8.1.13

Sabrina is Turning Three! (Part 1)


Dah lama tak berbual pasal anak-anak. 

Tahun ni, tak lama je lagi, Sabrina si "Bintang Sulung" genap lah dia 3 tahun. Alhamdulillah. Perkembangan baik. Macam biasa. Boleh menghafal suku kata sikit-sikit. Tak pandai membaca dengan lancar lagi. Tapi keminatan ke atas buku boleh tahan memberansangkan. Aku tak pernah paksa, dia minat, aku galakkan sahaja. 

Semakin cerewet bab makanan. Semakin akrab dengan jajan. Semakin kerek dengan aku. Tapi takpe, bila dia dah besar nanti kita akan jadi sahabat sehidup semati harap-harapnya.

20 Januari 2013. Ahad harinya. Aku rancang nak buat jamuan makan-makan sikit. Malu nak panggil 'parti' sebab semuanya serba sederhana. Jemput pun rakan-rakan terdekat je. Tak ada badut tiup-tarik belon. Tak ada pertunjukan pelik-pelik. Hanya jamuan ringan, potong kek dan kumpul hadiah untuk Si Pau Goreng ni. (hehe)

Ada sedikit deko deko untuk seronok seronok. Sebab aku pun designer, rasa macam tak sedap pulak kalau nak biarkan kosong je. 


Oleh kerana Sabrina dah memang minat Pororo, so aku ikut kan sahaja lah. Memang akan ada watak Pororo tu menyelit serba sedikit. Tema pun ikut warna Pororo, Biru Kuning. Barang siapa tak tau Pororo tu apa, korang boleh dipersilakan guna keajaiban Google.

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa dah ni. Layan je la gambar persiapan sedikit sebanyak





Perasmi topi kita. Natrah the MiniMe

Okay dah itu sahaja setakat ni. Kalau ada kelapangan aku kemaskini lagi.

Sebelum aku kasi tamat ini entri, aku nak share korang satu lagi lagu fevret. From SUIDHE band dari Valencia. Vocalis dia suara serak terkepit-kepit macam 5 hari tak berak. Tapi aku tetap suka musik dan lirik dia. Walau pun cara aku mengakhiri nukilan ni macam janggal takde kena mengena, tapi terima lah;



Best tak?


14 comments :

rielriel said...

Hi Kak Noe,

Sedap la lagu Suidhe. Listkan lagi lagu2 / band2 favorite akak. Thanks!

Ummu Ahmad Salahuddin Al-Ayyubi said...

Syok betul dapat mak kreatif mcm ni!

fifie said...

Wahhh tu bukan dah simple simple, dah curlasss. Kreatif nya noe

isabelle frankly said...

eh eh..cekelat bento!!!
nostalgia nya.

mengapalah ceklat ni xde kat aussie.huhu

mommyNadia said...

Untung u, dalam berjimat tapi still creative and cantik. How I wish I creative mcm u..lepas ni order buat design dgn u boleh??

Anyway, happy b'day Sabrina..*aunty wish in advance*

x L S x said...

happy birthday sabrina, kekasih lama....

farhana shamsuddin said...

muka sabrina nmpak lain la...

aZeeMaH said...

untungnyer sabrina ada mama nya designer...hehehhe kretip gitu kanzzzz


semoga membesar menjadi anak yg solehah,taat kepada kedua ibu bapa dan islam.aminnn

O'gosh Iskandar said...

untung mak designer...i buat sendiri jugak...tapi x terer guna photoshop...isk

Aini Amir said...

mcm bukan serdahana je noe.

happy bithday sabrina :)

faY said...

mmg untung sabrina dpat mak creative.

ShilaShower said...

wahhhhhhhhh tak sabar nak pergi ber-pororo niiii. :P

Irfa said...

kreatifnya kamu ;)
sebaya ngan anak akak la ni
today 9hb genap 3 tahun umurnya

Nina Juhari said...

wah bestnya.. untung sabrina.. apepun auntie Nina ucapkan awal selamat ulangtahun, semoga membesar sihat dan solehah :)

Natrah comel.. geram!

Tahniah Noe, aku nampak kau sebagai mak yang best gila! :)