30.1.13

REVIEW - Herbalife (★★★★★)

Ketahuilah, aku pikir banyak kali sebelum up nukilan sebegini.

Okaylah,

ramai emel, komen dan mesej aku di FB bertanya tips menurunkan berat badan. (siapa pernah tanya angkat tangan!). Korang pun tahu aku jarang bercerita tentang diri sendiri. Tapi takpe kali ni aku memang nak kongsi dengan harapan aku dapat lead kamu (pembaca) bersama-sama jalani gaya hidup sihat.

Terus terang dulu aku pernah cecah berat 82kg. Macam aku cakap, nak jadi manusia yang gemuk dan gembira bukan lah perkara yang mudah. Kadang-kadang ada rasa taknak keluar jumpa orang. Taknak bersosial. Teringin nak pakai itu ini tapi tak muat. Takkan nak shopping kat butik plus size? (Bisik hati kecil ku. ewah)

Aku dah cuba macam-macam cara sebenarnya. Tapi kekangan masa ber anak dua memang sungguh tidak mengizinkan. Aku pernah pergi gym time lunch hour penyudahnya jam 8.00 malam aku dah rasa letih satu badan sementara anak-anak aku yang masih kecil masih belum tidur dan perlukan servis aku sebagai mak diorang. Aku cuba pergi after office, aku malu sebab gym bercampur. Ramai lelaki. Ya semenjak akhir-akhir zaman ni memang tiba-tiba wujud rasa malu. Dulu tak pun. Mungkin sebab dah start pakai tudung. Apa-apa je lah.

Ni bukan alasan sebab aku malas. Tapi serius memang kekangan masa sangat tak mengizinkan. Dulu aku sangat rajin pergi gym. Walau penurunan tak banyak tapi aku set dalam kepala otak aku, aku bersenam sebab nak SIHAT SEMATA-MATA. Aku kontrol makan. Aku kira kalori walau lama-lama meletihkan tapi aku gagahkan juga.

Tapi kisah berubah lepas aku dah ada anak lagi sorang. Sumpah aku tak ada masa. Otak aku letih nak kira-kira. Nak terkejar-kejar pergi gym. Balik rumah terus melompat sambut Natrah dan ya, selalu jugak aku tertidor dengan office attire tudung tak cabut lagi. Sedih.

----------

Sebelum ni aku ada berbual-bual wassap dengan kawan aku. Tentang wajar ke tidak kalau kami cuba Herbalife. Berkira-kira jugak sebenarnya. Dulu aku pernah consume sekali. Masa tu nak kawen kononnya. Berat naik sampai 70kg. Tapi masa tu aku consume main-main. Nak jimat aku ambil Shake dia je. Saja nak cuba-cuba. Tapi memang masa tu kurang pengetahuan dan kurang bimbingan. Jadi memang ke laut la usaha aku. Maka naik lah aku pelamin dengan berat 70kg jugak. Nasib baik tak roboh pelamin tu.

Aku fikir masa tu takpe la gemuk. Asal suami sayang. Asal muka comel. Pui.

Sampai lah pada satu hari tu aku kena direct satu project photoshoot kat opis aku. Selepas sesi fotografi settle seperti biasa aku memang gasak nak ber-cam-whore, dan aku sangat eksaited macam biasa. Aku pakai prop. Aku melompat-lompat. Dan aku (was) sungguh gembira sampai tak sabar nak suruh fotografer aku transfer gamba dan bila aku tengok hasilnya...
 .
.
.
.
.
.
.
.
.


 maaaacam haram. Ini gambar yang paling munasabah. Yang lain semua mengaibkan. Ya masa ni aku 82kg. (Untuk tujuan maruah dan martabat, gamba muka mamat kat sebelah tu terpaksa aku pecahkan kan camtu)

Aku memang kena buat sesuatu.  Aku jadi nekad. Jadi aku kenalpasti masalah aku.

