2.11.12

Perkara Rawak #066 - Aspek


Kecantikan itu subjektif. Setiap orang ada taste sendiri. Ye lah. Tapi jenis aku, kalau orang tanya si polan ni lawa ke tak? Polan tu lawa ke tak? Sebelum bagi jawapan, aku akan bandingkan dengan diri aku dulu.

Kalau dia tinggi, kulit cantik, hidung mancung, rambut cantik, senyum cantik aku memang terus cakap lawa. Tak kisah la gedik ke bitchy ke penyamun ke perampas suami orang ke. Asal orang tanya cantik ke tak?

Kalau cantik, cantik lah, jawab aku. Kalau aku lah.

Tapi mungkin lain dengan Fandi

Banyak sangat aspek nya. 

Macam hari tu. Kitorang berbual pasal sorang minah blogger ni. Kita beri nama dia Siti (bukan nama sebenar). Fandi cakap;

"Siti tu lawa. Tapi dia gedik la. Terkinja-kinja. Terus jadi tak lawa,"

"Macam mana boleh jadi tak lawa pulak? Dah lawa. Terkinja-kinja ke gedik ke, dah appearance dia lawa, so lawa la jadinya," kata aku.

"Lelaki lain, kitorang tengok semua aspek," selepas meneguk air Nescafe ais, dia sambung lagi;

.."Macam Siti tu. Kalau tengok muka dia je....ha orang boleh cakap lawa... tengok rambut...ha...lawa...tapi tengok dia bercakappp je, terus turn off" kata Fandi.

"Kalau tengok dia berbogel?"

Fandi tak jawab. Dia sambung teguk Nescafe ais dia.

Teguk...

teguk...

teguk...

Lama pulak teguk dia time tu.



Herm.


19 comments :

Shizan Syafik said...

aishh, banyak kali teguk tu.. tapi mcam yang fandi cakap tu betul la sis, lelaki mmg akan tgk sekali dgn attitude..

~ Cik Azz ~ said...

Fandi punya persepsi lebih kurang macam akak punya persepsi je..

Hilang cantik kalau over gedik..

NISA KHAIRI said...

Betul tu, lelaki memang kalo tgok prempuan bukan sekadar cantik, tp pakej yg ada,kalo kita prmpuan akan kata, dia mmg cantik tp syg prangai xcantik.. Tp lelaki tgok lebey dr tu.. Kalo skadar rupa, dorg kata bley wat stok main jea..

Ahmad Arba'in Ali said...

Cantik tetap cantik. Just kalau lelaki tu pandang cantik tu untuk dibuat apa. Kalau cantik tu untuk ditunggang atas katil je, sekadar nafsu semata, gedik ke ape ke sekalipun, asal xde siphilis, cantik tetap cantik. TETAPI, bila lelaki tu memandang cantik untuk dijadikan isteri, itu yang bila lelaki akan lihat secara pakej dan as a whole.

nadia said...

salam kak noeeee, ;)
cer kak noe try. mana tau kot2 rejeki natrah yang comel lagi gebuu tu kan.
http://www.nadiafarahida.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

xxxxxxxx said...

Women and their entrapments...hence why the prolonged sipping :-"

minn_mizi said...

Salam...
Soalan yang terakhir tu memang terbaik la :)

mint_pudina said...

yang dok tanya soalan cepu emas tu wat pe. gerenti la dia berat nak jawab! ;)

azratai punya said...

si fandi telah silap langkah bila memuji perempuan lain depan isteri.
bila dah terlepas cakap, menjawab kena, tak menjawab pun kena its a trap!... memuji perempuan lain cantik depan isteri adalah berbahaya,

si isteri akan pahat betul2 wajah perempuan yg dipuji suami di fikirannya...

Ladynoe™ said...

AZRATAI : please dont get me wrong. Aku tak pahat pun muka wanita tersebut. But the thing is, aku memang suka tengk perempuan cantik and my husband keep on deny yang diorang cantik. I'll be okay if Fandi cakap perempuan lain cantik. Absolutely tak kisah.

cuma lelaki ni banyak sangat kriteria. perempuan ni cantik, tu tak cantik. ni gedik. sana tak elok. Tapi kalau perempuan tu berbogel? korang baham je kan? waahaha

u got the point kan?

jas imran said...

kalau perempuan tu tak lawa tapi bogel agak2 kena baham jugak ke noe?

haha... tak boleh tahan tu fandi teguk lama-lama. mungkinkah tengah imejin dengan penuh konsentrasi...

Huszaini Haron said...

cantik bukan sekadar rupa..

hime s said...

teguk2 sambil pikir jawapan selamat!

semula / reincarnation said...

hahahahha.. menarik btui conversation!!


kaki pompuan panjang yang cantik pun menarik.


memang kalau pompuan tu lawa, memang kita sah kan lawa la kan.. apa nak selindung kan?

Len Inouie said...

teguk
teguk
teguk

hahaha...

Tracey said...

Hahaha lama tenguk..mesti lama bfikir. XD

Ladynoe™ said...

JASIMRAN:

kucing memang jarang tolak ikan. ikan tembakul pun depa makan.

buruhKasar said...

Ya. Lelaki macam tu, macam Fandi.
.
.

Kalo bogel, itu lain cerita.
*hirup kopi 3-in-1 yang masih panas

SURIA AMANDA said...

ye..mmg lelakitgok dari banyak aspek...even kita ckp org tu lawa sgt dari kita pun dia ckp kita xde mata..kadang2 x paham..