8.10.12

Perkara Rawak #064 - Soalan DEMI Soalan



Aku tak tahu sejak bila, tapi yang aku pasti sekarang aku sangat letih dengan soalan. Kalau soalan ringan yang jawapan dia memang ringan macam

"Noe baju ni kau beli kat mana?"
"Noe tarikh lahir kau bila?"
"Noe, baju raya kau warna apa?"
"Noe kerja apa?"
"Noe dah mandi?"
"Noe dah makan?"
"Noe kalau nak keluarkan duit KWSP untuk pegi Ikea boleh tak?"

- memang aku boleh terima. Soalan berbentuk fakta yang memang aku sorang je tahu. Tapi bila soalan ringan di tambah tambah dengan soalan yang mencabar macam,

"Kau rasa kedai tu ada jual baju saiz aku tak?"
"Kau rasa masa tarikh lahir kau tu, ada berapa orang bayi turut dilahirkan?"
"Kau rasa Rosmah pakai baju raya sama tak dengan kau?"
"Kau rasa jawatan kau kalau kat simedabi dia bayar gaji berapa?"
"Kenapa tak boleh keluarkan duit KWSP untuk shopping kat Ikea?"

dan ditambah dengan soalan

"Kalau saiz aku ada, kau rasa muat tak aku pakai? Sebab aku kalau pakai M selalu stuck kat pinggul,"
"Kau pernah terfikir nak buat gathering orang yang sama tarikh lahir dengan kau?"
"Kau rasa kalau aku beli baju raya sama dengan kau, orang akan cakap aku tiru kau tak?
"kau rasa kau ada masa depan ke as designer?"

Memang aku letih.

Aku bukan apa. Hidup aku seharian di tujah dengan soalan. Aku bosan macam nak muntah dah. Kat pejabat, benda simple tahap syaitanirrojim pun nak tanya aku.

"Noe, frame ni sesuai color apa?"
"Noe kalau kuning atas putih sesuai tak?"
"Noe vendor dah salah print cover page depan, cemana kita nak buat ni?"
"Noe artikel ni terlebih panjang la..cemana nak pendekkan ek?"
"Noe background sesuai warna apa?"

yang tahinya bila aku jawab "Background sesuai warna putih", reti pulak kau nak bidas, "Eh takkkk background warna hitam..." Kalau dah semua keputusan on kau, kenapa sibuk nak tanya aku? Tak faham. Kalau kerja aku memang sebagai Penasihat Seni ke Setiausaha Penasihat ke aku boleh terima lagi. Ni kau letak aku sebagai pencacai, pastu nak mintak aku fikir segala macam benda, at the end, keputusan dah tentu tentu kat kau. Kerja aku dah la berlambak nak mampus. Nak tanya frame gamba bodoh warna apa pun boleh meeting macam nak siasat kes pembunuhan.

Soalan soalan ni berlanjutan di mana-mana. Kadang-kadang kat rumah pun aku jadi tukang pikir segala benda. 

"Nak makan kat mana?"
"Nak pergi mana?"
"Daging ni awak nak masak apa?"

Memang soalan tu ringan tahap bulu ketiak, tapi kadang-kadang aku nak jugak orang bagi cadangan, macam; 

"Hari ni kita makan KFC nak?" okay aku tanak "Okay Pizza, nak?" 
"Hari ni kita bawak anak-anak main kat JKids nak?" okay boleh jugak sebab kat Paradigm ada Kaison.
"Hari ni saya nak makan Daging Sambal. Awak masakkan ya," okay takdak hal.

Sebab kadang-kadang aku tak ada idea. Otak aku nak rehat. Aku nak orang pulak treat aku. Please lah. Aku kat pejabat orang tanya itu ini. Aku nak fikir pasal design yang sedia berlambak lagi. Aku nak kejar deadline lagi. Letih kepala otak aku, sampai letih satu badan aku ni.

Pernah sekali aku nak jual Stokin. Sepasang stokin aku nak jual RM3 je. Sekali ada orang tanya.

"Noe, stokin ni kau jual DENGAN KASUT SEKALI ke?"

GAHHHHHHAAAAGGAHHHH!!!!


p/s: marabbuka?


17 comments :

tiada jiwa said...

kahkahkah!

tabah!

hime s said...

kenapa kasut tak included???

NdyaIbrhm. said...

Ya allah. Selalu sangat kena macam ni. Benda remeh temeh tahap bulu rabbit pun nak tanye. Bertabahla ye kak. hehe.

Irfa said...

hehe..
diorang xde keje tu pasal tanya soklan bagi noe semak kepala ;)

Chempaka Aurora said...

huhu..tu lah. kadang-kadang rimas semua benda pun nak tanya kita,dalam banyak situasi, macamkan kita ni sorang aje ahlil pikir, mereka pulak nak pikir benda yang mereka nak pikir aje..benda yang mereka takmo pikir..bagi kat kita..memang menguji kesabaran..huhu.

Rapunzeel Cikilolo said...

kalau balas pertanyaan dengan lempang, ngam tak? kikiki

misz sempoi said...

ape ke bongok org opis ko ni? bwahahaha...

Ami Scott said...

Noe...mana-mana pun sama..hatta menda tu patut dah jadi rutin pun nak bertanya-tanya lagi...lain la kalau soalan ditanya tu soklan agak patut di tanya...kadang-kadang aku rasa orang yang bertanya ni takde otak ke atau malas gak nak pikir atau tak konpiden

puanungupunyecerita said...

cikgu cikgi lg la menahan tabah
soklan tiap2 thun bdk tnye
hahaha
soklan same
poneng cikgu
sile tabah noe..
sgt kiut entry ni

norinaomar said...

Ye, kalau cikgu lagi pening..macam2 pesen soalan anak murid tanya
tapi tulah kena tabah walaupun grrrrrr.......

paling tak suka soalan time keluar deting dengan laki..Nak makan kat mana?saya macam boleh muntah bila ditanya soalan tu

Miz Dayah said...

haha. biasa la tu

Ayyman Rahim said...

Sama lah, macam tengah sidai baju orang lalu "Sidai baju ke bang?". Habistu nampak pulak ke kita tengah pakai baju ke, jahit baju ke.

Tini Rahim said...

My predicament everyday. Lagi2 dgn suami. "yang, awak pikir la nak makan apa for dinner. Saya ikut je" Pastu bila jawab "ok nak nasi kandar mamak" , selamba dia je "ala jemu la. Lunch td dh makan mamak. Lain la yang"

Lain pun yg kena pikirnya kita. Hish.

xxxxxxxx said...

Problems will cascade the moment we started keeping the scores.

iMaN NuR DiNa said...

Masa sekolah mak aku panggey aku cikgu kaunseling..balik balik sekolah xdan 5minit letak pungkoq tepon bunyi kawan mengadu itu ini..lani plak,kwn2 panggey aku BIRO ADUAN AWAM..segala benda nak tanya,nk mintak pandangan..aku setuju..otak aku letih n i need a treat jgk kdg2..

Kayna said...
This comment has been removed by the author.
Shida Idris said...

hahaha. tapi kan kalau noe jadi penjual lagiii banyak soalan. kalau kita letak item ngan harga dan descriptions, mesti ada lagi manusia yang tanya.

sbb manusia ni suka jalan mudah, malas nak baca dan pk