Sebelum ni aku pernah announce kat twitter, kat Facebook tentang Rice Dispenser Tupperware. Susah nak dapat Rice Dispenser ni. Mana-mana aku pergi mesti dah habis katanya.
Cari punya cari akhirnya dapat jugak lah aku benda alah Rice
Dispenser ni. Dah lama aku teringin nak ada benda ni. Nak-nak bila dah
melangkah ke alam mak mak ni kan. Tak sah rumah kalau takde barang Tupperware
kononnya.
Jadi, la ni mak nak gebang sikit lah pasai rais dispensa ni.
(Awat masuk radio Kokdiang FM ni?) Okay tukaq channel;
Maka, ini lah Rice Dispenser idaman hati;
Memang ada jugak kawan aku tanya
“Abendaaaa la kau nak buat dengan Rice Dispenser ni, Noe? Kenapa tak
bubuh dalam tong biasa yang jual kat kedai dua ringgit tu je?”
Okay, to be honest, aku ni jenis particular dengan segala
jenis storage. Bekas bawang aku akan letak dalam bekas bawang. Aku akan susun
cantik-cantik. Kemas-kemas. Barang-barang laundry pun aku sediakan dalam proper
storage. So that tak bersepah. Begitu juga dengan beras.
Dan semenjak Tupperware brand ni mengeluarkan Rice Dispenser
yang aku rasa sangat cantik dan stylish, maka ini lah satu-satunya keluaran
produk Tupperware yang menjadi idaman aku.
Besar, aku boleh muat masuk sampai 10kilo beras. Nak guna senang. Kau tak perlu cedok-cedok beras pakai pot beras pastu beras tu terkena tangan. Hanya slide sahaja, then beras akan keluar camni ha;
Secara logiknya bila sistem Rice dia dah buat camni, maka beras yang ada kat bawah sekali la keluar dulu. Kira konsep First-in-first out rotation untuk memastikan beras yang kita masak sentiasa fresh la.
Siap ada tingkap kecik, jadi aku boleh tau samada stok beras aku masih mencukupi
atau tidak. Dan satu benda yang aku paling suka ialah semenjak aku guna Rice
Dispenser Tupperware ni, beras aku dah tak dimasuki bubuk lagi.
Keseluruhannya aku memang sangat suka. Aku kasi rate 5★ lah kat Rice Dispenser ni. Jadi, senang cerita, aku memang rekemen lah Rice Dispenser
ni kat kamu semua. Kot-kot besday mak dah nak dekat tu, hadiah kan lah seketul.
Kesian mak kat kampung dok pakai tong beras kedai dua ringgit tu. Nak hadiahkan
kat isteri boleh, nak beli untuk diri sendiri pun boleh.
Kamu boleh dapatkan Rice Dispenser ni pada harga RM265
(termasuk pos) dengan 3 kali installment. Harga mampu beli kan? Padahal dalam
katalog korang tengok harga dia RM288 kan? Ha kalau berminat, boleh terus ke
emel aku di faridahnoor@gmail.com untuk
menempahnya.
Buat masa ni
stok Rice Dispenser ni memang terhad. Kira siapa cepat, dia dapat lah.
Tapi kepada sesiapa yang boleh buat full payment tak layan ansur-ansur, aku
akan bagi free gift Tupperware Standing Rice Scoop lagi. Ewah.
Aku bukak offer ni sampai hujung bulan November sahaja. So,
segera contact aku di, faridahnoor@gmail.com untuk mendapat kan Rice Dispenser
ni.
Cepat!
RATE KEPUASAN HATI : ★★★★★





14 comments:
Saya pun guna.Awesome.. Nak avoid semut masuk dalam dispenser ni, boleh letak cili kering sikit..nanti semut semut keluar dengan rela nya.. hehehe
Baru aritu nampak kat Groupon, rice dispenser jenama lain la.. dlm RM88 gitu.
aku dapat hadiah kawin dpd kakak ipar. suka jugak. mmg tak masuk binatang2 ke apa. tp hari tu semut masuk. damn. senang benda ni. tapi kalau tetiba nak masak 1 pot 1/2 aku tak reti budget. hahaha
MIZZ COKI :
yg kat groupon tu takde brand. pastu bateri operated. kalau rosak, how? ada lifetime warranty?
tidak ada.
sebelum kawen lagi dah mmg beli ni. sbb best. plus masa beli kami satu opis main kutu. setiap bulan ada penerimanya. takdela nampak cam mahal. padahal...... :D
peh.
brand tupperware?
ni kalau kakak aku tau ni,
terkinja-kinja diaaa.
nak tanye,
apa feature dispenser ni yang membuatkan bubuk tak masuk ye?
bukan ke bubuk memang dah ada dalam beras dan kita nampak bila dah menetas?
vicious cycle T___T
.. rice diepender ni bagus.. tapi..kalau tak letak at proper place..kutu beras cepat naik.. but so far ..saya guna mmg okla..very practical.. rupe pn smart n clean..lgpn jimat space guna container ni..
sorry typo..dispenser..hahaha
SYITAH:
Bubuk mmg ada dlm beras and membiak bila beras tak guna after certain time i.e tak masak la kan. So nak elak bubuk tu membiak, seminggu sekali ke, slide keluarkan beras tu, pastu masuk balik ikut atas. Kira rotate la, jadi takde la beras tu stagnant je.
Terbukti sudah aku juga melangkah ke alam mak mak - I really enjoyed and appreciated this entry!
TERINGIN JUGAK NAK BELI NI..HEHE
terima kasih la noe.. gila tupperware juga.. tapi suka water bottle atau apa2 jenih botoi ayaq kan..
jenih ni pun ang ada ka? kalau ada nak bulih email hang.
kat rumah mak ada sebijik dispenser ni. tapi brand apa tak tahu. Haritu mak suruh ambil beras, tapi lama gila mak tunggu tak muncul-muncul berasnya, sebabnya? hihihihi, saya sakan main dispenser tu,kagum tengok beras jatuh.
Post a Comment