Ketahuilah apabila ada sahaja update di sini, bermakna ianya di lakukan dalam keadaan perperangan dengan masa. Kadang-kadang satu nukilan yang panjang, aku ambil masa seminggu, 2 minggu, sebulan atau dua sebelum aku naikkan di sini.
Ber-anak dua bukan perkara enteng.
Bekerja, dan ber-anak dua, jugak lansung tidak enteng.
Menjadi aku dan ber-anak dua, lagi lah tidak enteng. Aku lah perempuan yang paling letih di dunia sangka ku selalu.
Membesarkan Natrah tidak sama pengalaman dengan Sabrina dahulu. Dia banyak ragam. Banyak songehnya. Orang cakap anak kecik-kecik suka meragam, dah besar baik jadinya. Entah dari mana mitos itu tercipta sedangkan manusia memang tak habis-habis dengan ragamnya hatta sampai ke tua pun.
Sabrina pulak semakin banyak mintanya.
Dan malang sungguh aku bukan manusia yang pandai say 'No' terutama dengan anak sendiri.
Dan lagi satu, aku sedang menyusun langkah melawan rutin dengan gaya sendiri yang serba sederhana.
Dengan projek sampingan button badge dan perpustakaan mini (sangat mini) di bilik sendiri. Banyak benda nak manage. Banyak benda nak pikir.
Ini bukan lah alasan tapi kepada yang aku masih berhutang sini sana; hutang review, hutang advertorial, hutang cerita, aku mohon bagi aku masa sedikit sahaja lagi untuk aku bungkus semua sekali gus.
Selamat Datang 2013.
Kalau boleh, penuhi jiwa dengan rasa serba cinta terhadap semua mahkluk sekeliling kita.
Termasuk skandal abang kantin yang muka ala-ala Fahrin Ahmad tu. Mana tah dia pegi skarang. Time aku memboyot mengandung baru nak muncul.
Potong betul.
13 comments:
like your entry
Selamat Tahun Baru babe..
InsyaALLAH usaha akan membuahkan hasilnya.. :)
Seronok baca entri kt blog ni.
selamat tahun baru..
hahaha...sempat lg skandal
Hahaha. Potong betul! Aku yang baca pon ngeluh *tetiba* :D
Selamat tahun baru ye noe? Awat dilit kita dari Twitter?
Happy 2013 noe.. InshaaALLAH da besar Natrah nanti da senang tu. Hehe..
slmt tahun baru Noe
insya Allah..sibuk masa anak masih kecil ni akan jd kenangan manis bila mereka dh dewasa
dulu rayna pun banyak songehnya, dunt worry it just about time, dah besar alhamdulillah...kire boleh pakai mitos orang dulu2
suka penceritaan kamu...
follow you blog =)
Selamat Tahun Baru.
perempuan ni kan, elok bekerjaya ke tak?..
untuk masa dengan anak anak selalu cukup tak?.
saje nak mintak suggestion.hehe
Hahaha..
Betul, saya yang belum ada anak ni pun rasa tak cukup sehari 24jam. Masa sangat cemburu.
selamat segalanya..
besar dah si natrah ye..
Post a Comment