Thursday, 17 January 2013

Kenapa dengan kita sekarang ni?

Sekarang aku sedang muhasabah diri. Semanjang aku memandu dari rumah ke pejabat, pejabat ke rumah hari ini aku banyak fikir tentang apa yang sedang terjadi masakini. Aku cari mana silapnya kita semua. Mana cacat celanya. Dari mana semua ini datang. Keterjebakan apakah ini?

Otak aku separa celaru ni. Jadi kalau ada yang kurang jelas dengan apa aku nak sampai kan, maaf lah.

Hari-hari kita terdedah dengan cerita merapu di wall facebook. Di Blog. Di mana-mana.

Suami belikan beg baru. Suami belikan cincin. Belikan beg. Dapat kerja best. Cerita gaji best. Makan best best. Shopping best best. Cerita apa kita pakai. Tentang kita dah kurus. Tentang kulit kita dah gebu. Tentang anak pandai membaca. Tentang anak cerdik. Tentang anak soleh. Tiap-tiap bulan pergi Ikea. Hari-hari lepak Gloria jeans. Hari-hari minum Starbucks. Kita pun best. Kita lah best. Kau pun best. Eh aku pun best. 

Kenapa dengan kita sekarang ni?

Best life dia ni. Hari-hari makan best. Bestnya dia shopping-shopping, aku tak merasa pun. Aku tak mampu. Cantik la dia. Kenapa aku tak cantik? Kenapa kulit aku tak gebu? Kenapa aku hitam? Bestnya suami dia. Asyik belanja itu ini je. Kenapa suami aku tak macam tu? Suami aku tak sayang aku ke? Pandainya isteri dia ni masak. Untungnya. Kenapa isteri aku tak macam tu?

Kenapa dengan kita sekarang ni?

Eleh hari ni kau minum starbucks, Aku minum Coffee Bean tak kecoh pun. Eleh setakat bedak Ronasutra cokia. Aku ni ha, Mac ha. Eleh aku pun ada. Ada aku kecoh? Eleh macam anak dia sorang pandai membaca. Anak aku pandai cakap omputih. Anak kau hado? Eleh setakat kasut Carlo Rino, kalau berani Mary Jane la baru ganas. Eleh setakat beg Fossil nak kecah. Aku pakai beg tesco tapi still vogue jugak.

Kenapa dengan kita sekarang ni?

Satu Parti menunjuk-nunjuk. Satu parti cuma ikhlas bercerita (ye ke?). Satu parti teruja tapi tak mampu. Satu parti dengki nak berlumba.

Kenapa dengan kita sekarang ni? Di mana silapnya kita?

Kenapa?

Tiba-tiba aku rasa berdosa.

AKu mintak maaf dengan korang semua pembaca budiman kalau selama ni aku ada buat korang rasa jelik, rasa aku belagak, macam best-best, dan tergelincir dari trek yang sepatutnya.

Dah la aku nak sambung buat preparation besday Sabrina.

Bye.







21 comments:

mama maman aka yana said...

bagus jika fikir benda2 tuh dgn positif way... insyaallah :-)

xxxxxxxx said...

Stuck in a roundabout with 1 exit too small to notice...

KonspiMaker said...

Aku pun fikirann celaru bila baca entri ini rasa tepat kena kepala.

Anoneemus™ said...

Biasanya geng MLM je sibuk nak tunjuk best ni. Kawan2 lain takde pulak macam tu.

Maka, saya bersyukur.

hawareen rahman said...

Sebab jarang update status diri dan pasal anak...itupun org ngata jgk...cett

hdsykn said...

Saya faham pasal apa semua ini tercetus entry ini ;p (konon kan)

sebab tu perlu ada sifat husnuzon, bersangka baik, lagi2 dalam setiap benda yang kaknoe sebut tu..

kalau fikir baik2, sebenarnya boleh jadi pembakar semangat kita nak improve hidup.

mcm sy baca blog akak (dari yang prepare kawen dulu tu), rasa mcm terbuka hati dan minda yang saya PERLU jadi ibu terbaik untuk anak2 (walaupun baru je preggy hehe), PERLU usaha keras nak improve hidup, PERLU serba serbi. kalau ada husnuzon, takde lah jeles tak bertempat dgn life orang :)

rilek2 je kak. and hepi birthday Sabrina :)

p/s: takutnye nak jadik mak ni *urut2 dada*

~ Cik Azz ~ said...

Entah la kan.. Tapi bab orang dok cerita barang2 branded tu, akak ni tak amek port langsung.. hehe..

Cuma cerita tang gosip artis dengan parti politik dok kata-mengata tu yang jelik.. Kalau boleh, tak payah la share link tu semua kat fb.. huhu...

