Tiba-tiba aku teringat masa aku kecik-kecik dulu. Time mula-mula mak, arwah abah dan abang aku nak menanam sifat cintakan Syurga dalam benak pemikiran aku. Mereka akan menggambarkan Syurga tu macam satu tempat yang kau boleh dapat segala benda. Magisnya umpama; apa sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku, aku akan dapat.
Mak aku cakap; "Kalau buat baik, kita akan masuk Syurga,"
"Syurga tu apa?" tanya budak tembam rambut kerinting tu balik. Aku lah tu.
"Tempat best yang Deknoe akan dapat apa sahaja," jawab abang Jam aku.
Dia kata lagi, "Nak duit..dapat duit. Tak payah kerja. Nak ferari, dapat ferari, tak payah beli,"
"Kalau nak ais krim Cornetto?" aku tanya.
"Pun boleh," jawab arwah abah
"Deknoe cakap je, 'Nak aiskrim Cornetto', nanti dia keluar ikut dinding," Bang Jam aku sambung.
-----------------
Punya la simple benda tu, tapi ianya dah tertanam dalam kepercayaan aku sampai sekarang.
Walau aku cukup faham bahawa Tuhan tak pernah install gambaran syurga dalam kepala kita, tapi aku cukup harap supaya aiskrim Cornetto memang akan timbul keluar ikut dinding!
p/s: semenjak dua menjak ni, aku rasa teringin nak tengok syurga. Tapi aku taknak mati lagi.
9 comments:
=) sy nk msk surga
masa aku kecik, mak aku kata, kalau nak susu cedok je dr sungai susu..
ah, it's a bliss
segala kesenangan yg kita impikan mmg ada kt syurga. jom masuk syurga sama-sama. (mcm la senang khenn + +)
kan..teringin nak tgk
silent rider slame ni=)
Kak Noe, mimpilah yg indah2 tentang syurga...
Dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu ia berkata, bahawa Rasulullah bersabda :
ﻣﺎ ﻓﻲﺍﻟْﺠﻨﺔِ ﺷﺠﺮَﺓٌ ﺇﻻَّ ﻮَﺳﺎ ﻗﻬﺎ ﻣﻦْ ﺬَﮪﺏ
“Tidak ada satu pohon pun di Syurga, melainkan batangnya terbuat dari emas”. (Shahiihul Jaami’ no.5523)
Explanation yang sangat simple, tapi practical untuk kanak-kanak. Dalam AlQuran pon guna banyak perumpamaan yang dekat dengan hati kita bagi tolong kita imagine keindahan syurga dan kebesaran kuasa Allah - bidadari, susu, madu, emas, mahligai.. etc.
In shaa ALLAH.. Keluarga Bahagia pun merupakan syurga juga buat diri sendiri, kan..
bagi Gambaran pun berpada-padalah, jangan mengarut. pui
Dalam sepuluh orang komen, mesti ada satu. Hater.
Hahah..macam2..cakap orang mengarut macam dia pernah pi syurga. Itu hanyalah pendekatan yang digunakan untuk bagi budak2 faham. Nanti dah besar, pandailah dia fikir sendiri. Haduii..
Post a Comment