Aku tak ingat entah raya yang bila, tapi tidak lama sangat lah. Mungkin 2008. Mungkin 2009, 2010, tapi bukan 2011 atau 2012. Abang aku boleh pasang tayang di televisi video kompilasi gambar arwah Mohamed Bin Hussain dari muda sampai la ke akhir hayat dia. Gambar arwah dengan anak-anak..Dengan cucu cucu..dengan isteri tersayang..
Apa lagi. Masing masing sendu bermandi air mata. Ingat nak buat trick konon konon rendang mak pedas sangat sampai aku mengalir air mata. Tapi tak menjadi sebab mengugu sangat tangisnya.
Tahun ni taknak menangis lagi. Bukan bermakna dah jauh di hati. Cuma sudah semakin yakin abah kini berada di tempat yang lebih istimewa di sisi penciptanya. Nak cerita bab cinta, jangan risau lah, tetap lelaki terhebat teratas sekali.
Selamat Hari Raya. Maaf kalau selama ini aku ada termelukakan hati sesiapa. Harap akan datang selepas ni aku tak buat lagi. Jemput lah datang ke rumah bagi yang sudi.
Ikhlas ni.
10 comments:
:D
selamat hari raya
selamat hari raya =)
Selamat hari raya :)
salam lebaran, dari silent reader di belog perempuan jomblo :)
Taqabballallahu minna waminkum...sama-sama maaf :'(
Selamat Hari Raya Noe...
selamat hari raya dari fiszah sekeluarga :)
selamat hari raya noe..^_^
Jangan sendu2x sayang! Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.
Post a Comment