Monday, 10 December 2012

Perkara Rawak #068 - Dosa Sana Sini


Seorang kawan sepejabat meluahkan keluh kesahnya tempoh hari

"Noe aku ni...entah lah, aku tak tau nak cakap macam mana,"

"Kenapa Siti?"

"Aku mengenangkan dosa aku bertimbun sehari-hari,"

"Sebab?"

"Entah lah, dulu aku nak kahwin cepat sebab aku rasa berdosa asyik keluar dengan lelaki bukan muhrim tiap-tiap malam... tapi...sekarang ni bila aku dah kawen dengan dia, aku rasa dosa aku lebih besar sebab hari-hari aku melawan and cakap kasar dengan suami aku. Aku tak boleh blah la dengan perangai dia.."

Aku tersenyum.

Tak ada jawapan..

Oleh kerana aku tengok muka Siti macam mengharap aku respon sesuatu, aku pun berkata..

"Sabar lah..."

Herm...

Itu je lah respon aku. Sementara muka Siti masih mengharap aku respon lebih lebih.

Herm..




p/s: Siti, bukan nama sebenar.


8 comments:

Kerdildesa said...

Hidup sana sini, pergi mana sekalipun tak lari dari dosa.

Begitu juga .

mama maman aka yana said...

yup.. bersabar la.. :)

Amanda Suria said...

time bercinta memang dialah segalanya...dah kahwin baru tau x serasi mana...hurmm adat dunia...

Unknown said...

ni nasihat aku kepada kawan noe,aku pun lalui macam tu..aku dah apply..n ade aku dpt impak +ve.

dekatkan diri pada perkara2 yang baik..cthnya,dgr tazkirah,solat awal waktu...
elakkan diri dari buat perkara2 yg x elok..cthnya..mengumpat(kita kaum prmpuan mmg suka ni), gosip2...hiburan yg melalaikan etc..

dengar macam remeh, tapi cubalah..hati kau akan lembut dan kau akan fikir 2-3x sblum nak melawan atau maki laki kau..

Unknown said...

owh ye..kalau kau rasa x leh tahan dengan perangai laki kau...muhasabah diri dulu then baru cuba baiki keadaan...
p/s:kadang2 kita tak igt dosa2 kita yg dulu yg sebabkan Tuhan uji jita sekarang.

mun said...

yup betul...bersabarlah.....

♡ izzah ♡ said...

dah kawin memang lg banyak dosa. masam muka dgn hasben dah dosa dah.tapi jangan risau,jadi wife walau sikit kebaikan pun dapat pahala.sbb bila kawin,syurga kita tak bawah kaki mak dah,bawah kaki suami nun.well,sabar pun besar pahalanya + ada ganjaran oleh-Nya satu hari nanti..in sha Allah =)

xxxxxxxx said...

marriage's an open contract and can be renewed trice b-(