1) Nak bersenam. Boleh. Tapi tak dapat hari-hari. Seminggu sekali pun susah. Takda masa. Anak kecik lagi. Kerja opis banyak. Balik lambat. Senang cerita susah. Masalah sungguh.
2) Nak jaga makan. Pun boleh. Tapi aku persoalkan, sejauh mana ketepatan kalori yang kita makan dalam nasik. Contoh kita amik mihun sup sehari-hari, mungkinkah kandungan kalori berbeza? Hari ni tah-tah acik kantin terlebih minyak dalam sup? Katalah sarapan ringan, seringan mana yang aku mampu? Kira kalori. Good idea. Larat sampai bila? Kenyang ke?
3) Jangan makan nasik. Cut carbohidrat. Kerja gila. Atkins diet. No no no. Tidak tidak tidak. Aku pernah atkins diet dulu. Turun la. Tapi lepas rindu ngan nasik, makan balik dengan kuantiti normal, terus naik double. Pui.
4) Prepare sendiri makanan supaya kita tau apa yang kita bubuh time masak? Sebab korang pun tau proses food kan tak sihat sangat. Kita tak tau apa orang kedai masak untuk kita. Kalau banyak sangat makan kat kedai kan tak elok. Aku pernah baca satu diet plan sajes makan sosej semata-mata nak elak karbohidrat. Oh my lemak.

Lepas tu aku kenali diri aku. Apa yang aku selalu dan sanggup buat?

1) Lite breakfast. Aku memang selalu ambil breakfast yang ringan. Jarang sangat makan sarapan berat.
2) Tak boleh tengok nasik campur lauk minang sambal terung ikan bilis telur ikan ayam goreng kicap daging masak lemak cili padi peh. Ya, aku nak nikmati hidup makan macam orang biasa. Macam yang aku selalu lakukan sejak aku kecik. Aku orang kampung so aku memang nak makan nasik macam penduduk kampung di Malaysia yang lain.
3) Jarang makan malam. Tapi akhirnya lapar jam 10-11 dan mula korek kabinet dapur kalau aku tidur lambek la.
4) Well, aku memang rajin minum air 3 litre sehari paling sikit. Korang kena tau, setiap 25kg badan korang perlukan 1 litre air.
5) Sanggup berdisiplin. Ya, apa-apa jenis benda pun, takde disiplin-memang-tak-ada-hasil.

Oleh itu...maka bermula lah perjalanan hidup aku dengan HERBALIFE.


Hari pertama Herbalife sampai ke pejabat aku. Gambar kanan adalah hari pertama aku mulakan hidup dengan herbalife. Dengan berat 82kg. Bermula 15 Oktober 2012

Apa yang aku suka tentang Herbalife, adalah ia benar-benar 'masuk' dengan hidup aku. Bukan macam satu extension semata-mata. Maksud aku, aku takde la perlu sebelum breakfast, kena telan shake. Sebelum lunch, kena telan shake lagi. Sebelum dinner pun sama. Oh siksa dan penat kot macam tu? Herbalife ni macam satu elemen yang aku boleh slip dalam hidup aku dengan mudah. Makanan gantian yang lebih sihat dengan 55 nutrisi daripada aku sarapan dan dinner merapu rapu. Ya, ianya adalah MAKANAN.

Itu satu, sebab kedua, ianya sedap. Tak tau la bagi orang lain, tapi bagi aku kalau dah pernah gemuk tu selalunya memang jenis terima je rasa cemana pun. Tapi takde la payau macam rasa basi ke hamis ke. Senang cerita sedap lah.

Ketiga badan aku bertenaga. Aku dah tak rasa letih melampau. Aku happy. Aku gembira. 

Dan yang keempat yang PALING aku suka, setelah 3 bulan aku hidup dengan Herbalife ni, hasilnya ialah..

.
.
.
.
.




Berat sekarang, 69kg (ha mampu aku disclose berat sendiri macam ni? Rare tak rare tak? kikikiki)
dan sikit lagi nak dapat target weight iaitu 64kg. Korang doa-doa la aku dapat 60kg pulak lepas tu. hehehe. Dan masih ada lagi lemak-lemak sana-sini tapi inshaAllah aku yakin selagi aku komited dan sabar, lama-lama hilang jugak.

