23.1.13

Perkara Rawak #071 - Bontot Kuali


Aku pernah kenal seorang hamba Allah.

Dia datang kepada aku dalam keadaan berpapah dengan tongkat. Katanya, kakinya patah. Sayapnya cedera.

Dia hulurkan aku sebuah buku. Buku tu lebih kurang novel. Tebal. Watak-watak buku tu semuanya tentang diri dia. Tiada cerita lain hanyalah diri dia. Kemudian dia hulurkan aku sebiji bantal. Kami baring bersama. Kongsi cerita. Kongsi air mata. Berbahagi gundah. Menongkah lemah.

Tiba-tiba, dia bingkas bangun. 

Dia berlari. Kemudian terbang tinggi. Tongkatnya ditinggal di tepi. Aku lihat, sayapnya tidak lah cedera seperti yang dikisahkan. Semakin tinggi dia terbang tinggalkan aku yang terpinga yang masih di tanah ini.

Sakit hati. Rasa tertipu. Malu. 

"Kenapa tipu?"

Dia diam membisu. 

"Kenapa?"

Masih bisu.

-------

Kelakar. Pelik pun ada. 

Nak gambarkan betapa gelapnya hati kau. Sikit rasa nak mintak maaf pun takde ke? 

Kelakar. Gelapnya hati kau. 

Macam bontot kuali.


p/s: ayat kau "pasaipa aku nak mintak maaf?" memang aku dah jangka lama dah.


9 comments :

QuTaQ said...

kalau ikhlas, dia akan datang balik baring semula dengan kau..

kalau...

KonspiMaker said...

Dia lupa masa cedera siapa bantu dia

Leya said...

biarlah..hidup tak selamanya menongkat langit..cuma kita ambil iktibar.yang baik jadikan pedoman,buruk jadikan pengajaran,agar kita tak lagi di tipu di masa depan.Sakit..perit hanya Allah saja dapat membalasnya.

isabelle frankly said...

pelanduk lupakan jerat ke jerat lupakan pelanduk ke..yg penting..selalunya org ingat bila dah lama, kita dah lupa salah dia sptmana dia dah lupa

~ Cik Azz ~ said...

Takpe la... Tara mana sangat dia boleh terbang dengan sayap dia tu... Esok lusa, luka jugak sayap tu...

Redha je la.. Kalau tak redha, nanti hati bertambah sakit..

*Lagi satu, depa memang lagu tu.. depa memang jenih susah nak mintak maaf... Ini pengalaman.. :)

Badrullah Anson said...

Babi gila perangai..

Hanys Jehari said...

We are in the same boat noe. Aku huluq keja. Aku huluq umah. Bila sembuh lari terbang tak pndang aku pun.

xxxxxxxx said...

The hardness of uttering sorry is proportionate to the hardness of the heart...

ShilaShower said...

tak mungkin hang berharap dia kembali. aku rasa hang lagi redho dia pergi terus, tak? :P