28.10.12

Beginilah Adanya.

Tiba tiba time mandi pagi tadi aku teringat. 8-9 bulan yang lepas. The moment mak aku menghampiri Fandi untuk mintak kebenaran ke atas aku;

"Fandi, mak nak mintak izin nak bawak Deknoe pergi Umrah, boleh?" dan saat itu aku terlihat mata mak aku bergenang.

Hati aku jadi sayu.

Betapa anak yang dikandung 9 bulan 10 hari ini. Kemudian dilahirkannya; dan ditatang semenjak lahir. Didodoi tidurku. Didakap sejukku. Dipapah tatihku. Diusap demamku. Disuap makanku. Dibelai sedihku. Dipujuk tangisku. Diturut hendakku, bertahun lamanya;

sekelip mata, hanya dengan satu lafaz akad keramat seorang lelaki asing yang hadir entah dari mana, memadam hampir seluruh hak seorang wanita terhadap anaknya sendiri. Aku dapat membayangkan, betapa pedihnya hati seorang ibu yang terpaksa; memang terpaksa, mintak izin orang lain ke atas anak perempuannya sendiri.

Beginilah adanya. Anak hanya pinjaman.

*sobs*

Fandi jawab tanpa membantah "Boleh mak, bawak la..,"

"Alhamdulillah..." kata ibu tua itu lalu tersenyum tawar.




A mother's treasure is her daughter.  ~Catherine Pulsifer, Inspirational Words of Wisdom





25 comments :

Niza Romli said...

Sobs~
Alhamdulillah ;)

Rapunzeel Cikilolo said...

bestnye. alhamdulillah :)

-icha03- said...

aduhaiii ...

just azura! said...

sedih...tapi itulah hakikatnya..

SURIA AMANDA said...

alhamdulillah...patut la dah lama xde..

juneHalim said...

kan.

Irfa said...

tak terkata ;(
dengan harapan,ibu itu berdoa moga anak yang di amanahkan oleh org itu dijaga sebaik2nya

hime s said...

:'(

Nad Cantek said...

bergenang air mata..

Ayyman Rahim said...

Bergenang air mata, juga.

Liana Ezzana said...

Damn. Sebak pulak bila baca.

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

adoi, x dapat aku bayangkan perasaan aku nanti bila anak perempuan aku sendiri yg akan bernikah.
confirm sedu-sedan.
isskkk...

*anak aku baru 1 thn tp dah bayangkan mcm2 bila dia besar nanti. huhu... ya, sesungguhnya semua di dunia ini hanya pinjaman. wallahu'alam.

May Maisarah said...

Subhanallah entry yang ringkas ini tetap mengundang air mata.

farhana shamsuddin said...

touching

N.Syuhaida said...

u______u *lap ingus*

afny^izan said...

tersentuh hati seorg ibu...

Little Ilsya said...

Noe :(
Selalu rasa benda sama. Serba salah. Tapi kita dah di bawah suami. Hari tu mak nak masak mee goreng, tapi suami terpaksa sangat-sangat nak balik ada kerja urgent. Sayu mata dia hantar saya kat pintu. "Tak makan mee dulu ke? Kejap je mak goreng.." Balik rumah mengongoi-ngongoi nangis.

Hanis Zalikha said...

Sedih nak kahwin. Tiba2. Pastu komen Little ILsya pun sedih.

Sha Syalizz said...

Noe,

Thanks for this wonderful entry. Sayunya hati.

What do you think if ada anak lelaki yang selalu sakitkan hati mak dia indirectly? Memang la orang tua ada buat salah atau tegur kesalahan tapi, mereka mcm tak hormat langsung orang tua mereka. Sayunya hati melihatkan benda berlaku depan mata.

Shahada Fauzi said...

huuuuuuuuu..sebab tu aku tak kawen2 lagi ni walaupun dah nak masuk 3 series..mak aku semua anak perempuan..adik dengan kakak aku dah kawen..tinggal aku je..tapi tak lama lagi aku pun nak kawen jugak..sedih nak tinggal mak..huuuuuuuuuu..nak usung mak..tapi kena mintak izin suami bila dah kawen nnt..huwaaa..harapnya suami nnt tak keberatan..T_T

mukasurat17 said...

sayu.

puding roti said...

sebak.berair mata. nak tepon mak skrg

afzan sky said...

Mm sedih :( Tapi itulah hakikatnya.

mint_pudina said...

alhamdulillah.. tears.. of happiness..

minn_mizi said...

Sebaknya rasa baca entri ni. Teringat waktu nikah dulu, ayah pun bergenang air mata juga...