Hasilnya takde la segedebuk sebulan aku boleh hilang 10kg. Sebab apa yang aku sangat faham tentang Herbalife ni adalah ianya Makanan tambahan yang kaya nutrisi yang membantu aku makan dengan betul. Faham? Tapi sebulan 4 kg turun, not bad jugak kan?

Secara kesimpulannya, aku memang jatuh cinta sungguh lah dengan HERBALIFE ni. Aku takkan toleh mana-mana dah. Aku kasi 5 untuk kesekian kalinya. Dan aku sangat rekemen kat korang yang pernah ada masalah yang sama macam aku sebelum ni.

Oleh itu, kalau korang berminat, jom turunkan berat sama-sama dengan aku dan HERBALIFE. Korang boleh emelkan sebarang pertanyaan ke faridahnoor@gmail.com



Untuk sebarang pertanyaan lanjut, dan untuk pembelian, sila emel ke faridahnoor@gmail.com atau whatsap 012-3102140.

RATE KEPUASAN HATI : ★★★★★








28 comments :

CPI said...

nanges2 aku bace n3 ko ni noe.. sbb aku skang dah mcm zombie pil kurus dah.. patutnye zombi tu kuruskan patutnye..tp aku versi zombie debab..

cuma aku x try lg hrbalife nih.. sbb ramai kata mahal gler.. jd, ketakutan la aku nak membelinye.. tp nak kurus, tp ketakutan.. uhukkk2..

cikeila said...

Selalu i bace je entry no..rsenye xpnh komen...tp mcm cpi ckp...i pon nk ngs bace...dlu ank 1st sng je berat bdn trn..now....da mcm bapak shrek..bukan shrek tau...bapak die....nk try herbalife...tp tkot ngan rege die...haishhhhh..nk kne hempas pulas nih....tq noe for sharing this

Huda Luna said...

Terharu baca entry ni! Cayalah sis noe! Herbalife bkn je kurus semata tp mmg bg tenaga utk kita. Mmg sejak kenal herbalife tak pandang lain dah. Org promote alpha lipid ke fellina inchloss ke x heran. Hehe teamix herbalife lg best. Runcing dagu gitu abes xde dabel chin

PEREMPUAN♥ said...

Nak tanya kalau stop makan, badan akan naik mendadak takk?

Dina Sallehudin said...

wah tahniah kak noe!!! dina pun adalah pengguna tegar herbalife. start consume november, tapi baru lose about 6 kg setakat ni. tahniah kat akak!!! u look awesome!!! kepada sesiapa yang berminat nak mencuba, marilah mencuba! herbalife will change your life!!! go kak noe! sikit je lagi nak capai target weight! all the best!

nadz ruslan said...

tak aci, awat muka maintain macam tu ja segaknya?

:)) moga istiqamah

AiTotYati Mat said...

salam,

Ai start consume herbalife pada 11/2/12.

berat asal 74kg, sekarang sudah 61kg. mahal tapi berbaloi-baloi :D

ZalinZalina said...

Kak ina pun minum herbalife baru la turun berat badan...lagi satu kalau minum tea HL tu muka kita jadi kecik kan coz banyak kali pegi toilet..

Shida Idris said...

kalau shida gemuk, kompem shida ambik herbalife jugak :)

Nadya Bubble said...

Nampak gila beza :O Tahniah !

D Yatie said...

wow! berkenan. berkenan. sy sekarang entah2 dah 70kg kot. huhuhu. takut nak timbang. :'(

faY said...

syabas! mcm b4 kawen :)

aslina majid said...

Entah la. Sejak ape yg aku senirik alami taon 2003 tu, sampai sekarang aku mmg jenis susah nak percaya dengan makanan tambahan la apa... Tapi org suruh try, aku layankan je.

Taon 2003... Dlm masa 3 bulan, berat aku dari 69kg masa hari pendaftaran, turun sampai 48kg, masa hari first day masuk kelas. 3 bulan fasa induksi tentera betul2 torture lemak2 kesayangan aku. Huhu.

Rapunzeel Cikilolo said...

nmpk memang berkesan...

mahal tak?

fifie said...

