14.1.13

Banyak benda yang aku cuba sampaikan secara berlapik, tapi selalunya tak sampai

Mungkin sebab aku berlapik sangat.

Contohnya macam satu kisah di mana aku didedahkan tentang satu gejala sosial. Oleh kerana aku pun seorang yang soh-sial dulu, maka tidak lah pernah aku judge sesekali. Kebanyakkannya aku diamkan aja. Kalau aku komen pun aku tak komen lebih-lebih. Most of the time jawapan aku hanyalah "hehehehe"

Dan walau aku manusia jahat yang penuh noda dan pernah di-chop sebagai ahli neraka, tidak lah pernah sekali aku menyokong bila aku tau ada kenalan dan kawan-kawan aku yang aku tahu sedang bergelumang dosa. Bila aku cakap 'bergelumang dosa', bukan lah bermakna aku judge. Tapi benda-benda basic dalam agama ni, tak payah la kita bongkak sangat nak pertikai. Dan yang paling tak patut, bila kau banggakan dengan dosa yang kau buat tu. Bila orang nasihat kau taknak terima. Asah orang nasihat je kau cakap orang jeles dengan kau.

Memang lah orang yang mengutuk kau pun boleh jatuh berdosa, tapi ketahuilah kalau benda tu kau sengaja buat, aib yang kau sengaja dedahkan, kau sendiri sama-sama dapat saham yang sama.

Korang (pembaca) tak faham apa aku tulis ni kan? Tak apa? Lebih baik tak faham.

Aku sebenarnya tengah kecewa sebab rasa tertipu ni. Tapi tak apa. Yang lepas tu lepas. Dengan aku mudah je. Aku tak suka panjang-panjang. Aku doakan kita semua sempat bertaubat sebelum menjadi jenazah.

Friend, we really running out of time.

Sebagai mengakhiri nukilan pelik ni aku nak share satu lagi lagu fevret bertajuk Everything You Say dari band Stella StageCoach. Band ni dari Atlanta. Band ni aku suka musik diorang macam happy-happy rasa nak berjoget je. Sekali lagi ending janggal takde kena mengena tapi, terima lah





Best band ni. Tapi lagu tak boleh download free. Pandai-pandai lah korang.

8 comments :

xxxxxxxx said...

We are all but messengers, can only ensure the message's pass over to the recipient's hand, not his/her heart...

Madu Warna Biru said...

Doakan semoga org yang tak faham tuh akan faham satu hari nanti..

Lizan said...

ku rasa ku paham entry ini setelah membaca beberapa blog lain 'yg sewaktu dengannya'.. semoga Allah membuka hati si 'dia' itu untuk bertaubat. Allahualam!

Fatimah Ali said...

lagu tu sedap.

ShilaShower said...

aku pun rasa "stone" kejap sebab aku baru tau hari ni. aku selalu lembab tau, selaluuuu. padanlah orang nuffnang marah. hahahaha.

ah, sambung gosip cik bedah 20hb nanti. hahaha

Chikebum Buzz said...

Lagu tu ..buat saya nak menari juga..! nice ! ..

dipermatang said...

mungkin kena amik masa

Myera Nyera said...

http://mp3troll.com/melody/stella+stagecoach