak lagi?" -
dia susuli dengan jawapan sendiri "Kalau taknak bagi mak,"
Aku cakap, salah tu. Sebetulnya biar soalan tergantung. Kita tak payah bagi jawapan. Buatnya Kak Ani nak lagi mesin jahit tu, tapi oleh kerana Mak Martua yang mintak, dia jadi serba salah. Bagi pun tak ikhlas. Mana lah tau?
Macam pernah terjadi sebelum ni. Kami makan bersama-sama. Meja depan kami ada kumpulan keluarga dari Sabah. Seorang lelaki diapit dua perempuan. Perempuan sorang tu nampak berumur. Seorang lagi nampak muda sedikit. Oleh kerana lelaki tu ramah tegur-tegur mak aku, mak aku pun nak ramah balik la.
Terus mak aku berseloroh. Dia bertanya;
"Yang ini siapa?" sambil tunjuk ke arah perempuan yang berumur sikit tu. Dan disusuli dengan jawapan sendiri; "Mak awak ke?"
Sekali brader tu jawab
"Tak..ini isteri pertama saya..."
Terus muka perempuan tu merah seraup. Dah la kulit dia putih. (Mesti dia sedih sebab nampak macam mak kepada suami. Patut lah suami aku kawen lagi satu. sob sob) Mak aku pun tersipu sipu.
Time tu aku dah berdoa-doa dalam hati. Jangan lah mak aku kena santau lepas ni.
17 comments:
hahahahhahaha
aduuuiihhhh.....
kadang2 gua pun macam tuh ,
tabia't kot... !@#$%&
erk? hehe..tapi memang pesen orang tua camtu kot..mak saye pun..huhu..kadang2 tak larat nak tegur..bila tegur kang die merajuk..sensitip gitu..huhu..
adeh.
kte kena lain lak.
orang meja makan sebelah terlebih ramah.
dia tanya, awak ngandung eh.?
masa tu rasa nak terbalik kan meja makan aje.
tapi sebab ai pun ramah, jawab dengan baik, eh taklah, kan baru lepas makan sambil buat senyuman paling menawan.
haa..mak kadang2 gitu. Tapi bila adenya anak-bongsu-yg-garang. mak lebih bhati2 bila bercakap. hihihi
tp mang penah kena mcm komen atas ni;
"u, pregnant? berapa bulan?"
fine. aku tau aku buncit.
hehehehe.. bahaya sebenarnya habit bertanya jawap sendiri ni.
yelah..selalu jugak jadi camtu..dah bertanya pastu jawapan pun sendiri jawab. haru jugak.
org tua mmg mcm tu.kelmarin pegi open house,ade guests tuan rumah xberenti2 bercakap wlpn mulut penuh.tapi bila isterinya bagi hint (bagi dia mkn mcm2 suruh senyap)..dia boleh kate "tuhla orang zaman skarang ni..xtau nak bersosial". tapi cakap mengarut?oh my..diorg tau bercakap,tp mungkin komunikasi berkesan tu kurang..wallahualam.
Hehehe
yang last part tu salah jugak.... org sabah dah tak santau2 dah... sian org sabah selalu kena assume suka santau org bila sakit ati huhu
selalu jugak melalui benda2 macam ni sampai tertanya sendiri 'aku ke yang demand sebab selalu rasa cara orang-orang tua berseloroh tu tak kene gaya'
huhuh. pening pun ye, sakit hati pun ada. payah.
Ariemiema : errr saya x pernah kaitkan sabah and santau pun? Am i right? No?
ayark...x sengaja pun ye jugak tu...alahai
selamat hari raya noe..
Haha sorry noe...bkn kata noe kaitkan...mima yg relate sbb yg mak noe tegur tu kan family group dari sabah...that's why bila noe doa dlm hati mima assume takut kena santau ngan family yg dia tegur tu la ... hehe sorry tau if mima misunderstood :) my bad
Subconscious actions are inevitable (at least most of time), the motor control of our tongue just couldn't compete with the rate of neurons firing up in the noggin (hence why there are so many reminders in the Quran to safe keep our words, simply because tis most effortless to abuse).
Majorly love this post
Most people forget apa yg keluar dari mulut tak serupa dgn apa yg diterima oleh org yg mendengar
It is best to listen to yourself talk supaya it -actually- makes sense!
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
akak penah makan ati bukan sekali tapi banyak kali..bab org ramah tanya akak 'awak peknen ke?'bagi sepipi baru diam seribu bahasa
Post a Comment