NurulMimieJamaludin said...

bila kak noe cakap mcm ni. sy pun tersedar. adakah selama ni sy pun dalam golongan mcm tu. moga kita semua dapat lindungan dr Nya.. terima kasih sbb sedarkan sy

suez said...

elleh, anak aku pun ada birthday jugak (gurau jek). haha.

kan? mende2 camni selalu buat rasa nak tutup je fb ngan blog. tapi belum ada kekuatan tu lagi. hurm...

Chikebum Buzz said...

Pendapat kite same ....
Drive pegi balik keje juga same...
Fikir Menda ni pun same ...

O'gosh Iskandar said...

maybe kadang2 tu cuma rasa nak express happiness.....tapi bila dah terbiasa buat jadi jelak pulak....kadang tu seronok je tgk life orang lain cam memanjang happy je...tapi macam x logik pun ye...sampai tahap laki nak makan apa pun dok publish kat FB x tahan tu....nak tunjuk dia terer masak kot....dengki? hmmm....bukan dengki...tapi kalau keterlaluan mmg boleh bikin jiwa fikiran dan jiwa bercelaru kot...

chiku the chucuru said...

sebab tu islam suruh amalkan husnuzon.bersangka baik.
yang berdengki tu, bisikan syaitan.
yang mmg niat nak riak tu, bisikan syaitan jgk.
apa-apa pun, kita tak boleh kawal sgt apa tindakan org lain. cuma kita lah kena berhusnuzon... wallahua'lam.

BLOG ANAK MAMA^^ said...

aku pun sependapat ngn ko.. actually aku dah xde nak post apa2 kat wall aku kecuali aku minat satu lagu tu sb isi kandungnya, atau aku masuk contest ke..bile nak buat statement at the end aku akan cakap nak bt apa ni semua..tap yelah kadang2 kita hanya go with the flow^^ selagi tak tenggelam ko go jela hehehe

Rapunzeel Cikilolo said...

tu adalah antara masalah yang blogger hadapi.

tapi aku pun blogger juga.

aku tak rasa ia ada unsur-unsur berlagak.

ia unsur menceritakan.

idontdrinkmilk said...

saya cuba untuk tidak bergelumang dengan kancah menunjuk-nunjuk, sebab tu kalau tgk balik post sebelumnya (kat fb) kalau rasa tak kena, mesti delete, kalau pic, set balik "only me"

heee.. :)

Shida Idris said...

salah ke? ntah, shida kalau baca, tengok orang upload gambar baju, beg mahal, makan tempat mahal, gambar anak berlambak2 xder pun rasa nak jeles atau pk dia nak menunjuk.

kalau golongan mlm nak tunjuk, mmg diorang patut sbb dia nak tarik orang join bisnes dia.

shida lagi suka orang tunjuk dari x tunjuk....haha. serius, shida x kisah pun baca org citer pengalaman berjela, org upload pic berpuluh2 kpg pegi bercuti, org ambik gambar baju dia tetiap hari. sbb dlm diri kita especially perempuan mesti ada rasa nak menunjuk.

buat apa ada blog, fb, twitter, ig kalau xleh buat semua tu. chill lah, kita buat apa pun x semestinya org suka jugak :)

hayati said...

ada satu lagi parti noe tertinggal; parti yang hanya tengok orang publish macam-macam status (dlm fb specifically) dan kata dalam hati sendiri "takpelah, walaupun aku pun macam ni tapi tak payah cita pun takpe"

saya tak cemburu langsung dengan sesiapa yang share macam2 ni, tapi mak saya selalu pesan, "jangan ingat semua orang excited / nak tau dengan apa yang kita buat"

zaman skrg ni biasalah, semua nk overshare information / feeling, tak nampak kesan jangka panjang apa perbuatan kita.

tapi honestly saya suka baca tulisan noe yang tak jelik @ rasa macam menunjuk, teruskan untuk sedarkan manusia yang kadang2 tak sedar apa yang mereka buat! :D

VivicMalarn said...

Sabar kak.. :)

Seneorita Baharin said...

Semoga kita dilindungi drp sifat2 mazmumah..May Allah bless u sis..

ιfah Zulkifly said...

:)

Wan Yusnira Wan Jusoh said...

salam noe,

same goes with me. memang dah lama tak jenguk fb. sometimes some posts buat kita rasa rendah diri n left out. sebab tu dah jarang bukak fb or blog. n bila rasa left out kita jadi tak bersyukur dengan apa yang kita ada n keep comparing our life to others.

abah pernah cakap, kalau kita selalu pandang orang di atas kita, memang kita rasa kita tak pernah cukup dengan apa yang kita ada. tp kalau kita selalu pandang orang yang di bawah, kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada.