14.9.12

Checklist Rawak Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Berkahwin (Bahagian 2)

Ramainya tanya bila aku nak sambung part seterusnya. Bagi yang terpinga-pinga, nukilan kali ini adalah kesinambungan daripada nukilan yang ini;

Checklist Rawak Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Berkahwin (Bahagian 1)

Sorry la delay lama. Kalau bab-bab ni aku tak tulis sambil pejam mata. Aku tulis sikit, pastu simpan, esok sambung, pastu save, lusa sambung, baca balik, tapis, pikir tiga ribu kali nak publish ke taknak dan baru lah, ha ni, jom sambung.

3) Menjaga Hubungan Dengan Keluarga Pasangan


Dalam Islam sendiri, kita kena hormat ibu bapa mertua macam ibu bapa sendiri. Tapi setakat hormat je la. Nak buat macam mak pak sendiri memang tak ramai mampu. Bukan kau seorang je menantu dia. Mereka juga perlu masa untuk bina hubungan yang baik dengan kita. So masing-masing beri lah masa. Benda ni ikut nasib jugak. Kadang-kadang, kau ok, diorang (mertua) tak ok. Kadang kang, kau ok, mertua okay, ipar duai pulak tak OK. Konflik dan manusia ibarat sahabat yang susah nak pisah. Sesekali mesti ada nak terasa hati walau tak pernah berbalah teruk-teruk. Eh tapi bila cakap pasal nasib tadi, suka untuk aku ingatkan, nasib diri boleh diubah dengan usaha dan izin Allah jugak.

Orang melayu ni ayat manis. Kau pernah dengar tak bila kita datang nak melepak kat sesebuah rumah tu, tuan rumah tu cakap "buat lah macam rumah sendiri,". Pernah? Lepas tu cuba kau buat rumah dia betul-betul macam rumah kau sendiri. Makan pinggan tak terus basuh. Lepas minum cawan main letak atas meja. Baju tunggu seminggu tak basuh. Hembus hingus pastu tisu letak atas coffee table. Bukak peti ais, kau habiskan semua stok ice cream dia. Boleh?

Sebenarnya, bila orang cakap "Buat lah macam rumah sendiri," bermaksud - kau kena buat rumah tu macam rumah sendiri mengikut standard yang tuan rumah tu dah tetapkan. Faham?

So kalau kau dengar orang cakap "Anggaplah kami macam keluarga sendiri" atau "anggap lah kitorang macam mak bapak sendiri," lansung tak memberi maksud yang kau boleh komen baju mak mertua kau buruk macam kau komen mak kau. Lansung tak memberi maksud yang kau boleh komplen lauk mak mertua kau masak tu tak berapa sedap macam kau komplen mak kau. Lansung tak memberi maksud yang kau boleh bantah keluarga mertua kau bila diorang paksa kau balik kampung time kau betul-betul takde mood nak travel.

Ianya hanyalah bermaksud, kau kena beli something, hadiah, untuk ambik hati diorang macam kau belikan untuk mak abah kau. Time Hari Raya kau belikan lah diorang baju ke, kain nak buat baju kurung ke. Kau kena cakap elok-elok seperti yang diorang harapkan. Kalau kau dari keluarga yang jenis haruk suka mencarut sesama adik beradik, mungkin kau tak boleh buat macam tu dengan "adik beradik kau yang sebelah sana tu".

Kalau dengan mak abah kau, kau tak setuju ke apa, kau boleh bantah-bantah. Dengan mak abah mertua, tak ramai yang berani. Kalau ada yang berani pun, siap la, belakang cerita, nama kau busuk di kalangan ipar duai. Mengadu perasaan terluka la katakan. Kalau ipar duai jenis boleh fikir relevan takpe. Ni kalau jenis kau cakap A dia percaya A, jenis dengar sebelah pihak je, susah lah sikit. Lagi pun kita kena jaga air muka dan perasaan pasangan sendiri. Kalau dapat mertua jenis banyak mulut, nasib kau lah labu.

