Bila suami aku kasi tau yang Selasa (hari ni) dia tak payah kerja aku jadi pelik. Aku tanya kenapa? Dia kata hari jadi Sultan Selangor. Aku pelik bukan apa-apa. Sepanjang nak dekat 4 tahun aku jadi bini dia, ini lah pertama kali aku dengar dia menikmati cuti ikut kelender ni. Sebelum ni kat kampeni lama, time hari raya pun dia kena kerja. Aku memang selalu panas hati sebab aku kira kampeni lama dia kejam mirip zionis sebab merenggangkan ikatan dalam institusi kekeluargaan kami. Tapi bila tiap kali aku bersalin kampeni tu kasi suami aku cuti sampai 2 minggu lebih, hati aku sejuk la sikit.
Tapi bila suami aku sebut pasal "Selangor cuti sebab besday Sultan", aku teringat zaman time aku sekolah kat Teknik Gombak dulu. Zaman tu, kebanyakan pelajar memang ada sikit rebel. Kalau bab tak boleh cuti, kitorang memang rasa nak bakar rumah cikgu.
Ada satu cikgu lelaki merangkap ketua warden asrama. Aku lupa dah nama sebenar dia tapi kitorang panggil dia "Tengak". Itu pun sebab warden tu suka cakap "tengak" "tengak" "tengak". Contoh ayat dia macam ni;
"Cuba kamu tengak dalam diri kamu.."
"Kalau kamu tengak betul betul..."
"Apa tengak tengak?"
Sebagai budak Selangor/KL yang serba urban ni, mula mula kitorang memang tak faham apakebenda la "Tengak" "tengak" "tengak" tu. Tapi lama-lama baru kitorang diberitahu oleh entah siapa yang "tengak" tu bermaksud "TENGOK" dalam slang orang Pahang.
Jadi nak dijadikan cerita, Cikgu Tengak ni memang macam dengki dengan kitorang budak Selangor/KL yang penuh urban ditelan arus kemodenan ni. Dia memang suka kalau hidup kitorang dikelilingi suasana tertekan dan nestapa.
Tahun pertama kitorang kat sekolah tu (semasa tingkatan 4), sampai tarikh jatuh cuti hari Wilayah Persekutuan, time kitorang dah eksaited nak balik kampung atau paling kurang pun tido kat tilam dunlop asrama yang maha empuk tu, Si Cikgu Tengak ni buat announcement mengatakan yang sekolah kitorang terletak di Selangor. Maka hampa lah masing masing kami ni.
Bila sampai ke tarikh jatuh cuti Hari Jadi Sultan Selangor, kitorang seperti biasa berkhayal tentang keseronokan yang sama, tiba-tiba Cikgu Tengak buat announcement yang jangan harap kami nak bercuti sebab sekolah kitorang ni terletak di Wilayah Persekutuan.
Aku jadi hot sampai aku naik bilik kaunseling dan persoalkan dengan keras
"Sebenarnya GOMBAK NI SELANGOR KE KL?!"
Cikgu Kaunseling aku jawab, dari Asrama sampai kantin, Selangor. Lepas dari kantin ke pintu pagar sekolah, Wilayah persekutuan. Oleh kerana Cikgu Tengak ketua Warden, kira dia pegang mohor besar nak tentukan bila masa seluruh sekolah aku jadi Selangor, bila masa jadi Wilayah Persekutuan.
Aku kira Cikgu Tengak tu jeles sebab tiap kali Hari Hol Pahang dia tak dapat cuti sebab dia kerja kat Gombak.
..dan sampai sekarang aku tak tau, Sekolah Menengah Teknik Gombak tu sebenarnya kat Selangor ke KL ha?
24 comments:
kira halal, Selangor lah tuh
Noe. Kejam. Mn ada org oagang ckp tengak. Haha. Ok abaikan. Ms kt uia slalu cuti wilayah n sultn slangor. Sebab address uia gombsk, kl. Uia gila cuti. Kami oun happy. Ye sy juga jeles tk dpt cuti hr hol pahang.. Haha
gombak selangor lah..
wilayah persekutuan sampai mana hah?
ampang pun dah kira selangor
jom bukak peta
kahkahkah.. kira dedua tak bleh ke? wilayah persekutuan pun cuti, selangor pun cuti juga. ha kan syiok tu!!
ohh tengak....
KL tapi cuti selangor.
aieh. kompius :)
ahha. kelakar gila k. rasa nak lempang cikgu tengak!
Hmm hmmm bukan gombak tu selangor ke? Hahaha :D
Gombak tu dalam negeri Selangor. Aku keje undur pejabat pentadbiran tanah persekutuan, so ada masa buat site visit pejabat-pejabat tanah kat selangor..ptd gombak salah satunyer :-)
Haha.. ape tengak2? dah la tengak2 sampai ternganga.. haha..
P/s: Hai, kawan2 pembaca blog Lady Noe ;D, jemputlah TENGAK ke blog saya.. ini link blog saya: http://wannoorhidayah.blogspot.com tq semua.. ;d
eh Lady Noe trus jump #70? #69 pnye tade?
can also ask Mr. Postman B-)
aku rasa macam yang cikgu tengak cakap. gombak tu kira sempadan dah tu. ada yang dalam KL. ada yang dalam selangor. depends gombak apa.
macam tu gak taman melawati kot. aku tengok kalau alamat KL. motip sangat selangor cuti dia pun tutup.
situ memang dah banyak sempadan la walaupun sebelah2 je. ampang selangor. tapi ukay perdana, melawati, melati KL. then tetiba gombak selangor balik. gituh.
tapi cikgu tengak memang kejam.
nama cikgu tu cikgu zamri.. hehehe =)
hahahhaaaa. cikgu tengak...
kelakar..
hahaaa
kalau Gombak memang Selangor. kalau Gombek, ha tu baru KL. same macam damansara la... kalau damansara, Selangor. kalau damansare, KL.
aku pun duk damansara mengaku duk kl. apadahal.
dari Asrama sampai kantin, Selangor. Lepas dari kantin ke pintu pagar sekolah, Wilayah persekutuan....
INI SUPER LAWAK ok...hehehe
noe, dulu sy duk kat uia..dua dua cuti tu kami bedal..ehehehe..sbb alasan gombak tu sempadan heheh
hahaha... tergelak aku dibuatnye mengenangkan memori silam tu.... Teknik Gombak didaftarkan dibawah sekolah-sekolah Kuala Lumpur... jadi, semua kene ikut KL...
tak penah plak aku tau "Tengak" tu slang org pahang. apesal aku org pahang xtau pun? erk, xpenah dengar weh.
hehehe rasanyer Gombak tu KL la.
Serious aku rindu tengak! Hahaha..teringat aku time tengak berbalas pantun ngan zarith gara2 Zarith berborak ngan aku dlm kelas dia!
sampai skang tak penah lagi jumpa org lain yg cakap Tengak kecuali cikgu zamri
hahahah fyi, saya pon student smtg, batch kedua, bila baca tajuk TENGAK mmg teringat...kadang2 nama dia jadi pak teng...
Post a Comment