14.1.13

Sabrina is Turning Three (part 2)


Aku ingat lagi masa Sabrina genap 2 tahun, aku tak buat sambutan besar untuk hari jadi dia. Masa tu kami sekeluarga laki bini baru berabis beraban beli kondo murah cap ayam demi nak meneruskan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak.

Bila aku cakap 'tak buat sambutan besar' bukan lah bermakna kali ini aku nak buat besar-besaran. Cuma kali ni persediaannya lebih sikit sebab nak jemput lebih ramai orang. Yang sebelum ni sesama keluarga sahaja. Aku pun sibuk sangat.

Kali ini punya sambutan besday, aku dan Fandi decide nak buat kat dewan kecik kat bawah kondo ni ha. Bukan sebab nak buat big party ke celebration gempak ke, no, cuma rumah aku perabotnya putih. So aku taknak pitam kepala bila tengok perabot aku kotor selepas majlis nanti. Letih jadinya nanti.


Dan apabila bercakap tentang 'pindah rumah', aku selalu akan teringat dengan rumah sewa apartment lama kami sebelum ni. Rumah tu sangat kecik. Tak ada deco yang menarik tapi boleh lah, selesa. Aku masuk rumah tu selepas sahaja melahirkan Sabrina.

Maka memang sempatlah aku bawa sedikit memori kami dari sana.

:)

Memori ketika tinggal berdua malam-malam Fandi kena kerja shif.
Memori ketika ketiak aku adalah port fevret Sabrina time dia nak tido.
Memori ketika Sabrina redha je bila aku sarung-sarungkan tudung.
Memori ketika Sabrina kacau aku bila aku mengecat dinding.
Memori ketika aku saja sentuh hati tisu dia lalu dia menangis dan memeluk minta di pujuk
Memori penatnya aku masak nak kasi dia makan penyudahnya dia sepah-sepah je
Memori aku berjaya tekel selera Sabrina dengan makaroni bakar.
Memori ketika Sabrina konker TV dengan channel BabyTV.

Cinta pertama aku (dengan Sabrina) bermula dan membesar dari rumah tu la senang cerita. Aku memang jenis cepat sedih kalau sampai kat bab-bab berpindah pindah ni. Sesekali aku tanya ke Fandi samada dia ada rindu tak kat rumah lama? Dia kata 'tak lansung'. Mungkin banyak sangat kenangan pahit dia kat situ. Tapi bagi aku semua tu mengajar kami erti kehidupan.

:)


Aku ni bangsa cepat tercuit. Baru ingat memori remeh camni pun aku dah bergenang-genang air mata.



Lagi 6 hari nak sampai ke 20 Januari 2013. Tak percaya anak dara sulung aku dah menjangkau 3 tahun. 22 tahun akan datang, jangan lah tiba tiba dia kata;

"Mak, besday party Sabrina yang kali ni, sekali arung dengan kenduri kawen saya lah boleh?"

Hahaha jauh sangat fikir.


Ni je gambar terbaru dengan Sabrina yang layak aku tempelkan kat sini. Sekian wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh. 

Alan wa sahlan? Eh.




6 comments :

arLene said...

sabrina share birthdate sebaya my doter ariana. tapi until now tak pernah lagi celebrate outside our family group. balik2 makcik pakcik dia, atuk nenek dia, kazen2 dia. tempah kek ikut kesukaan dia, jadila. besar kecik tak penting, yg penting tanda ingatan. kan kan kan? (nak paksa orang setuju ngan aku nih...hehehe)

faY said...

so much expression :)

Happy upcoming birthday sabrina!

Fatimah Ali said...

Sabrina comel sgt!

Zara Aulia said...

sekali arung dengan kawen yang aku tak boleh tahan tuh..
*tengok araz yang masuk 3 tahun nih buat aku sedey gak baca entry mu nih*

Bonda Ryan said...

besar dah anak daranya. well, i have 4 sons okey, hek3!! (senyum leret2 :)

Aku A-Z-Z-U said...

Tersenyum baca entri ni. Sebab suami saya sebijik macam Noe. Nostalgik bab pindah-pindah rumah ni :) Kami pun baru berpindah ke rumah sendiri (kondo cap itik). Masa mula2 pindah suami dok mengeluh rindu kat rumah lama, terbayang2 main dengan anak yang sulung kat rumah tu katanya. Dia tanya saya, rindu tak kat rumah lama? Saya jawab, kenapa plak nak rindu? rumah baru kan lagi best? Hehe...Tapi bila ditunjuk video2 lama kat rumah lama sana, masuk habuk gak la mata saya :)