Eh betul ke. sebab pernah tengok entry noe update waktu keluar dengan kawan kawan ala dah lama dah waktu belum kahwin lagi masa tu fie tengok kurus je Noe

Cik Yunie said...

aku nak nangis tgk kau kurus.terus aku rasa semangat..nanti aku nak whatsapp kau..nak tahu kos herbalife :')

Irfa said...

serius teruja baca entri ni.tq brkongsi pengalaman ;)

ddJaafar said...

err..dd dahla sedang sibuk nk try herbalife tapi seram dengan harganya.bila baca blog u,u pulak sedang ceritakan bab herbalife.

series u pernah ada weight camtu dulu?..macam xpercaya sbb skrg u're so pretty.dd follow ur blog,Instagram sebab u sgt awesome tau.dd punya berat skrg 70kg,sgt tak selesa dgn badan sndiri sebab lemak rasa dh melimpah2..maybe factor anak 3 but its not a good reason i think.so,kena usaha la untuk kurus.

sns said...

used herbalife before. masa tu student. duit mmg limited jadi macam sangat sangat discipline. orang kata mahal, nampak mahal tapi kalau bahagi2 darab2 campur2, lebih kurang je dengan expenses makan. in fact lagi murah dari gi mcd.

kadang2 orang consume takde guidance, jadi bila berat naik balik salahkan herbalife.

goblogbyfarah said...

kau berisi pun lawa, kurus laaaaagilah lawaaaa!

NurulMimieJamaludin said...

Assalam Kak Noe,

Saya ada emel akak. Reply pleaseeee. Tenkiu very much

x L S x said...

aku memerlukan herbalife ni nampaknya.

aliqaliqa said...

kalau menyusukan anak ok ke makan herbalife agak2?

-Sara- said...

awak betol ke 69 kg? awak nampak kurus dr saya, sy 65 kg tau, tp menangis sbb saya rasa saya gemuk sgt ni :(.. harga berapa herbalife tu? nak kurus gakk! uwaa!

molly demok said...

masyukkkk ngko noe buat entry nie...

fiezafz said...

Hai,

Sy just nak share. Sy dah makan Herbalife ni for 2 years started from 2011 masa umur 22 tahun. Alhamdulillah sampai sekarang I still consume untuk maintain berat badan dan Alhamdulillah for the past 2 years I berjaya maintain berat 50kg sampai sekarang haha apa yang I buat?

1) ambik Herbalife shake hari2 sebagai sarapan pagi tanpa gagal. Herbalife seriously makan macam makanan ruji macam makan nasi ohbesttttt sangatt
2) minum air 4-6 liter setiap hari. paling sikit 4 liter. selagi tak cukup 4 liter takleh tidur. -_- (dah biasa camni)
3) makan nasi setiap hari! tak pernah miss! orang Malaysia hehe :)
4) makan je KFC, McD n lain2 tapi jarang2 sebab tak elok untuk badan!

untuk yang nak try tu especially yang memang kena lose weight,please tutup mata je kalau nak makan. u have to made decision. masa I start amik ni I 22 thn. tgh belajar lagi kat UKM. hehe berat takdela overweight 52kg je pongg tapi shape tak lawa so buat keputusan nak amik jugak.

mahal? tak. sebab replace meal. bukan tambah duit. replace duit sarapan beli shake. tu ajo. Alhamdulillah dah 2 tahun ni I berjaya improve kesihatan n freedom makan mmg sgt freedom haha so goodluck utk yg nak cuba tu!!!

kalau nak review sikit2 pasal Hrbalife ni boleh visit blog I fiezafz.blogspot.com :)

mia-ina said...

impress dgn kesan HL kepada u ni..hi,saya mia pengguna HL juga...

Nabila said...

Salam Noe,
kalau dulu selalu baca blog awak merungut pasal berat badan. tup2 semalam terbaca noe dah kurus minum HB. 3 tahun lepas nak amik HB tapi tak mampu sebab student lagi. sebab dah baca entry ni semalam, terus call member yang guna HB dan order. :)