Jadi di sini, sebenarnya, kita harus main peranan. Kita kenal keluarga kita macam mana. Kenal makpak kita loghat ka..dak ka..jadi, kalau ada konflik dan krisis jiwa melanda antara keluarga dan pasangan kita, kita kena lah jadi penenang. Kalau dah tau mak kau jenis becok stok banyak mulut, hal-hal rumahtangga seeloknya jangan cerita kat dia. Hal buruk pasangan jangan cerita kat dia. Sebab confirm lah lepas tu satu semesta tahu kisah kau laki bini. Faham? Kadang-kadang  pasangan kau tu takde la buruk mana pun, kan? Cuma time kau marah, kau akan membesarkan-besarkan cerita. Pastu bila pasangan kau buat baik dengan kau, menyenangkan perut kau, takde pulak kau luahkan kegembiraan dan kebaikan dia kat mak bapakkau kan? Adil ke camtu?

Aku pernah tengok sebuah perkahwinan yang berbelas tahun, tak pernah sekali aku dengar suami dia sampaikan kebaikan isteri dia kat keluarga sendiri. Semua buuuuruk je bini dia. Dah macam tuhan tu cipta bini dia memang untuk buat kerosakkan di muka bumi je. 

So stop telling stories. 

Itu situasi satu. Yang kedua, kau cuba jadi air ke atas setiap putik api yang nak menyala. Kalau tiba-tiba mak kau bertanya benda pelik-pelik tentang pasangan kau, cuba kau cerita benda yang menyebelahi pasangan kau.

"Suami / Isteri kau tu memang selalu bangun lambat ke?"

"Selalu jugak, sebab malam-malam dia tidur lewat, anak meragam,"
"Selalu jugak sebab dia buat kerja part time,"
"Dia sakit kepala dua tiga hari ni,"

Atau apa-apa lah. Pointnya ialah, back up la pasangan kau. Bukan lah aku suruh menipu teruk-teruk ke apa. Cuma kadang-kadang mak bapak ni risau lebih sikit. So jangan kasi diorang risau. Bagi depa nampak yang rumah tangga kita cantik dan aman je. Kalau pasangan kau jenis suka bangun lewat, kau settle la berdua. Tak payah besar-besarkan sampai semua orang tau bini kau jenis bangun lewat.

Dan tips yang paling epic sekali ialah Seni Buat Bodoh. Susah nak pupuk seni Buat Bodoh ni sebenarnya. Nak nak kalau kau jenis peduli dengan apa perasaan orang dan perasaan sendiri. Aku pun tengah praktik Seni Buat Bodoh ni. Dan oleh kerana aku belum menguasai sepenuhnya, aku malas nak ulas panjang. 

Aku bukan nak menafikan hubungan baik mertua dan menantu ni. Bukan. Boleh je sebenarnya. Sangat boleh. Even aku pun OK je ngan mak abah mertua aku. Tapi takde la sampai tahap aku berbaring kat riba mak mertua aku macam aku baring di ribaan mak aku. Tak sampai tahap mak mertua aku suapkan aku makan macam mak aku suap aku. Dan belum sampai tahap aku mandikan mak aku time dia terlantar sakit dulu. Belum. Bukan tak boleh. Tapi, kau kena usaha agar satu hubungan yang harmoni tu terjalin lah. Walau pada awalnya kau kena fake gila-gila. Fake it, until u make it, bak kata omputih.

Tapi itu je lah pesanan aku kepada bakal pengantin baru. Sabar, cekalkan hati. Kau nak bina keserasian antara orang luar bukannya mudah. Sangat tak mudah. Sedangkan nak kenal hati budi pasangan pun perlu masa. Ini kan pula hati budi orang yang tiba-tiba wujud dalam hidup kau dengan sekali lafaz akad. Masa kau panggil diorang "pakcik makcik" dulu lain. Bila dah panggil "Ibu Ayah", hubungan tu dah jadi lain. 

Kecuali kalau kau memang jenis senang mixed around semua orang. Itu cerita lain. 

Sebab tu kalau dah berkahwin tu, digalakkan tinggal berasingan. Buat haluan jauh sikit dari haluan mak abah kita. Kalau tinggal sebumbung memang susah sikit. Manusia tak sempurna. Lebih tak sempurna apabila dia adalah orang luar yang tiba-tiba duduk sekali dengan kita.




Okay dah. Panjang sangat aku merapu. Padahal satu topik je.
Bersambung ke Bahagian ke-3!









