3.9.12

"Tak pe" Lelaki

Semalam berbual dengan seorang kawan. Tentang hal hal remeh seorang isteri. Dan kebetulan, dua orang kawan aku akan menamatkan zaman bujang. Seorang minggu ni. Seorang lagi hujung tahun ni. Kawan yang penghabisan lah tu. Tak ada lagi dah dalam corumn kami yang bujang lagi.

Selamat menempuh ke alam rumahtangga lah. Kira nasib baik lah sebab dapat menempuh alam rumahtangga sebelum ke alam barzakh.

Kalau silap pilih pasangan, alam rumahtangga pun rasa lebih kurang je macam alam barzakh. Hehe.

Apabila dah jadi isteri ni, maaf cakap lah. Memang banyak benda kau nak kena fikir. Aku tak pasti sindrom tu jadi ke atas aku seorang, atau semua orang sekali. Silap hari bulan kau boleh stress. Kalau kat Amerika sana, golongan yang paling ramai jumpa psikitaris, golongan isteri lah. Kalau tak caya tengok movie kat HBO. Mesti ada je scene jumpa pakar sakit jiwa.

Being me, aku nak jadi semua siap. Bukan perfect. Tapi siap. Siap kemas rumah. Siap sapu sampah. Siap basuh baju. Lipat baju. Gosok baju. Hiasan tak boleh senget. Jangan ada tahi cicak. Jangan ada black spot lansung. Rumah jangan berbau. Siram pokok 2 hari sekali. Masak sekurangnya sehari sekali. Suami bangun mesti makan. Mesti minum. Balik kerja mesti ada makan terhidang. Tak kisah lah walau seketul burger pun. Anak mesti siap seawal pagi. Mesti makan. Mesti dapat apa dia nak.

Ha.

Itu pun aku kasi diskaun bab vacuum. Bab mop lantai. Bab cuci jamban tiap-tiap hari. Kalau tak lagi stress kepala otak. Padahal sebelum kawen dulu, angkat baju kat ampaian pun aku tak pernah buat (true story). Kalau korang datang rumah aku, ada nampak benda senget sikit ke. Atau ada cebisan kertas terbersepah ke. Itu tandanya aku dah tak larat nak pikir lah tu.

Sampai kadang-kadang tak ada masa untuk diri sendiri.

Bukannya suami aku suruh semua ni. Aku yang nak buat sendiri. Walau Fandi selalu cakap;

"Tak pe..tak payah masak.."

"Tak pe..tak payah kemas.."

"Tak pe..tak payah gosok baju.."

"Tak pe..tak pe..tak pe.."

Tapi bak kata kawan aku tu

"Tak pe lelaki ni..tak boleh percaya. Takpe..takpe..takpe..malam kang perlahan je suara dia mengaduh lapar,"

Bak kata mak aku..

"Lelaki ni, mula-mula je takpe..takpe..takpe...Esok lusa dia jumpa perempuan yang rajin masak, rajin mengemas..masa tu hilang la 'takpe' dia,"

Ingat tu.

Dan bagi aku, walau hakikatnya kita manusia biasa, cuba jangan bagi sebarang sebab untuk suami kita komplen itu ini tentang hal dalam rumah dan dalam spender. Eh.




23 comments :

Miss No Body said...

sangat2 betol..sangat2 setuju..

AzNuRuL AzMaN said...

cakap mak noe tu betul. cantik tu kejap je dia perasan. lama2 dia nampak sikap je.

ejaMaria said...

adakalanya saya percaya 'takpe' si suami... apa yg penting 'hal bilik tidur'... kalau itu yang si suami pentingkan dan isteri ok + suka je (tak menolak sbb penat)... hal-hal lain memang boleh jadi takpe... :)

*org lelaki selalu mudah bengang kalau kat bilik tidur org perempuan bagi alasan letih jaga anak + letih masak + letih kemas rumah...

orangbiasa said...

