21.9.12

Perkara Rawak #063 - Tiba-tiba ada satu suara 'potong'

Aku selalu berjumpa dengan satu situasi atau dialog yang benar-benar 'potong'. Kadang kadang sampai bekerut-kerut kening aku. Susah nak digest.

Contoh;

Situasi A
Semua mengeluh panas. Panasnya. Panasnya. Ekon takde ke. Kipas ke? Rasa nak mandi ais je.
Tiba-tiba ada satu suara 'potong'
Ala rilek la. Baru panas dunia. Kat neraka lagi panas.

Situasi B
Semua tengah gila hype dengan iPhone5. Peminat peminat iphone dan produk Apple ni mula la masing-masing kecah bercerita tentang iPhone5 kat twitter. kat FB. kat instagram. kat bilik meeting. Kat cafe. Kat komuter.
Tiba-tiba ada satu suara 'potong'
Tak habis habis iPhone 5, Solat 5 waktu tu cukup ke?

Situasi C
Kau tengah stress nak kena kira stok. Kira kerja akaun. Kira itu. Kira ini. Deadline dah dekat. Alamak cemana ni. halah halah.
Tiba-tiba ada satu suara 'potong'
Ha tau pun kau stress kena banyak kira itu ini. Malaikat kiri kanan kau tak habis-habis kira dan catit amalan kau sejak kau lahir tau. Lagi penat.

Situasi D
Semalam dengan kelmari ramai lah pemegang gajet Apple download updater terbaru iOs6. Semua dok berbual sana sini tentang iOs6. Belek gadjet masing-masing sebab nak tengok apa yang iOs6 dah perbaharukan.
Tiba-tiba ada satu suara 'potong'
Orang yang sibuk dengan iOs6 ni semua hafal tak rukun iman yang 6 perkara tu?

(-_________-)

Apa lah masalah kau ni.

14 comments :

fifie said...

Apalah masalah yang jaki sangat dengan orang nie. perlu ke soal macam tu. adehhh. potong betul

Mohammad Syukri Badaruddin said...

Hahaha... Kat ofis mmg selalu aku kena... aku rasa dia kurang kasih sayang arr, korang tak ajak dia sembang sekali... Niat dia bukannya nak tunjuk alim tapi nak join conversation sekali rasanya. Tapi takdak ruang nak join.

Husna Hadzarami said...

Kes morale police yang tak bertempat ni memang kalau perasan banyak betul kat instagram own by celebrities. Last week kot I tengok kat Fasha Sandha, dia nak jual her used jeans and shirt, dalam banyak-banyak komen orang yang interested nak beli tu, mesti akan ada sorang yang, "Daripada jual semua ni, kan elok kalau sedekahkan pada orang yang lebih memerlukan?". Duh. Turns out dia memang buat for charity, tapi untuk Persatuan Pembelaan Kucing something like that. Then ada pula suara lain yang, "Daripada bagi persatuan kucing kan lebih afdhal bagi kat rumah anak-anak yatim?" Duh. Point is, memang sentiasa ada orang yang macam ni. Tak tahu apa masalah dia, pandai pula nak atur-atur amalan orang. Morale police tak bertempat..

Alfi Kasran said...

tak paham langsung dengan orang macam ni sebenarnya.tak relate langsung -,-

Rapunzeel Cikilolo said...

dengki ler tu. tak payah nak pk panjang2.

Tini Rahim said...

Terlalu setuju sehingga terpaksa share kat Facebook ;P

Niza Romli said...

Dengki/irihati kot masalah dia!

xxxxxxxx said...

Party spoilers, we still need 'em occasionally to derail the train of thought from pursuing the wrong path.

Favored jargons: "kecah", "halah" ;))

eddyminako said...

ok, situasi C sangat tak logic yang memotong tu.

apa benda yang dia compare manusia dengan malaikat??

haih, kalau nak condemn pun agak2 la..

O'gosh Iskandar said...

bole plak macam tu eh....

Fuz said...

mana dia tau malaikat tu penat?

Myera Nyera said...

lama tak jenguk blog ni ^^

da tukar header ek.

jemput bace ^^

http://mywithoutreasonii.blogspot.com/2012/09/cerpen-cinta-hanya-kita.html

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

kat opis nih aku la muka yg slalu jadi mangsa morale police mcmnih.. ramai...sabau jek larr..

hilrora said...

saya silent reader anda, tapi hari ni nak invite ladynoe cuci2 mata utk tengok kain2 cotton yg sweet2 untk buat baju kurung or dress anak2
www.percaperca.blogspot.in

thanks. bye