9 comments :

Unknown said...

aku pun baru beberapa bulan ni kawen n duduk dengan mak mertua, waduhh..Tuhan je tahu.mula2 tu aku nangis2 gak. nak serasi kan diri memang payah.
pernah sekali aku terdengar mak mertua ngn ipar aku duk mengata aku. sabar je la.tapi aku diam je memang x pernah cerita kat laki aku pasal hal tu. kalau boleh sesekali pun aku x nak bercakap2 buruk pasal keluarga mertua aku.

belum kawen boleh lah nak buat utk mak mertau itu,ini..tapi bila dah kawen..nah!hakikatnya lain!

sekarang memang aku asyik bertanya2 pada laki aku bila nak cari pindah..lebih elok rasanya duduk sendiri dari memendam rasa,nanti dah bernanah susah....

Irfa said...

noe..TAHNIAH
itu je mampu akak komen
dah lama akak nak tulis psl ni tp akak malas nak menaip.hehe

smoga kita termasuk dlam kategori menantu yg disenangi oleh mentua ;)

take are

Husna Hadzarami said...

Good entry. Benda yang I paling jarang nak publish dalam blog, sebab perkara ini kadangkala boleh jadi sensitif. Dan takut jadi takbur, lalu kebahagiaan sedia ada itu hilang.

Sebenarnya kalau point nombor satu yang Noe ulas dulu (Taqwa/Agama) tu memang dah kuat dalam rumahtangga, point-point seterusnya ini semua akan jadi mudah.

Well to be fair, my in-laws memang orang baik-baik dan sangat kuat pegangan agamanya, kira I dalam kategori bernasib baiklah. Awal-awal kahwin, of course I sendiri ada terasa hati serba sedikit bila ditegur itu ini, yelah kita ni orang luar yang baru nak sesuaikan diri dalam family baru kan. Banyak nak kena belajar, banyak nak kena cuba fahamkan. Tapi bila kita mindsetkan semua yang baik-baik, inshaAllah kita memang akan dapat yang baik-baik. Thoughts become things Robert T. Kiyosaki cakap. It's like the law of attraction. So bersangka baiklah. Setiap teguran dari mertua, kita sangka baik je. Biarlah kita perasan syok sendiri yang konon-konon ibubapa mertua tegur sebab sayangkan kita, supaya kita jadi isteri terbaik untuk anaknya, ibu terbaik untuk cucunya, kerana mungkin memang itulah hakikatnya perasaan ibubapa mertua pada kita. Dan setiap yang kita buat pada suami dan mertua, cuba kita ikhlaskan. Cakap dengan diri sendiri "Aku buat sebab nak dapat pahala, aku buat ini sebab aku nak masuk syurga" bukan "Aku buat supaya mertua suka aku, supaya suami sayang aku". Ulang-ulang cakap/niat yang aim kita adalah pahala dan syurga, kalaupun apa yang kita terima daripada suami/mertua tidak seperti yang kita harapkan, hati kita tetap tenang, "Tak apalah, at least aku dapat pahala.." Kalau terus macam tu, inshaAllah Allah akan mudahkan semua. Otomatik hubungan dengan mertua akan jadi baik, dan suami jadi makin sayang.

Kita tak boleh nak paksa orang berubah untuk kita, tapi kita berkuasa atas diri sendiri untuk berubah. And you're right, jangan sesekali cerita masalah rumahtangga pada keluarga kita, in fact pada sesiapa pun. Jaga rahsia rumahtangga, inshaAllah aib kita juga akan ditutup dari pandangan orang.

norinaomar said...

Tersentak bila saya beri nasihat yang serupa macam noe cakap ni kat member yang baru 2 bulan kawen..ye baru 2 bulan dan PJJ.

dia kata

mak bapak dia tanggung jawab dialah,bukan kanggungjawab aku..bukan tanggungan aku..tak kuasa aku.

Hmmmmm

HidayahHilman said...

ade benda yang aku tak mampu nak karang kat blog aku, skali ada orang lain yang karang macam dia tau2 je ape yang aku pikir...

ku-cit said...

bagus entry ni utk mereka yg nak kawen atau yg telah bekahwin...

Hanna said...

Thanks Noe!! Memang banyak info yang boleh diperlengkapkan sebelum kawen.

Nn said...

byk juga yg perlu dititikberatkan yea.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

thanks sis, Yana dah share kat FB..
seronok dapat baca entri ni,