true story beb..aku pun selalu ada fikiran cm ko..sntiasa nk pastikan aku buat ketja rumah seadanya wpun byk lagi cacat celanya, wpun aku seorg suri rumah tangga je

O'gosh Iskandar said...

rasanya sindrom tu mmg akan berjangkit pada wanita2 yang dah berkahwin dan nak pastikan marriage life tu berkekalan...mmg akan dtg peel sume nak buat..semua nak lengkap...u r not alone...

purpleryna said...

xpe..xpe..xpe..
tapi bila gaduh yg kita xbuat itulah yg dia dok ungkitnya...

ku-cit said...

takpe tak payah tulis blog lagi...ehehe

just azura! said...

tak pe, tak payah kemas....takpe, tak payah ada pokok bunga..tak pe tak payah lipat kain..

bila rumah kemas, cantik, itu yang dipuji-pujinya... nampak sangat tak pe tak ikhlas..eh..

mendatak hijau said...

sume tu pahala

kann kannn kannnnnnnnnnnnnnnnn

ah,xsabar nak jadi isteri!

Myra Abdullah said...

hehe peringat tu utk yg bakal berkahwin.hehe
takpe sy belum sampai seru.hehe

Ladynoe™ said...

Justazura and purpleryna WIN! :D

xxxxxxxx said...

"Takpe" is men way of saying "I'm too lazy to help out, so it's ok if you're lazy too, appreciate it if you could do it without my aid" b-(

Hidayah Humairah said...

aku benci isu ni di utarakan walau aku tau hakikatnya mcm tu. sbb aku rasa x adil. kenapa isteri nak kene bg semua siap n perfect sedangkan tu semua bukan tanggungjwp kita? suami tak plak nak fikir semua tu sedangkan tu tanggungjwp dia? "esok jumpa yg lebih tu lebih ni.." manusia hakikatya mmg x pnh puas dgn ape yg ada. x tau bersyukur, tau cari kelemahan orang lain sedangkan diri sendiri tak terjaga pun. semua ni tipikal malay man style lagipun. kalau perempuan boleh kawen 4, aku rasa kami pon nak selera kami terjaga.. suami perut six pack, hebat diranjang,wangi, penyayang..bla..bla.. come one la weh! dun be a slave. married is to complete. sama susah senang.
tak ..aku bukan ckp suami noe.. aku ckp secara umum. tapi usaha murni noe menjaga rumah tangga mmg well done.just make sure it worth u well.

van kordi said...

Beberapa persoalan timbul disini. Sebelum kawin dan selepas kawin pun memang kau jenis "mesti siap" jugak ke atau sama, cuma tahap "mesti siap" yang lebih selepas kawin?

mom to be InsyaAllah said...

haha..mmg betul..kdg2 kn klu dier dh bese sgt ko siapkn sume,time ko sakit demam pon dia nk gak ko yg masak..time tu aku stressed sket tp dlm hati bangga la jugak dia suka masakan kita..:D

ShilaShower said...

i can see the sindrom on me. ko ada sindrom sidai baju ikut jenis, ikut kaler, hanger sepesen semua tak? hahaha. sebab aku ada :P

AiTotYati Mat said...

aku ade sindrom macam pn ShilaShower. bkn setakat sidai baju. arrangement semua benda. kadang2 aku rasa mcm adrian monk. hewhewhew

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

so true!

Ladynoe™ said...

VANKORDI- kan aku cakap, before kawen, angkat baju kat ampaian pun tak pernah? Bila dah kawen, sendiri jadi.

Ladynoe™ said...

SHILASHOWERygDAHSLIM- sidai baju tak. Tapi arrangement dalam almari, ya. Siap aku tampal label lagi.

♡ izzah ♡ said...

mencegah lebih baik drpd merawat.sebelum jadi apa2,baik kita buat dulu.laki zaman sekarang tak sama cam zaman rasulullah..=)

Irfa said...

love u Noe ;)
sukanya baca

mint_pudina said...

you are so funny..
=)
i like..