22.1.13

Sabrina is Turning Three (Part 3) - Persiapan Saat Akhir

NOTA: Post penuh gambar.

Seperti yang aku jangka, persiapan last minit dan keadaan yang tergesa-gesa tu mesti akan ada. Aku dah prepare benda ni sebulan yang lalu. Tapi mungkin sebab aku ada anak kecik lagi sorang, so kerja 5 minit memang boleh ambik masa 5 hari.

Oleh itu, aku terpaksa import sorang player luar bagi menolong saki baki kerja untuk jamuan makan-makan sambutan harijadi Sabrina ni.

Okay mari layan gambar.


Ya..bagi yang selalu anggap aku ni cantik, ini lah muka aku kalau tak tidur dan mandi pagi. Sorry la mukadimah gambar dah potong selera. Harap korang masih bertenaga nak scroll ke bawah lagi.

Cabaran buat pomander crepe ball sambil ditemani seorang anak kecik yang tengah ligat nak capai sana-sini. 


DIY table flower. Banyak benda aku recylcle je. Lace ribbon dari dress lama aku yang dah tak pakai sebab abang aku kutuk aku buruk bila pakai baju tu. Crepe paper harga 50sen sekeping. Jar kuih raya yang aku dah tak minat nak pakai sebab asyik masuk angin habis lemau kuih raya aku and yeah my all time favourite scent, Teddy's Dream from Lovely Lace.

Photobooth punya prop

Souvenir untuk tetamu dewasa - untuk mak mak sebenarnya.

 Souvenir untuk anak-anak riang

 Flagline

Signboard and straw

Pagi itu dalam jam kurang lebih 8-30 aku dan Afiqah turun untuk hias-hias hall ni. Hall ni kecik je. ada banyak tiang. Tak berapa nak cantik, tapi boleh la untuk nak buat jamuan atau apa-apa acara kat sini. Pertama sekali aku nak setup photobooth.

60% siap. Masa ni Afiqah tengah berhempas pulas potong crepe paper untuk aku hias tiang-tiang yang ada.Sebenarnya aku niat nak buat lebih banyak pomander ball untuk photobooth ni, tapi masa tak cukup, plus tak menang tangan, so seketul dua pun jadi lah.

90% siap for photobooth. Aku buat photobooth ni sebab aku tau. Makcik pakcik yang datang nanti semuanya camho sangat.


 
 Kelihatan Dee dari Deewhimsicalwonder tengah setup Candy Buffet. Yang ni aku tak DIY. Tak dan nak masak kek segala. So aku upah orang je lah. Jumpa Deewhimsicalwonder ni kat Instagram. Kek dia semua sedap. Aku rekemen. Pujian didengari sana sini. Creampuff dia sedap. Cupcake dia sedap. Harga pun berpatutan within the budget. Bagi berminat boleh ke http://www.deewhimsicalwonders.blogspot.com/ untuk tempahan. Tapi ingat, untuk birthday Natrah bulan July aku dah book dia siap-siap. Hehe.

Catering from Warisan Baiduri one and only. Aku memang selalu amik catering dengan diorang je. Tak pernah fail di tekak aku.


  Kira siap la ni.

Bintang Sulung ni dah tiga tahun berkelip dalam dunia aku dan Fandi.  Terima kasih Tuhan atas cahaya yang membahagiakan ini.

Okay sampai sini dulu gamba sekitar persiapan saat akhir di Majlis Makan-Makan sempena Sabrina genap berumur 3 tahun. Gambar sekitar majlis nanti aku upload kemudian kemudian.

Bye!







20 comments :

Miz Dayah said...

cute :-)

Innanie | Ariffin said...

rajin akak... really love you and your family. btw, semua hiasan tu sangat2 cute... :)

Anoneemus™ said...

I masa bangun tido dan tak mandi la cantik. Tak caya tanya bibik I. Ha tu je la nak cakap. ok bye.

Irfa said...

cantik dekorasinya :)

Nina Juhari said...

bestnya!! cantik... kreatif... beruntung ada/jadi Sabrina :)

UmmiZulaikha said...

kagum betul saye dgn noe.. dah la berkejaya, ada anak 2.. tapi masih mampu buat ni semua.. ikhlasnya saya sgt kagum.. :)

Nursaila Norman said...

cantik gila! rajinnya akak :D lg best diy utk birthday anak dari diy kawen ek? hihi!

:: Dhiya :: said...

Salam,

Saya pun setuju dengan komen noe tentang Warisan Baiduri. Makanan deorang sedap dan servis pun bagus!
Highly recommended untuk sesiapa yang nak buat majlis esp majlis nikah kahwin. :)

Shahada Fauzi said...

series sangat la cute majlis utk sabrina ni..rajinnye ko noe..walaupun last minit nampak macam well-planned..boleh jadi event planner yg super hebat dan berjaya nih..hehe..

BLOG ANAK MAMA^^ said...

sungguh kretip mama noe ni^^
demi anak ye noe...

Teddy's dream memang x mengecewakan^^

AiTotYati Mat said...

cayalah. mmg gigih dan kreatip!!!

just azura! said...

sweet la awak ni.. sabrina must be sooooo proud of you.. :)

Unknown said...

noe, saya minat nk pakai sofa putih. tp takut kotor, nnti pening kepala asyik nk kne bersihkan sofa je. noe ada petua?? sbb saya nmpk gmbr sofa putih dlm entry ni.

sarahunny said...

sabrina comelnya, deco semua cantik!!

Ladynoe™ said...

UNKNOWN = banyak berdoa dan rajin basuh.

O'gosh Iskandar said...

Happy Birthday sabrina....untung ada mak macam Noe...

ziiezi said...

Si comel Sabrina dah 3 years old!! hi Noe, boleh share kat mana nak dapat circle cutter tu? Dah lama saya cari tak jumpa.

LynN LoLa~~ said...

simple, yet niceeeeeeee sgt3!!! :D whoaa ameijing laaa kakak! happy belated dear sabrina!

mazlen johar said...

Sgt kreatif dan rajin...congrats!!! Hepy belated birthday ;)

Jengkoil said...

suka bau Teddy's Dream? singgah sini untuk dapatkan harga terendah!! jangan lepaskan peluang...
http://www.jengkoil.com/2013/12/teddys-dream-fragrance-oil-rose.html